WorksheetsLatihan Bahasa Melayu
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.
lalu lintas
jalan raya
suhu panas
ruang udara
Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Mahat ________ ketika makan di ruang tamu.
beratur
berlunjur
bersimpuh
bertingguh
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.
sejak
kerana
dengan
apabila
Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.
terpegun
terpukau
tergamam
tercengang
Mamat ingin berhijrah ke bandar tetapi tidak kesampaian kerana ibunya berhasrat supaya dia berkahwinkan dengan gadis pilihannya. Tiada kesalahan.
berhijrah
berhasrat
berkahwinkan
tiada kesalahan
Pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen Legasi Tapai Ubi ialah _______________________
Kita mestilah menanamkan sikap ingin membantu ibu bapa yang telah berkorban masa dan tenaga untuk membesarkan kita.
Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang telah membantu kita memperoleh kejayaan.
Kita mestilah berusaha untuk menjadi pakar penyelidik di samping memperkenalkan produk tempatan.
Kita mestilah bijak mengatur strategi perniagaan untuk melariskan barang yang dijual.
Yang berikut ialah watak dan perwatakan yang ditonjolkan oleh Aku dalam cerpen Legasi Tapai Ubi, kecuali
Seorang anak yang taat kepada perintah kedua-dua ibu bapanya.
Seorang yang teliti dalam melaksanakan tugas dan penyelidikannya.
Seorang yang mengenang budi akan jasa dan pengorbanan kedua-dua ibu bapanya.
Seorang yang bertanggungjawab terhadap tugas dan sering menerima pujian daripada pelbagai pihak.
Kakinya terasa ______kerana berjalan terlalu jauh.
lumpuh
lenguh
lembik
letih
Habis pakaiannya akibat digigit oleh anjing yang garang itu.
compang-camping
comot-momot
koyak-rabak
serbah-serbih
Kerana sering kali dirinya sebagai anak orang berada, dia kini dipulaukan oleh beberapa orang rakan sekelasnya.
membesar
memperbesarkan
memperbesar
membesar-besarkan
Datuk Nicol Ann David telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak dari bangku sekolah lagi.
sejak di bangku sekolah lagi
sejak bangku sekolah lagi
sejak daripada bangku sekolah lagi
sejak dari bangku sekolah lagi
Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang g df dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa
cacing hendak menjadi naga
kaduk naik junjung
kera mendapat bunga
anak kucing menjadi harimau
Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang g df dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa
cacing hendak menjadi naga
kaduk naik junjung
kera mendapat bunga
anak kucing menjadi harimau
Cari jawapan yang betul.
Tiap murid perlu menjaga disiplin.
Berbagai warna ada pada baju itu.
Para-para penduduk perlu bekerjasama.
Setengah-setengah orang ada bakat tersendiri.
“Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul.
Tanda perkataan yang salah.
mesti
Kami
kepada
ini
Tandakan jawapan yang tepat.
Baju ini mahal. Baju diimport dari Itali.
Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali.
Baju ini mahal. Ianya diimport dari Itali.
Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali.
Pilih jawapan yang betul.
Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah.
Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung.
Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung.
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah.
Majlis ___ anugerah itu bakal dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia.
penyampaian
pengisytiharan
penyerahan
pemberian
