WorksheetsSENI ANYAMAN
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Antara yang berikut yang manakah benar mengenai jenis-jenis anyaman?
Anyaman Gadas
Anyaman Tapak Harimau
Anyaman Kelarai
Anyaman Sulam
Alatan yang manakah digunakan untuk membelah daun mengkuang menjadi helaian yang lebih kecil
Parang
Pelurut
Jangka
Belantan
Pisau merupakan alatan yang digunakan dalam seni anyaman sebagai
alatan untuk memotong dan menetak daun mengkuang
alatan untuk melurut daun mengkuang
alatan untuk memukul semasa proses menitik daun
alatan untuk membelah daun daripada mempulur dan bahagian tepi daun
(a) ialah sejenis tirai yang diperbuat daripada bilah rotan atau buluh.
(a) merupakan bekas yang diperbuat daripada buluh berbentuk bujur atau bulat dan digunakan untuk menampi padi atau beras, hiasan dinding dan menjemur ikan.
Apakah yang dimaksudkan dengan kelarai?
Corak bunga pada seni ukiran
Corak bunga pada seni batik
Corak atau motif fauna pada seni tekat
Corak yang terbentuk daripada seni anyaman
Kelarai Tapak Harimau dan Kelarai buntut Siput merupakan motif anyaman kelarai (a)
Apakah nama alatan di atas?
Tikar parudan
Bakul berkat
Nyiru
Lekar
Apakah fungsi seni anyaman dalam gambar di atas?
Digunakan untuk menutup sajian
Digunakan untuk menampi padi atau beras
Digunakan untuk alas ketika memarut kelapa
Digunakan untuk mengisi makanan
Apakah proses yang dilakukan dalam penyediaan daun mengkuang pada gambar tersebut?
Menjengka
Menitik
Melayur
Melurut
Susun mengikut tertib yang betul untuk proses seni anyaman.
I Pepeh
II Lagang
III Anyam
IV Sisip dan kerat
I, II, III, IV
I, III, II, IV
II, III, I, IV
II, III, IV, I
PIlih bahan-bahan yang boleh digunakan bagi menghasilkan seni kraf anyaman.
Mengkuang
Rotan
Kayu
Surat Khabar
Bidai merupakan sejenis tirai yang diperbuat daripada....
mengkuang dan daun pandan
surat khabar dan jut
rotan dan buluh
reben dan daun pandan
Apakah jenis anyaman yang digunakan pada gambar rajah berikut?
Anyaman kertas
Anyaman gadas
Anyaman kelarai
Anyaman sulam
(a) merupakan bakul alas yang dianyam daripada rotan,lidi atau bemban yang digunakan sebagai alas periuk, kuali dan pasu.
Melayur daun mengkuang di atas bara api bertujuan untuk
melicinkan daun
mewarnakan daun
melembutkan daun
mengeringkan daun
Apakah nama anyaman dalam gambar tersebut?
Raga
Beg
Bakul berkaki
Lekar
Seni nyaman merupakan satu proses ________________ helaian demi helaian daun mengkuang, pandan, rotan, buluh dan beberapa bahan lain.
Menjalin secara silang-menyilang
Menjalin secara jajar-menjajar
Menjalin secara sulam-menyulam
Menjalin secara selang-menyelang
Manakah antara berikut merupakan jenis anyaman kelarai nama manusia?
Bunga Cengkih
Kelarai Mak Mek
Kelarai Buntut Siput
Kelarai Segi Tiga
Susun mengikut tertib yang betul bagi proses penghasilan seni anyaman.
Pepeh, lagang, anyam, sisip dan kerat
Lagang, anyam, pepeh, sisip dan kerat
Anyam, pepeh, sisip, kerat dan lagang
Sisip, kerat, lagang, anyam dan pepeh
