WorksheetsSebatian Ion dan Sebatian Kovalen
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Bahan manakah adalah sebatian ion?
SO2
Al2O3
CCl4
CH4
Unsur M dan unsur L masing-masing terletak dalam Kumpulan 1 dan Kumpulan 16 dalam Jadual Berkala. Unsur M bertindak balas dengan unsur L untuk membentuk suatu sebatian.
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian tersebut?
Larut di dalam pelarut organik
Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur dan larutan akueus
Takat lebur dan takat didih yang rendah
Wujud sebagai gas dalam keadaan bilik.
Bahan manakah sebatian ion?
Glukosa
Zink Oksida
Metanol
Karbon Dioksida
Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK menerangkan sifat sebatian kovalen?
Takat lebur dan takat didih yang rendah
Tidak mengkonduksikan elektrik
Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik
Larut di dalam air, tidak larut di dalam pelarut organik
Unsur X terletak di Kumpulan 1 manakala unsur Y terletak di Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala.
Antara berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian yang terbentuk apabila unsur unsur X dan unsur Y bertindak balas?
Takat didih dan takat lebur yang rendah
Tidak mengkonduksikan elektrik
Larut di dalam air tetapi tidak larut di dalam pelarut organik
Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik
Unsur G terletak di Kumpulan 14 manakala unsur H terletak di Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala.
Antara berikut, yang manakah menerangkan sifat sebatian yang terbentuk apabila unsur unsur G dan unsur H bertindak balas?
Larut di dalam air, tetapi tidak larut dalam pelarut organik
Wujud sebagai pepejal, cecair dan gas dalam keadaan bilik
Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan lebur dan larutan akueus.
Takat lebur dan takat didih yang tinggi
Sebatian R tidak boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan leburan. sebatian R adalah..
Kalsium Oksida
Silikon Dioksida
Plumbum (II) Oksida
Apakah daya yang terikat dalam sebatian ion?
Daya elektrostatik
Daya antara molekul
Daya Van der Waals
Apakah daya yang terikat dalam sebatian kovalen?
Daya elektrostatik
Daya antara molekul
Daya Van der Waals
Natrium klorida mengkonduksikan elektrik dalam keadaan...
pepejal sahaja
pepejal dan leburan
leburan sahaja
leburan dan larutan akues
Naftalena tidak mengkonduksikan elektrik dalam apa keadaan sekalipun kerana...
daya Van der Waals yang rendah
takat lebur yang rendah
bersifat molekul
sebatian yang keras dan kuat
Antara berikut, sebatian manakah yang mempunyai takat lebur yang tinggi?
sikloheksana
naftalena
silikon dioksida
natrium klorida
Antara berikut, sebatian manakah yang mempunyai daya Van der Waals antara molekul?
karbon dioksida
plumbum(II) nitrat
ferum(III) sulfat
zink klorida
Antara berikut, sebatian manakah yang larut dalam pelarut organik?
garam
plumbum(II) nitrat
ferum(III) sulfat
metana
Antara berikut, sebatian manakah yang tidak larut dalam air?
garam
plumbum(II) nitrat
ferum(III) sulfat
asetamida
Antara berikut, manakah sifat bagi molekul gergasi sebatian kovalen?
ikatan kovalen yang kuat di dalam molekul dan lemah antara molekul
takat lebur yang rendah
biasanya didapati dalam bentuk pepejal sahaja
boleh didapati dalam 3 keadaan iaitu pepejal, cecair dan gas
Antara bahan berikut, yang manakah mempunyai kekonduksian elektrik yang baik dalam keadaan leburan dan larutan akueus?
I. Pepejal kuprum
II. Natrium klorida
III. Gas klorin
IV. Ammonium klorida
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan mengapa sebatian ion mempunyai takat lebur yang tinggi?
Terdapat ion-ion yang bebas bergerak dalam sebatian itu.
Ikatan kovalen antara atom-atom adalah kuat.
Daya elektrostatik antara ion-ion adalah kuat.
Antara berikut, yang manakah sifat-sifat naftalena?
I. Tidak mudah meruap
II. Larut dalam etanol
III. Mempunyai takat lebur yang rendah
IV. Mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Sebatian K mempunyai sifat-sifat berikut:
~Takat lebur ialah 290°C
~Tidak larut dalam eter
~Menyalakan mentol dalam keadaan akueus
Apakah sebatian K?
zink klorida
naftalena
asetamida
metana
