wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

1.“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.

a)

beta…hamba

b)

baginda…hamba

c)

yang mulia…beta

d)

tuanku…patik

2.

_______mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin menentang_________,” kata ketua pasukan kepada sahabatnya.

a)

Awak… mereka

b)

Anda … aku

c)

Kita … mereka

d)

Awak … saya

3.

”Masalah itu patut______selesaikan supaya____________tidak merajuk lagi,” kata Ali kepada kawan-kawannya.

a)

awak … mereka

b)

engkau … beliau

c)

aku … kita

d)

kita … dia

4.

Ampun _______, apakah hajat ________meminta ______ datang menghadap?” sembah Bendahara Tun Perak.

a)

baginda … tuanku … hamba

b)

beta … baginda … hamba

c)

tuanku … beta … patik

d)

tuanku … tuanku … patik

5.

_______ bertiga telah diarahkan oleh Pak Mat untuk membersihkan taman mini ini

a)

Kami

b)

Beta

c)

Dia

d)

Mu

6.

“Perbuatan ________memang tidak ________gemari,” kata Adnan kepada budak-budak itu

a)

anda … dia

b)

kamu … saya

c)

kita … beliau

d)

kita… saya

7.

Pen ini________hadiahkan kepada__________,” kata Ani kepada Ayu.

a)

nya … awak

b)

kita … anda

c)

aku … kami

d)

ku … mu

8.

Amin bermain bola sepak di padang. ________bermain bersama rakannya.

a)

Mereka

b)

Dia

c)

Kami

d)

Engkau

9.

“Pukul berapa________akan sampai di rumah?” tanya Puan Joyah kepada Mizi.

a)

beliau

b)

mereka

c)

saya

d)

kita

10.

Ayah saya seorang doktor dan ________bekerja di Hospital Kajang.

a)

dia

b)

saya

c)

beliau

d)

baginda

11.

Sultan Muzaffar telah mangkat. Jenazah_________akan dimakamkan di kawasan makam diraja.

a)

beliau

b)

baginda

c)

tuanku

d)

beta

12.

“________ yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah Ah Meng.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Dia

d)

Mereka

13.

________ akan berangkat ke Parlimen tidak lama lagi.

a)

Baginda

b)

Hamba

c)

Beta

d)

Aku

14.

Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan. _________ ingin belajar dalam suasana yang ceria.

a)

Mereka

b)

Kalian

c)

Kamu

d)

Kita

15.

“________ telah dirompak oleh ________,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke arah perompak yang melarikan diri.

a)

Hamba, dia

b)

Kita, nya

c)

Kami, mereka

d)

Saya, dia

16.

Samy ialah anak angkat Encik Siva. Ibu bapa _______ meninggal dunia setahun yang lalu.

a)

kami

b)

mereka

c)

kita

d)

nya

17.

Ahmad seorang murid yang rajin. _______ disukai oleh rakan-rakannya.

a)

Nya

b)

Dia

c)

Mereka

d)

Beliau

18.

Aini dan keluarga _______ telah berpindah ke Kluang sejak dua tahun yang lalu.

a)

ia

b)

nya

c)

dia

d)

kami

19.

Kepulangan ________ sekeluarga dari Mekah telah disambut oleh sanak-saudara dan penduduk kampung.

a)

kita

b)

kami

c)

baginda

d)

saudara

20.

Perdana Menteri telah sembuh selepas ________ diberi rawatan di hospital.

a)

dia

b)

beliau

c)

baginda

d)

kalian

21.

"Ibu, duit Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman permainan," kata Farah kepada ibunya.

a)

beliau

b)

kami

c)

kita

d)

dia

22.

"Danial, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan,” kata Cikgu Maimun kepada saya

a)

kami

b)

kamu

c)

beliau

d)

mereka

23.

Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada _______

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

mereka

24.

" Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.

a)

kita

b)

kami

c)

beliau

d)

mereka

25.

Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti dan Yusni kepada Nurul.

a)

mereka

b)

engkau

c)

kalian

d)

kami