wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ETIKA BERMAIN ALAT MUZIK

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Zamir mempunyai latihan piano pada jam 10 pagi. Pada jam berapakah Zamir sepatutnya tiba ke lokasi latihan?

a)

10:00 Pagi

b)

10:30 Pagi

c)

11:00 Pagi

d)

9:30 Pagi

2.

Hani tidak membawa skor lagu semasa latihan koir kerana dia telah menghafal keseluruhan lagu. Adakah tindakan Hani ini betul?

a)

Benar

b)

Salah

3.

Kesemua perkara dibawah adalah etika sebelum latihan kecuali,

a)

Mengikut arahan ketua atau konduktor muzik

b)

Memastikan semua peralatan muzik yang digunakan telah disimpan dengan baik.

c)

Membaiki kesalahan yang selalu dilakukan semasa bermain alat muzik.

d)

Membuat catatan tentang perubahan yang dilakukan dalam lagu/repertoire

4.

Johan berlatih menggesek biola dengan teknik yang diajar oleh gurunya kerana dia ingin membiasakan teknik permainan tersebut.

a)

Semasa Persembahan

b)

Sebelum Latihan

c)

Semasa Latihan

d)

Selepas Persembahan

5.

Pasukan pancaragam sekolah Abu baru sahaja selesai membuat persembahan untuk Kejohanan Sukan Tahunan, apakah yang perlu dilakukan oleh Abu dan rakan-rakannya sebaik sahaja bersurai dari barisan?

a)

Menyimpan semula alatan ke tempatnya

b)

Merehatkan diri di dalam khemah

c)

Bermain dengan rakan-rakan

d)

Mengeluarkan skor muzik

6.

Guru koir Zarif memberi taklimat ringkas kepada Zarif dan ahli koir yang lain selepas menyelesaikan sesi latihan koir. Apakah yang patut dilakukan Zarif ?

a)

Memberi perhatian kepada taklimat tersebut dan membuat catatan terhadap perkara yang penting

b)

Bersembang dengan rakan disebelahnya

c)

Menyampuk ketika gurunya sedang bercakap

d)

Mendengar taklimat sambil bermain telefon bimbit

7.

Apakah ciri-ciri baju yang sesuai dipakai ketika melakukan persembahan?

a)

Mencolok mata

b)

Kemas dan formal

c)

Casual dan mencolok mata

d)

Santai dan kemas

8.

Adakah seseorang pemuzik itu perlu untuk menala alat muziknya sebelum memulakan latihan?

a)

Ya

b)

Tidak

9.

Apakah yang perlu dilakukan oleh mereka selepas persembahan berakhir?

a)

Bergerak keluar pentas dengan tertib

b)

Berlari keluar pentas

c)

Keluar sesuka hati

d)

Mengikut arahan ketua atau konduktor muzik

10.

Semasa sedang memainkan lagu dalam persembahan, anda telah melakukan kesilapan dalam lagu. Apakah yang patut anda lakukan?

a)

Berhenti serta merta

b)

Memberitahu rakan bahawa anda telah melakukan kesilapan

c)

Teruskan bermain seperti tiada apa yang terjadi

d)

Membuat mimik muka serba salah diatas pentas