NEW
Font size
WorksheetsKuiz Sains Bab 2 F4
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Apakah yang dimaksudkan dengan resusitasi kardiopulmonari, CPR?
Teknik menghembuskan udara ke dalam mulut mangsa
Teknik menekan dan menyentak badan mangsa ke atas dari belakang.
Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan dada dan hembusan udara ke mulut.
Bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa yang tercekik.
Mengapakah bahagian tengah dada ditekan menggunakan tapak tangan semasa melakukan CPR?
Supaya jantung dapat mengepam darah dan menghasilkan peredaran darah.
Supaya makanan yang tersekat di saluran pernafasan tertolak keluar.
Supaya udara beroksigen dipaksa masuk ke dalam peparu.
Melancarkan aliran darah untuk membawa lebih banyak oksigen ke otak.
Antara berikut, yang manakah berkaitan CPR adalah tidak benar?
Tidak memerlukan peralatan.
Dilakukan untuk mengembalikan denyutan jantung dan pernafasan.
Hanya boleh dilakukan oleh paramedik.
Melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa.
Rajah 1 menunjukkan seorang remaja melihat seorang lelaki memegang dadanya.
Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan oleh remaja itu?
Lakukan kaedah CPR dengan segera
Lakukan kaedah Heimlich Manoeuvre dengan segera
Tanya keadaan lelaki itu dan minta bantuan dengan menghubungi talian kecemasan
Terus beredar ke tempat lain.
Maklumat menunjukkan kaedah CPR.
P -Tekanan dada
Q-Periksa respons mangsa
R - Buka saluran pernafasan
S -Bantuan pernafasan
Antara berikut, yang manakah susunan yang betul?
Q, R, S, P
Q, R, P, S
Q, P, R, S
Q, S, R, P
Antara berikut, yang manakah bukan punca keadaan seseorang yang memerlukan CPR?
Tercekik
Lemas
Panahan petir
Renjatan elektrik
Di manakah anda perlu meletakkan genggaman tangan anda apabila melakukan Heimlich Manoeuvre?
Di atas peparu
Di atas pusat
Di atas jantung
Di atas perut
Antara situasi berikut, yang manakah membolehkan kaedah Heimlich Manoeuvre dilakukan?
Tercekik
Tiada respons terhadap rangsangan
Tidak bernafas
Tiada degupan jantung
Rajah 2 menunjukkan kedudukan makanan di dalam badan seseorang.
Apakah kesan daripada situasi tersebut?
Individu itu akan bersin.
Individu itu sukar bernafas.
Individu itu sukar berdiri.
Kulit, kuku dan bibir individu itu kelihatan kemerahan.
Apakah kesan yang dialami sekiranya objek yang menyekat salur pernafasan tidak dapat dikeluarkan daripada badan?
Kerosakan otak dan menyebabkan kematian
Kerosakan ginjal dan usus
Kerosakan sistem pencernaan
Pendarahan di dalam jantung
