Worksheetskuiz BM
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Beliau mendapat ________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.
hadiah
sumbangan
cenderamata
anugerah
Gambar-gambar itu disiarkan dengan ________ Jabatan Penerangan.
ehsan
ihsan
insan
perkenan
Pilih peribahasa yang sesuai.
Soalan:
"Zarul, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung," kata Encik Fadli kepada anaknya.
Menangguk di air keruh
Sebelum ajal berpantang mati
Sudah terhantuk baru terngadah
Menarik rambut di dalam tepung
Pilih peribahasa yang sesuai.
Soalan:
Peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai bermaksud
Bersatu padu dalam segala hal
Bergotong-royong melakukan kerja
Ikatan yang kukuh antara adik-beradik
Persahabatan antara rakan sebaya
Arahan:
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberikan.
Soalan:
Beberapa jenis haiwan liar tidak boleh diburu supaya haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.
Beberapa jenis haiwan liar yang dilarang untuk diburu telah mengalami kepupusan.
Larangan memburu beberapa jenis haiwan liar adalah untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.
Untuk memastikan beberapa jenis haiwan liar tidak mengalami kepupusan, pemburu diingatkan supaya tidak berburu.
Arahan:
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberikan.
Soalan:
Lagu kebangsaan berfungsi untuk melambangkan kebangsaan dan kedaulatan sesebuah negara.
Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan tersendiri yang melambangkan kebanggaan dan kedaulatan negara itu.
Kebanggaan dan kedaulatan negara tidak dapat diterjemah tanpa lagu kebangsaan.
Kedaulatan sesebuah negara tiada ertinya jika negara itu tidak mempunyai lagu kebangsaan yang membanggakan.
Arahan:
Terdapat satu kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah. Pilih satu kesalahan tersebut.
Soalan:
Rakyat negara ini dapat tinggal bersama-sama dan berasa serasi di antara satu sama lain pada peringkat sekolah.
Kesalahan: bersama-sama
Kesalahan: sekali gus
Kesalahan: di antara
Arahan:
Terdapat satu kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah. Pilih satu kesalahan tersebut.
Soalan:
Hanny dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunung Stong walaupun menghadapi berbagai rintangan.
Kesalahan: berbagai
Kesalahan: pendakian
Kesalahan: walaupun
Arahan:
Bahagian yang bergaris dalam ayat di bawah mengandungi kesalahan penggunaan bahasa. Pilih jawapan yang betul bagi memperbaiki kesalahan tersebut.
Soalan:
Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.
akan kami serahkan pada
kami akan serahkan pada
akan kami serahkan kepada
kami akan serahkan kepada
Arahan:
Bahagian yang bergaris dalam ayat di bawah mengandungi kesalahan penggunaan bahasa. Pilih jawapan yang betul bagi memperbaiki kesalahan tersebut.
Soalan:
Ibu tua itu menunggu kepulangan anaknya yang hilang di laut dari masa ke semasa.
dari masa kepada masa
dari semasa ke semasa
daripada masa ke semasa
dari masa ke semasa
