NEW
Font size
WorksheetsKata Hubung
Total questions: 30
Worksheet time: 2hrs 30mins
Nabil tetap menyertai ekspedisi itu ________ dia kurang sihat.
melainkan
walaupun
agar
jika
Penduduk kampung mula mengagumi Abang Ikram ______ kejayaan projek ternakan ikan keli yang diusahakannya.
lantas
malahan
lantaran
manakala
Basirah terkejut ______ bahunya ditepuk oleh Aisyah.
apabila
sambil
hingga
untuk
Abang Zaki bekerja pada setiap hari _____ pada hari Ahad.
kecuali
malahan
jikalau
kemudian
Kita perlu mencuci tangan dengan sabun ______ berkebun.
sungguhpun
melainkan
setelah
ketika
Syukri mengambil selimut itu _____ melipatnya dengan kemas.
dan
lalu
atau
kecuali
Danial sering dipuji oleh gurunya ___________ rajin menyiapkan latihan yang diberikan.
atau
jika
agar
kerana
Kami tidak menyangka _____ dia akan menjadi seorang usahawan.
bahawa
kerana
serta
untuk
Emak menyanyi _____ mengayun buaian adik.
lalu
atau
sambil
bahawa
"Kamu mestilah rajin belajar _____ dapat hidup senang pada masa hadapan," pesan datuk kepada saya.
lalu
serta
kerana
supaya
Encik Azmin akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ________ bulan hadapan?
dan
lalu
atau
maka
Fauzana ________ Mei Ling sangat gembira kerana mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
dan
lalu
tetapi
walhal
Pak Leman menebas semak-samun _________ isterinya menyapu sampah.
apabila
manakala
walaupun
sedangkan
Dermawan itu __________ menghulurkan derma bagi meringankan beban keluarga fakir miskin tersebut, ___________ mendirikan rumah bagi mereka.
sedangkan ..... apatah lagi
bukan sahaja ..... tetapi juga
semakin ..... semakin
jangankan ..... pun
Cahaya lampu minyak tanah itu ___________ lama __________ malap.
sedangkan ..... inikan pula
walaupun ..... namun
entah ..... entah
kian ..... kian
__________ menanti jemputan kehormat tiba, para hadirin berkenalan __________ bertanyakan khabar.
Sementara ..... sambil
Semenjak ...... dan
Sambil ..... lalu
Selagi ..... dan
Ainin masih menangis ______________ telah dipujuk oleh ibunya kerana berita kemalangan yang membebitkan tunangnya.
setelah
sekiranya
meskipun
kemudian
___________________ hujan turun, pasukan bola sepak itu masih bermain di padang.
semenjak
tatkala
hingga
supaya
__________________kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita pasti berjaya.
semenjak
sekiranya
semasa
selagi
Hamid tidak datang ke sekolah ________________________ minggu lepas.
selagi
kerana
sejak
sewaktu
Daniel sedang membaca buku cerita __________ menunggu bas sekolah di perhentian bas.
walaupun
tetapi
kerana
sementara
Kai Meng bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
setelah
hingga
agar
manakala
Saya tidak akan menyertai perkhemahan itu ___________ ibu bapa tidak memberi kebenaran.
A. jika
B. tetapi
C. walaupun
D. meskipun
Tangan kita perlu sentiasa dicuci __________ tidak dijangkiti kuman.
A. jikalau
B. ketika
C. lalu
D. agar
Syaziq membuat laporan polis __________ mendapati kad pengenalannya hilang.
A. sebelum
B. setelah
C. sungguhpun
D.. kecuali
Puan Laila bukan sahaja tekun bekerja ___________dia juga seorang suri rumah tangga yang baik.
A. malahan
B. dan
C. bahawa
D. kerana
__________ Emon miskin, namun demikian dia tetap berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya.
A. Selepas
B. Sekiranya
C. Sungguhpun
D. Ketika
Pokok itu tumbang _____ hujan turun dengan lebat.
A .melainkan
B. semasa
C. seraya
.D agar
Ibu tidak membenarkan Dania keluar bermain ______ dia enggan mengemas biliknya.
A. selagi
B. kecuali
C. supaya
D. sementara
