Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 2021

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang benar mengenai perakaunan?

a)

Satu proses merekodkan urus niaga yang melibatkan tunai.

b)

Satu proses persembahan maklumat kewangan perniagaan.

c)

Satu proses merekodkan urus niaga secara sistematik dalam buku perakaunan.

d)

Satu proses mengelas, merekodkan, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan.

2.

Pada tahun kewangan 2019, Kedai Kasut Best masih merekodkan perabot pejabat pada harga belian iaitu RM 9 000 walaupun harga pasaran ialah RM 7 500.


Apakah prinsip perakaunan yang terlibat?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Tempoh perakaunan

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

3.

Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri satu jenis perniagaan.

· Liabiliti pemilik terhad

· Bilangan minimum ahli dua orang

· Berdaftar dengan Pendaftar Syarikat

· Laporan kewangan tidak diumumkan kepada orang ramai


Antara berikut, jenis perniagaan yang manakah menepati ciri-ciri itu?

a)

Jojo Enterprise

b)

Klinik Jojo dan Chan

c)

Jojo Chan Sendirian Berhad

d)

Jojo Chan Berhad

4.

Rajah berikut adalah sebahagian daripada proses kitaran perakaunan.


Buku Catatan Pertama ---> Lejar ---> X


Apakah X ?

a)

Pelarasan

b)

Penyata Kewangan

c)

Dokumen Sumber

d)

Imbangan Duga

5.

Data 1 menunjukkan maklumat yang diperoleh daripada buku Big Bang Enterprise pada 31 Disember 2019.

Hitungkan untung bersih perniagaan tersebut bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

a)

RM 3 900

b)

RM 4 400

c)

RM 9 900

d)

RM 10 400

6.

Apakah item yang akan menambahkan kos belian?


I Angkutan keluar

II Upah atas belian

III Pulangan masuk

IV Duti import

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

Maklumat berikut diambil daripada Sweet Trading.

*Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk mengurangkan caj.

Apakah dokumen tersebut?

a)

Nota debit

b)

Nota kredit

c)

Makluman debit

d)

Makluman kredit

8.

‘K. & K. di K.’ bermaksud sebarang kesilapan dan ketinggalan dalam invois boleh dibetulkan melalui


I Makluman Debit

II Nota Kredit

III Nota Debit

IV Resit

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Apakah tujuan pembekal menawarkan diskaun niaga kepada pelanggannya?

a)

Menambahkan hutang mereka.

b)

Menggalakkan pelanggan membeli dengan banyak.

c)

Menggalakkan pembayaran balik hutang dengan cepat.

d)

Membolehkan pelanggan menerima tawaran istimewa semasa pembelian.

10.

Apakah kegunaan Buku Tunai runcit?

a)

Merekod belanja kecil yang kerap berlaku

b)

Mengawal wang masuk dan wang keluar

c)

Mencatat semua penerimaan dan pembayaran tunai

d)

Memastikan perniagaan mempunyai wang yang cukup untuk dibelanjakan

11.

Pemilik Kedai Pakaian Bling Bling membuat catatan bergu seperti berikut:

Urus niaga manakah yang ditunjukkan dengan catatan di atas?

a)

Pemilik menaja pakaian artis dalam Anugerah Juara Lagu

b)

Ambil sehelai baju untuk dipakaikan pada patung di hadapan kedai

c)

Pemilik mengambil sehelai tudung untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya

d)

10 pasang baju Melayu dihadiahkan kepada anak yatim sempena Hari Raya Aidilfitri

12.

Apakah yang akan didebitkan apabila pemilik menerima pinjaman bank?

a)

Akaun Bank

b)

Akaun Modal

c)

Akaun Ambilan

d)

Akaun Pinjaman

13.

Butiran yang manakah tidak direkodkan dalam Akaun Perdagangan?

a)

Inventori akhir

b)

Pulangan jualan

c)

Angkutan keluar

d)

Angkutan masuk

14.

Situasi berikut berlaku dalam Akaun Untung Rugi?

Belanja > Hasil

Kesan situasi tersebut akan menyebabkan perniagaan memperoleh…

a)

untung kasar

b)

untung bersih

c)

rugi kasar

d)

rugi bersih

15.

Tuntutan oleh pihak luar terhadap aset perniagaan ialah

a)

Liabiliti

b)

Aset semasa

c)

Ekuiti pemilik

d)

Aset bukan semasa

16.

Urus niaga manakah yang menambahkan aset dan liabiliti perniagaan?

a)

Belian secara tunai

b)

Belian alatan pejabat secara kredit

c)

Bayar akaun belum bayar dengan cek

d)

Ambilan inventori untuk kegunaan peribadi

17.

Perniagaan Aina membeli sebuah komputer bernilai RM4000 secara kredit. Apakah akaun yang perlu didebitkan dan dikreditkan?

a)

Debit - Alatan pejabat

Kredit - Bank

b)

Debit - Bank

Kredit - Komputer

c)

Debit - Alatan pejabat

Kredit - Akaun Belum Bayar

d)

Debit - Akaun Belum Bayar

Kredit - Komputer

18.

Catatan dalam Jurnal Jualan berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam

a)

A. resit

b)

B. bil tunai

c)

C. invois asal

d)

D. invois salinan

19.

Pemilik mengambil barang niaga bernilai RM1550 untuk kegunaan peribadi

a)

Debit Tunai

Kredit Ambilan

b)

Debit Ambilan

Kredit Barang Niaga

c)

Debit Ambilan

Kredit Belian

d)

Debit Ambilan

Kredit Inventori

20.

Butiran manakah terdapat dalam Akaun Kawalan Belum Bayar?

a)

Pulangan masuk

b)

Diskaun diterima

c)

Hutang lapuk

d)

Jualan

21.

Kedai Buku Bijak mengambil barang niaga untuk tujuan promosi kepada Tadika Ummi Hanan.


Apakah catatan beregu yang terlibat bagi urus niaga tersebut?

a)

Debit Akaun Ambilan

Kredit Akaun Belian

b)

Debit Akaun Promosi

Kredit Akaun Belian

c)

Debit Akaun Promosi

Kredit Akaun Tadika Ummi Hanan

d)

Debit Ambilan

Kredit Akaun Tadika Ummi Hanan

22.

Apakah yang dimaksudkan dengan Imbangan Duga?

a)

Sesuatu transaksi yang perlu di rekod dalam perakaunan

b)

Buku Catatan Pertama ialah Buku Subsidiari / Buku Catatan Asal / Buku Harian

c)

Catatan yang lengkap tentang satu urus niaga mengikut urutan tarikh beserta butir dan keterangan

d)

Senarai baki-baki akaun yang diambil daripada lejar am, lejar subsidiari dan Buku Tunai pada suatu tempoh tertentu

23.

RM

Inventori awal 2 800

Inventori akhir 3 000

Belian 14 800

Pulangan keluar 250

Angkutan keluar 500


Berapakah kos jualan?

a)

RM 13850

b)

RM 14350

c)

RM 14250

d)

RM 14850

24.

Apakah yang dimaksudkan dengan hutang lapuk?

a)

Hutang yang telah dikutip

b)

Hutang yang belum dikutip

c)

Hutang yang sudah pasti tidak dapat dikutip

d)

Hutang yang diragui sama ada dapat dikutip atau tidak

25.

Buku Catatan Pertama yang merupakan Jurnal Khas ialah ......

a)

Jurnal Am

b)

Buku Tunai

c)

Jurnal Belian

d)

Buku Tunai Runcit

26.

Baki kredit sebanyak RM2,000 dalam akaun bank bermaksud

a)

terdapat overdraf bank sebanyak RM2,000

b)

terdapat sebanyak RM2,000 di dalam tangan

c)

terdapat sebanyak RM2,000 tunai di dalam bank

d)

jumlah tunai yang diterima terlebih sebanyak RM2,000

27.

Antara berikut, butir yang manakah dicatat dalam Buku Tunai Runcit?


I Tambang

II. Gaji kerani

III.Komputer pejabat

IV. Upah mencuci pejabat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Aset Semasa mempunyai tahap kecairan yang lebih _________ daripada Aset Bukan Semasa.

a)

rendah

b)

tinggi

29.

Diskaun diberi ialah _________ dan _________ Untung bersih.

a)

hasil, menambahkan

b)

belanja, mengurangkan

c)

hasil, mengurangkan

d)

belanja, menambahkan

30.

Membayar upah pengasuh anak dengan tunai perniagaan.

a)

Ambilan bertambah, Modal berkurang

b)

Ambilan bertambah, Tunai berkurang

c)

Modal berkurang, Tunai berkurang

d)

Modal berkurang, Belanja bertambah

31.

Memindahkan tunai di tangan ke dalam bank.

a)

Tunai berkurang, Bank bertambah

b)

Tunai bertambah, Bank berkurang

32.

Antara dokumen berikut, yang manakah tidak boleh dijadikan sumber untuk perekodan?

a)

Memo

b)

Invois

c)

Nota debit

d)

Sebut harga

33.

Kedai Perabot Vicky memulakan perniagaan pada 1 April 2018. Bilakah tahun perakaunan pertamanya berakhir?

a)

1 Mei 2017

b)

31 Mac 2018

c)

31 Mac 2019

d)

1 April 2019

34.

Berikut adalah ciri-ciri aset bukan semasa, kecuali

a)

sukar ditukar menjadi tunai

b)

dimiliki bukan bertujuan untuk dijual

c)

boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek

d)

boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang

35.

Carta Akaun bagi Pasaraya Balok Ku adalah seperti berikut:


1000-1999 Aset

2000-2999 Liabiliti

3000-3999 Hasil

4000-4999 Belanja

Yang manakah antara kod di bawah sesuai bagi Akaun Promosi?

a)

1021

b)

2021

c)

3021

d)

4011

36.

Pernyataan berikut berkaitan dengan satu jenis dokumen sumber

"dokumen dalaman yang mengandungi maklumat urus niaga yang tiada dokumen sokongan"

Apakah dokumen tersebut?

a)

Memo

b)

Baucar pembayaran

c)

Makluman Debit

d)

Resit Rasmi

37.

"Encik Bakry merekodkan bayaran belanja membaiki kenderaan anaknya berjumlah RM450 sebagai belanja perniagaan".


Apakah konsep perakaunan yang tidak dipatuhi Encik Bakry?

a)

Materialiti

b)

Kos Manfaat

c)

Entiti Berasingan

d)

Wang Sebagai Ukuran

38.

Apakah tujuan pembekal menawarkan diskaun niaga kepada pelanggannya?

a)

Menambahkan hutang mereka.

b)

Menggalakkan pelanggan membeli dengan banyak.

c)

Menggalakkan pembayaran balik hutang dengan cepat.

d)

Membolehkan pelanggan menerima tawaran istimewa semasa pembelian.

39.

Antara berikut, yang manakah akaun kontra?

a)

Ambilan

b)

Promosi

c)

Kenderaan

d)

Bank

40.

Antara pernyataan yang berikut, manakah yang benar tentang perakaunan?


I Perakaunan lebih luas daripada simpan kira

II Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

III Perakaunan hanya melibatkan proses merekodkan urus niaga

IV Perakaunan dapat membantu pihak pengurusan meningkatkan keuntungan

a)

I, II

b)

I, IV

c)

II, III

d)

III, IV

41.

Apakah tujuan Malaysian Accounting Standard Board (MASB) ditubuhkan?

a)

Merancang pelaksanaan sistem rekod perakaunan

b)

Menentukan amalan sistem perakaunan sesebuah perniagaan

c)

Menetapkan piawaian laporan kewangan bagi firma perniagaan

d)

Merangka aktiviti badan-badan korporat dalam bidang perniagaan

42.

Berikut adalah kod Etika Akauntan Profesional kecuali

a)

Integriti

b)

Ketekalan

c)

Kompetensi

d)

Objektiviti

43.

Apakah peringkat terakhir dalam kitaran perakaunan?

a)

Pelarasan

b)

Catatan Penutupan

c)

Lejar

d)

Penyata Kewangan

44.

Catatan kontra akan mengurangkan nilai akaun induknya. Apakah akaun kontra bagi aset bukan semasa?

a)

Ambilan

b)

Pulangan Keluar

c)

Susutnilai

d)

Susutnilai terkumpul

45.

Apakah fungsi Penyata Kedudukan Kewangan?

a)

Menentukan keuntungan atau kerugian perniagaan dalam tempoh kewangan yang tertentu

b)

Memastikan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada tarikh tertentu

c)

Menunjukkan jumlah hutang perniagaan terhadap pemilik perniagaan

d)

Menyemak ketepatan catatan bergu dalam perniagaan

46.

Apakah kumpulan item yang merujuk kepada aset bukan semasa?

a)

Inventori, Akaun Belum Terima, bank

b)

Alatan pejabat, tanah, perabot

c)

Premis, overdraf bank, tunai

d)

Pinjaman, perabot, Akaun Belum Terima

47.

Sistem Panjar biasanya diamalkan dalam penyediaan

a)

Buku Tunai

b)

Akaun Bank

c)

Penyata Bank

d)

Buku Tunai Runcit

48.

Manakah antaranya subbidang perakaunan?

i) Percukaian

ii) Perakaunan Pengurusan

iii) Pengauditan

iv) Perakaunan Kewangan

a)

i dan ii

b)

ii dan iv

c)

iii dan iv

d)

semua diatas

49.

Luca Pacioli adalah bapa perakaunan dan beliau telah popularkan sistem catatan bergu di Itali.

a)

Betul

b)

Salah

50.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'liabiliti tidak terhad' dalam entiti perniagaan?

a)

Perniagaan mempunyai kapasti hutang yang besar

b)

Pemilik beri kepercayaan untuk mendapatkan pinjaman tidak terhad daripada pihak ketiga

c)

Pemilik bayar hutang perniagaan dengan harta peribadi jika aset perniagaan tidak cukup

d)

Perniagaan mendapat pembiayaian bank tanpa had.