Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KESEMBANGAN REDOKS

Total questions: 12

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Manakah takrifan tindak balas redoks?

a)

Tindak balas yang melibatkan peningkatan dan penurunan berlaku serentak

b)

Tindak balas yang melibatkan penghidratan dan pendehidratan berlaku serentak

c)

Tindakbalas yang melibatkan pembentukan ikatan kovalen tunggal dan ikatan kovalen ganda dua berlaku serentak

d)

Tindak balas yang melibatkan pengoksidaan dan penurunan berlaku serentak

2.

Manakah BUKAN cara untuk menentukan suatu tindak balas redoks?

a)

Terima atau kehilangan proton

b)

Terima atau kehilangan oksigen

c)

Terima atau kehilangan hidrogen

d)

Perubahan nombor pengoksidaan.

3.

Mg + CuO --> MgO + Cu


Berdasarkan persamaan diketahui bahawa

a)

Mg mengalami penurunan

b)

MgO mengalami pengoksidaan

c)

CuO adalah agen pengoksidaan

d)

Cu adalah agen penurunan

4.

Mg + CuSO4 --> MgSO4 + Cu


Berdasarkan persamaan setengah di atas. Manakah pernyataan yang TIDAK benar?

a)

nombor pengoksidaan bagi atom magnesium pada bahan tindak balas ialah +2

b)

nombor pengoksidaan bagi ion kuprum di dalam kuprum(II) sulfat ialah +2

c)

nombor pengoksidaan bagi ion sulfat di dalam magnesium sulfat ialah -2

d)

nombor pengoksidaan bagi atom kuprum pada hasil tindak balas ialah 0

5.

kirakan nombor pengoksidaan bagi ion mangan di dalam ion manganat, MnO4-

a)

+7

b)

+6

c)

+4

d)

+3

6.

Apakah nama IUPAC bagi bahan yang mempunyai formula ion PbO2?

a)

Plumbum(I) oksida

b)

Plumbum(II) oksida

c)

Plumbum(III) oksida

d)

Plumbum(IV) oksida

7.

Antara berikut yang manakah bukan tindak balas redoks?

a)

AgNO3 + NaCl --> AgCl + NaNO3

b)

Ca + CuSO4 --> Cu + CaSO4

c)

H2S + Cl2 --> S + 2HCl

d)

Zn + SnO --> ZnO + Sn

8.

Rajah menunjukkan suatu eksperimen mengkaji tindak balas redoks.


Manakah TIDAK benar tentang eksperimen tersebut?

a)

Ion ferum(II) akan ditukarkan kepada ion ferum(III)

b)

Air bromin akan melunturkan warna hijau ferum(II) menjadi tanpa warna

c)

Air bromin adalah agen pengoksidaan

d)

Ion ferum(II) mengalami pengoksidaan

9.

Rajah menunjukkan suatu eksperimen mengkaji perpindahan elektron pada suatu jarak.


Manakah yang benar?

a)

Kalium iodida bertindak sebagai agen penurunan

b)

Elektron mengalir dari elektrod Q ke elektrod P

c)

Kalium dikromat(VI) berasid mengalami pengoksidaan

d)

Kalium iodida ialah anod

10.

Manakah yang TIDAK benar tentang nilai keupayaan elektrod piawai, Eo?

a)

Nilai keupayaan elektrod piawai bagi elektrod hidrogen ialah 0.00 V

b)

Nilai keupayaan elektrod piawai bagi unsur-unsur di atas hidrogen adalah bernilai negatif

c)

Semakin negatif nilai keupayaan elektrod piawai bermaksud semakin kuat ia bertindak sebagai agen penurunan

d)

Semakin negatif nilai keupayan elektrod piawai semakin senang diturunkan

11.

Berdasarkan nilai keupayaan elektrod yang diberikan.


Manakah yang benar?

a)

ion zink, Zn2+ adalah agen penurunan yang kuat

b)

ion kuprum, Cu2+ adalah agen pengoksidaan yang kuat

c)

ion argentum, Ag+ mengalami pengoksidaan

d)

ion plumbum, Pb2+ mengalami penurunan

12.

Diketahui bahawa

Mg2+ + 2e ⇆ Mg , Eo = -2.38 V

Cu2+ + 2e ⇆ Cu , Eo = +0.34 V


Hitungkan sel voltan yang terhasil oleh sel tersebut

a)

+2.72 V

b)

-2.04 V

c)

-2,72 V

d)

+2.04 V