wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah dan perkembangan Bahasa melayu

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan rajah di atas bahasa yang tergolong dalam cabang X ialah

a)

Nusantara, Austroasia, Melanesia, Mikronesia

b)

Nusantara, Austronesia, Polinesia, Melanesia

c)

Nusantara, Polinesia, Melanesia, Mikronesia

d)

Nusantara, Austronesia, Polinesia, Melanesia

2.

Istilah Mo-lo-yeu atau "Melayu" telah wujud dalam catatan sejarawan. Antara yang berikut, sejarawan manakah yang telah menggunakan istilah berkenaan dalam catatan mereka?

I Catatan I-Tsing

II Catatan N.H. Kerne

III Catatan Parameswara

IV Cacatan Godinho de Erachia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Bahasa Melayu tergolong dalam filum Austris dalam salasilah keluarga bahasa. Istilah filum bermaksud kelompok bahasa berumur

a)

5000 tahun.

b)

kurang daripada 2500 tahun.

c)

lebih daripada 10000 tahun.

d)

antara 2500 hingga 5000 tahun.

4.

Pernyataan di bawah benar tentang bahasa Melayu menjadi Bahasa lingua franca, kecuali

a)

Bahasa Melayu bersifat sederhana.

b)

Bahasa ini tidak Ada perbezaan taraf dan darjat.

c)

Bahasa Itu dapat dibentuk untuk sebarang keperluan dan lebih senang dipelajari.

d)

Bahasa ini dihormati kerana penghormatan masyarakat kepada golongan bangsawan.

5.

Cabang Nusantara mempunyai jumlah bahasa paling banyak, iaitu kira-kira 200-300 bahasa, iaitu terdiri daripada golongan tertentu


Golongan bahasa di bawah tergolong dalam cabang Nusantara, kecuali

a)

Golongan Tomini, Toraja dan Loinang.

b)

Golongan Bali-sasak, Filipina dan Gorontolo.

c)

Golongan Kalimantan, Hawaii, Tonga, Maori Dan Irian.

d)

Golongan Bunku-Laki, Sulawesi Selatan dan Bima-Sumba

6.

Yang berikut merupakan faktor penting penyebaran bahasa Melayu kecuali

a)

penjajahan

b)

dasar bahasa

c)

perdagangan

d)

penyebaran agama

7.

Antara berikut, bahasa manakah terletak di bawah golongan bahasa Sumatera?

I Sunda, Jawa dan Madura

II Iban, Kenya-Kayan dan Melanau.

III Acheh, Melayu, Karo, Ankola- Mendailing

IV Minangkabau, Nias, Lampung, Orang Laut

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

8.

Bahasa Nias dan bahasa Orang Laut mempunyai hubungan

a)

Sefilium

b)

Serumpun

c)

Sekeluarga

d)

Sesubkeluarga

9.

Yang berikut ialah bahasa yang terdapat dalam rumpun bahasa Austronesia, kecuali

a)

Jawa

b)

Khmer

c)

Tagalog

d)

Melayu

10.

Pernyataan di bawah adalah benar tentang konsep dan zaman bahasa Melayu kuno, kecuali

a)

Kerajaan yang berkuasa ialah Kerajaan Sriwijaya

b)

Berkembang pada antara abad ketujuh hingga abad ke-13

c)

Kosa kata dan tulisannya dipengaruhi kuat oleh bahasa Sanskrit dan Arab

d)

Zaman bahasa Melayu kuno berakhir apabila kerajaan Majapahit yang berpusat di Jawa didirikan pada akhir tahun 1923

11.

Antara berikut, pernyataan yang manakah tidak benar tentang kosa kata Bahasa Melayu kuno?

a)

Ketiadaan vokal e-talling yang digantikan dengan a

b)

Ketiadaan vokal e-pepet yang digantikan dengan a

c)

Banyak konsonan diucapkan dan dieja dengan aspirasi seperti bh, ph, dh dan kh

d)

Menggunakan fonem [w] / geluncuran [w] pada beberapa perkataan yang sekarang menggunakan fonem [b]/ letupan bibir [b]

12.

Yang manakah kumpulan imbuhan yang kesemuanya terdapat dalam Bahasa Melayu kuno?

a)

mar-, -at, swa-

b)

ni-, -wan, swa-

c)

dwi-, mar-, pra-

d)

nipar-, mar-, ni-

13.

Batu-batu bersurat yang berikut ditulis menggunakan bahasa Melayu kuno pada abad ketujuh,kecuali

a)

batu bersurat di Minye Tujuh

b)

batu bersurat di Talang Tuwo

c)

batu bersurat di Karang Brahi

d)

batu bersurat di kedukan Bukit

14.

• Bertarikh 606 Tahun Saka (684 S.M)

• Ditemui di daerah Palembang oleh Residen Jambi, L.C. Westenek

• Mempunyai 14 baris ayat yang dipahat


berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, batu bersurat yang disebutkan ialah

a)

Batu Bersurat Kedukan Bukit

b)

Batu Bersurat Kota Kapur

c)

Batu Bersurat Talang Tuwo

d)

Batu Bersurat Karang Brahi

15.

Batu bersurat yang ditulis dengan menggunakan tulisan Nagiri ialah

a)

Batu bersurat di Gandasuli

b)

Batu bersurat di Kota Kapur

c)

Batu bersurat di Karang Brahi

d)

Batu bersurat di Kedukan Bukit

16.

Yang manakah perkataan yang menerima awalan kata kerja aktif transitif dalam bahasa Melayu kuno?

a)

Marsila

b)

Wuahna

c)

Nitanam

d)

Manwuat

17.

Kerajaan Sriwijaya ialah Kerajaan penting dalam perkembangan bahasa pada zaman bahasa Melayu kuno kerana


I Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi kerajaan Sriwijaya sejak abad ketujuh lagi.


II kerajaan ini meluaskan empayarnya apabila banyak menakluk negeri di sekitarnya


III kerajaan ketiga yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama dalam pentadbiran.


IV kedudukan strategik ibu negerinya menjadi tumpuan segala bangsa dan budaya serta pedagang dan pelayar dari Timur (Cina) dan Barat (India) sering mengunjunginya.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Antara berikut, yang manakah tulisan yang digunakan pada zaman bahasa Melayu kuno?


I Jawi

II Pallava

III Nagiri

IV Rumi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Bukti kukuh yang menunjukkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca ialah

a)

Catatan pada batu bersurat di Kuala Berang.

b)

Catatan Francois Valentijin dan penyusunan daftar kata oleh Antonio Pigafetta.

c)

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa rasmi.

d)

Bahasa melayu dalam penulisan sastera, tasawuf, syair, ilmi sufi, falsafah dan ketatanegaraan.

20.

Sistem tulisan masih menampakkan pengaruh kebudayaan India dan masih menggunakan huruf yang berasal dari India


Penyataan di atas adalah berkaitan batu bersurat pada zaman klasik, iaitu


I Batu Bersurat Pagar Ruyung.

II Batu Bersurat Minye Tujuh.

III Batu Bersurat Talang Tuwo.

IV Batu Bersurat Kedukan Bukit.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV