wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2 INTAN -PENTAKSIRAN KEBERKESANAN PDPR - PENDIDIKAN ISLAM

Total questions: 50

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Ayat al-Quran di atas menyatakan ciri-ciri orang yang bertakwa. Pilih jawapan yang sesuai berdasarkan ayat al-Quran yang bergaris di atas. ( Ayat 133-136 : Surah Ali-Imran)

a)

dan orang yang menahan kemarahannya

b)

dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain

c)

Orang yang mendermakan hartanya keika senang dan susah

d)

Bersegera bertaubat setelah melakukan kesalahan

2.

Taubat ialah _________________________.

a)

Berdoa dan memohon maaf kepada Allah.

b)

Memohon maaf kepada manusia.

c)

Kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa.

d)

Menyesal dengan dosa yang dilakukan.

3.

Kita dituntut untuk segera bertaubat setelah melakukan dosa kerana ________________.

a)

Ibu bapa kita akan menanggung segala dosa kita.

b)

Semakin banyak dosa, Allah semakin sayang kepada kita.

c)

Allah menyediakan syurga untuk orang yang bertaubat.

d)

Kita tidak tahu bila kita akan meninggal.

4.

Berikut merupakan syarat taubat kecuali _________________.

a)

Memohon keampunan dan rahmat Allah.

b)

Berazam tidak mengulangai dosa.

c)

Melakukan solat hajat supaya Allah nampak usaha kita.

d)

Berhenti melakukan dosa.

5.

Antara cara mengawal dan menguruskan rasa marah ialah _______________.

a)

Membaca basmalah.

b)

Membaca isti'azah.

c)

Mengubah posisi kepada yang lebih rendah contohnya berdiri-duduk-baring.

d)

Meluahkan segala rasa kecewa ketika berhadapan dengan orang yang menjadi punca kemarahan.

6.

Berdasarkan hadis yang bergaris di atas contoh yang paling tepat ialah

a)

Ali menasihati rakan-rakannya untuk menyiapkan kerja sekolah

b)

Yusri memarahi ayahnya yang menyuruhnya membeli minyak di kedai

c)

Bapa Balgis melarang anaknya keluar rumah pada waktu malam.

d)

Raihanah membenci perbuatan maksiat yang dilakukan oleh rakannya

7.

Mungkar dari segi bahasa bermaksud

a)

Perkataan atau perbuatan yang buruk oleh akal yang sihat

b)

Perkataan atau perbuatan yang dianggap tidak bermoral

c)

Perkataan atau perbuatan yang ditegah oleh syarak

d)

Perkataan atau perbuatan yang mesti dicegah oleh setiap individu

8.

Hukum mencegah kemungkaran

a)

Harus

b)

Wajib

c)

Sunat

d)

Sunat muakkad

9.

Antara HIKMAH menangani kemungkaran adalah

a)

Dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersifat prihatin

b)

Dapat menambahkan rasa benci kepada pelaku maksiat atau kemungkaran

c)

Dapat meningkatkan kehebatan diri melalui nasihat atau teguran agama

d)

Dapat meningkatkan kehebatan pemimpin atau penguasa undang-undang

10.

Apakah akibat sekiranya kita tidak mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat hari ini?

a)

perbuatan maksiat semakin berleluasa

b)

mudah mendapat hidayah

c)

masyarakat aman dan harmoni

d)

disayangi Allah dan Rasul

11.
Sesiapa yang mengingkari kewujudan malaikat maka _________ keimanannya.
a)
berkurang
b)
bertambah
c)
rosak
d)
batal
12.
Berikut merupakan sifat-sifat malaikat. KECUALI :
a)
Tidak berjantina
b)
Tidak pernah mengantuk
c)
Taat kepada Allah
d)
Perlu kepada makan dan minum
13.

Mikail bertugas untuk

a)

menurunkan hujan dan rezeki

b)

menjaga pintu neraka

c)

menjaga pintu syurga

14.

Apakah tugas malaikat Riduan?

a)

Menjaga pintu neraka

b)

Mencatat amalan baik

c)

Menjaga pintu syurga

15.

Apakah tugas malaikat Malik?

a)

Menurunkan hujan dan rezeki

b)

Menjaga pintu neraka

c)

Menjaga pintu syurga

16.
Nyatakan maksud beriman dengan kitab-kitab suci
a)
Percaya serta membenarkan bahawa kitab-kitab yang diturunkan mempunyai pedoman dan dijadikan sebagai petunjuk hidup
b)
Percaya  serta membenarkan setiap kitab-kitab suci yang diturunkan kepada setiap rasul yang dipilih
c)
Percaya serta membenarkan tanpa sebarang keraguan dengan apa-apa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang terpilih daripada kalangan para rasul
d)
 Percaya serta membenarkan bahawa setiap para rasul mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menyampaikan dakwah yang terdapat dalam kitab-kitab suci tersebut
17.
Ada __________ buah kitab yang wajib dipercayai oleh orang Islam.
a)
5
b)
3
c)
6
d)
4
18.
Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi ________
a)
Muhammad
b)
Isa
c)
Daud
d)
Musa
19.

Apakah yang dimaksudkan dengan SUHUF ?

a)

Kitab yang diturunkan kepada rasul yang terpilih.

b)

Nabi Isa as merupakan salah seorang penerima suhuf.

c)

Kalam Allah yang mengandungi hukum dasar, kata-kata hikmah dan pengajaran kepada manusia.

d)

Berbentuk buku.

20.

Bilangan suhuf yang diterima oleh nabi Syuib ialah ...

a)

10

b)

10

c)

30

d)

50

21.

Puasa bermaksud ______________ diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga matahari terbenam disertai dengan ______________.

a)

memaksa, azam

b)

mengasingkan, hasrat

c)

menahan, niat

d)

menyekat, lafaz

22.

Salah satu perkara yang membatalkan puasa ialah _______.

a)

tidur

b)

murtad

c)

belajar

d)

senaman

23.

Berikut adalah perkara-perkara sunat semasa berpuasa KECUALI....,

a)

Bersahur

b)

Melewatkan Sahur

c)

Menyegerakan berbuka

d)

Banyak tidur.

24.

Hukum berpuasa pada 1 Syawal...

a)

Haram

b)

Harus

c)

Sunat

d)

Makruh

25.

Puasa pada hari _______ iaitu pada 9 Zulhijjah merupakan salah satu contoh puasa sunat.

a)

tasyrik

b)

Arafah

c)

raya

d)

Zulhijjah

26.

"Solat sunat yang mengiringi solat fardhu dan waktunya mengikut waktu solat fardhu."

a)

Solat Rawatib

b)

Solat Tarawikh

c)

Solat Witir

27.

Berikut adalah contoh solat sunat kecuali

a)

solat rawatib

b)

solat terawikh

c)

solat jumaat

d)

solat tahajud

28.

Bilangan rakaat solat sunat witir dilaksanakan __________

a)

dalam bilangan ganjil

b)

sekurang-kurangnya 5 rakaat

c)

dilakukan dalam sekali salam

d)

tiada had

29.

berikut adalah hikmah solat sunat rawatib ialah kecuali

a)

menyempurnakan ibadah kepada Allah

b)

menambah khusyuk ketika solat

c)

membantu pembakaran tenaga selepas berbuka puasa

d)

menampung kekurangan solat fardhu

30.

solat sunat sebelum subuh hukumnya adalah

a)

sunat muakkadah

b)

sunat ghairu muakkadah

c)

harus

d)

makruh

31.

Pemerintahan kerajaan Islam yang pertama didunia bermula _______

a)

Mekah

b)

Madinah

c)

Syiria

d)

Mesir

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan Piagam Madinah?

a)

perlembagaan bertulis di madinah

b)

syariat islam di madinah

c)

hudud di madinah

33.

Piagam Madinah dibina atas dasar berikut kecuali..

a)

Tanggungjawab dan keadilan

b)

Hak setiap individu terpelihara

c)

Kepentingan diri Rasulullah saw

d)

Kestabilan negara Madinah

34.

Rasulullah mengutus surat kepada kerajaan luar sekitar Madinah untuk..

a)

Berkongsi harta negara.

b)

Mengajak mereka berperang.

c)

Mengajak mereka beriman kepada Allah.

d)

Menghantar bantuan ketenteraan.

35.

Ansar ialah golongan

a)

Penduduk asal Madinah yang memeluk Islam dan membantu perjuangan Rasulullah

b)

Orang Islam yang berhijrah bersama Rasulullau dari Mekah ke Madinah

c)

Suku kaum Aus dan Khazraj

d)

Kaum musyrikin dan yahudi

36.

Beliau wafat(mati syahid) setelah disula dengan tombak oleh Abu Jahal. Beliau ialah.............

a)

Sayidatina Fatimah

b)

Sayidatina `Aisyah

c)

Sayidatina Khadijah

d)

Sayidatina Sumaiyah

37.

Sayidatina Khadijah berketurunan bangsawan Quraisy daripada ...............

a)

suku bani Tamim

b)

suku bani Quraisy

c)

suku bani `Adiy

d)

suku Bani Asad

38.

Siapakah yang wafat 6 bulan selepas kewafatan Rasullah S.A.W ?

a)

Abdullah

b)

Kassim

c)

Ummu Kalthum

d)

Fatimah

39.

Saidatina Aisyah merupakan anak kepada

a)

Saidina Abu Bakar As Siddiq

b)

Saidina Usman bin Affan

c)

Saidina Umar al Khatab

d)

Saidina Ali bin Abi Talib

40.
Berikut merupakan sumbangan Saidatina Aisyah binti Abu Bakar, KECUALI
a)
Meriwayatkan banyak hadith
b)
Menjadi rujukan para sahabat dalam sesuatu perkara
c)
Memperkaya bidang Tafsir al-Quran
d)
Sediakan makanan untuk tentera Islam semasa perang Khandak
41.

Maksud kasih sayang dari segi istilah

a)

Kecenderungan untuk bercinta sesama rakan

b)

Kecenderungan melakukan kemaksiatan

c)

Kecenderungan terhadap sesuatu kebaikan

42.

Lengkapkan maksud dalil berikut. " Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia ____________________.

a)

mengasihi rakan baik nya

b)

mengasihi diri sendiri

c)

mengasihi binatang

d)

mengasihi harta benda

43.

Antara contoh sifat kasih sayang Rasulullah SAW yang dapat kita contohi ialah...

a)

Kasih sayang kepada isteri, cucu, umat Islam dan anak-anak Baginda

b)

Kasih sayang kepada isteri-isteri Baginda sahaja

c)

Kasih sayang kepada harta rampasan perang

44.

((لاَ يُؤمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ))

Apa maksud ayat yang bergaris?

a)

sebagaiaman dia merindukan saudaranya sendiri.

b)

sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

c)

sebagaimana dia melebihkan dirinya sendiri.

d)

sebagaiaman dia mengasihi saudaranya sendiri.

45.

Berikut adalah sifat-sifat kasih sayang yang diredhai Allah kecuali...

a)

mentaati ibu bapa.

b)

menghormati orang yang lebih tua.

c)

mengutamakan kawan.

d)

membantu anak yatim.

46.

Hukum memuliakan ibu bapa ialah

a)

wajib

b)

harus

c)

sunat

d)

sunat muakkad

47.

Pilih penyataan yang benar:

a)

Allah swt sentiasa redha kepada ibu bapa

b)

Keredhaan ibu bapa terletak kepada keredhaan anak kepada ibu bapa

c)

Redha ibu bapa bergantung kepada redha Allah swt

d)

Redha Allah swt bergantung kepada redha ibu bapa kepada anak-anak

48.

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia

a)

Membuat kenduri tahlil untuk arwah ibu bapa setiap tahun

b)

Kerap menziarahi dan membersihkan kubur ibu bapa

c)

Sentiasa mendoakan keampunan untuk ibu bapa

d)

Membahagi-bahagikan harta yang ditinggalkan

49.

Berikut adalah punca penderhakaan kepada ibu bapa, kecuali:

a)

Terpengaruh dengan rakan yang negatif

b)

Kurang penghayatan agama dalam kehidupan

c)

Kurang menghayati pengajaran agama di sekolah

d)

Terpengaruh dengan rakan yang positif

50.

Manakah antara berikut merupakan cara beradab kepada ibu bapa dari aspek hati

a)

Bercakap dengan lemah lembut

b)

Tidak meninggikan suara kepada ibu bapa

c)

Sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka

d)

Selalu menziarahi ibu bapa jika tinggal berasingan