Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KAEDAH KEUNTUNGAN

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Kaedah keuntungan adalah berdasarkan konsep nilai sesuatu bagi harta tanah bergantung kepada ____________.

a)

perbandingan harta tanah sebanding

b)

jualan barangan dan perkhidmatan ke atas premis

c)

keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan yang dijalankan ke atas premis

d)

kerugian yang diperolehi dari jualan yang dilakukan ke atas premis

2.

Berikut adalah harta tanah yang boleh dinilai menggunakan kaedah keuntungan kecuali ___________.

a)

kolam ternakan udang harimau

b)

tanah ladang

c)

pawagam

d)

taman tema

3.

Apakah komponen-komponen dalam bahagian penyewa?

I. Pulangan kepada pengusaha

II. Perbelanjaan tahunan

III. Modal kerja

IV. Faedah atas modal

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

II dan IV sahaja

4.

Dalam kaedah keuntungan, maklumat pendapatan dan perbelanjaan sesebuah perniagaan boleh diperolehi melalui semakan ____________.

a)

satu (1) tahun penyata akaun perniagaan

b)

tiga (3) tahun penyata akaun perniagaan yang beraudit

c)

tiga (3) bulan penyata kewangan perniagaan

d)

akaun lajer perniagaan

5.

Perbelanjaan seperti insurans, pembaikan, cukai pintu dan cukai tanah merujuk kepada __________.

a)

Sewa tahunan

b)

Pendapatan kasar tahunan

c)

Nilai modal

d)

Perbelanjaan tahunan

6.

Bahagian penyewa terdiri daripada dua (2) elemen iaitu ______________.

a)

faedah atas modal dan pulangan kepada pengusaha

b)

nilai kasar dan nilai bersih

c)

faedah atas modal dan pendapatan bersih

d)

nilai pasaran dan nilai modal

7.

Keuntungan bersih adalah merujuk kepada _________ perniagaan.

a)

bahagian penyewa

b)

baki boleh dibahagi

c)

pendapatan kasar

d)

kos operasi

8.

Pernyataan berikut adalah kelemahan kaedah keuntungan kecuali _____________.

a)

akaun yang lepas mungkin tidak menggambarkan halatuju perniagaan.

b)

adalah sukar untuk menentukan kadar pulangan memdanangkan kekurangan bukti modal/sewa hartanah yang serupa

c)

kaedah ini sesuai digunakan untuk menentukan nilai pasaran bagi harta tanah khas

d)

untuk hotel yang baru atau perniagaan baru, kaedah ini mungkin tidak sesuai disebabkan oleh ketiadaan tempoh akaun.

9.

Berikut adalah perbelanjaan tahunan kecuali ___________.

a)

Insuran

b)

Pembaikan dan penyenggaraan

c)

Cukai tanah

d)

Kos pinjaman

10.

Komponen yang diperolehi hasil daripada penolakan keuntungan kasar ke atas pembelian adalah ____________.

a)

Untung kasar

b)

Perbelanjaan operasi

c)

Untung bersih

d)

Faedah atas modal