Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 7: Respirasi Sel Biologi T4 KSSM

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, bahan kimia manakah bukan

merupakan substrat respirasi sel?

a)

Glukosa

b)

Protein

c)

Lemak

d)

Lilin

2.

Antara berikut, proses manakah tidak menghasilkan ATP?

a)

Penguraian glukosa kepada asid piruvik

b)

Penguraian asid piruvik kepada etanol dan karbon dioksida

c)

Penguraian asid piruvik kepada karbon dioksida dan air

d)

Penguraian asid lemak kepada karbon dioksida

dan air

3.

Di manakah berlakunya penghasilan karbon dioksida dan air daripada glukosa?

a)

Kloroplas

b)

Sitoplasma

c)

Nukleus

d)

Mitokondrion

4.

Dalam satu eksperimen mengkaji respirasi aerob seekor lipas, pelet kalium hidroksida digunakan untuk ________

a)

menyerap oksigen dalam tabung didih

b)

menyerap wap air yang dihasilkan

c)

menyerap karbon dioksida yang dihasilkan

d)

menyerap haba yang dihasilkan

5.

Antara berikut, pernyataan yang manakah berkenaan dengan perbezaan yang betul antara respirasi aerob dengan fermentasi?

a)

Respirasi aerob menguraikan asid piruvik di dalam mitokondrion manakala fermentasi menguraikan asid piruvik di dalam sitoplasma

b)

Respirasi aerob menghasilkan tenaga manakala fermentasi tidak menghasilkan tenaga

c)

Respirasi aerob menguraikan glukosa manakala fermentasi menguraikan glikogen

d)

Respirasi aerob menghasilkan karbon dioksida manakala fermentasi tidak menghasilkan karbon dioksida

6.

Antara proses-proses berikut dalam tumbuhan, yang manakah memerlukan tenaga?


I Mitosis

II Resapan air

III Pertumbuhan tiub debunga

IV Penyerapan garam mineral

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I,II dan IV sahaja

d)

I, II, III dan IV

7.

Apakah substrat utama yang diperlukan dalam proses penghasilan tenaga?

a)

Sukrosa

b)

Galaktosa

c)

Glukosa

d)

Fruktosa

8.

Semasa aktiviti cergas, pengumpulan asid laktik yang tinggi berlaku. Individu tersebut akan mengambil lebih oksigen untuk mengoksidakan asid laktik. Di manakah pengoksidaan asid laktik berlaku di dalam badan?

a)

Sel otot

b)

Peparu

c)

Jantung

d)

Hati

9.

Seorang pelajar mengambil bahagian dalam acara larian 400 meter. Antara berikut, persamaan manakah mewakili proses respirasinya selepas berlari 200 meter pertama?

a)

Glukosa → Etanol + karbon dioksida + tenaga

b)

Glukosa → Karbon dioksida + air + tenaga

c)

Glukosa + oksigen → Asid laktik + tenaga

d)

Glukosa → Asid laktik + tenaga

10.

Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah benar tentang respirasi anaerob di dalam sel otot?


I Penghasilan etanol

II Penguraian glukosa secara tidak lengkap

III Pengumpulan asid laktik

IV Suatu hutang oksigen berlaku

a)

I dan II sahaja

b)

II, III dan IV

c)

I,II dan III

d)

I, II, III dan IV

11.

Manakah antara berikut, yang tidak berlaku dalam fermentasi?

a)

Berlaku dalam mitokondria

b)

Tidak menghasilkan air

c)

Glukosa dioksidakan secara tidak lengkap kepada etanol dan karbon dioksida

d)

Proses penguraian glukosa berlaku secara tidak lengkap

12.

Respirasi aerob berlaku dengan kehadiran

a)

Karbon dioksida

b)

Oksigen

c)

Hidrogen

d)

Asid laktik

13.

Respirasi sel ialah proses pengoksidaan molekul organik melalui beberapa peringkat bagi membebaskan tenaga.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Substrat utama bagi respirasi sel ialah sukrosa.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Selepas glikolisis, piruvat yang terhasil akan menjalani sama ada ____________ atau fermentasi asid laktik.

a)

fermentasi etanol

b)

fermentasi alkohol

c)

fermentasi penapaian

d)

fermentasi yis

16.

Etanol digunakan dalam pembuatan bir dan wain.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Pokok padi yang tumbuh di kawasan berair yang kekurangan oksigen berupaya menjalankan fermentasi etanol.

a)

Betul

b)

Salah

18.

Bakteria Lactobacillus menjalankan fermentasi susu untuk menghasilkan __________.

a)

Yogurt

b)

Puding

c)

Dadih

d)

Susu masam

19.

Lactobacillus bertindak ke atas laktosa (gula susu) dan menukarkannya kepada asid laktik. Lactobacillus adalah sejenis ______________

a)

Virus

b)

Bakteria

c)

Protozoa

d)

Alga

20.

Otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen dan dikatakan mengalami ___________ .

a)

hutang nyawa

b)

hutang asid laktik

c)

hutang oksigen

d)

hutang karbon dioksida