Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Nama 4 S6 - XYF

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Vanida makan dua __________ biskut untuk mengalas perutnya pada waktu pagi.

a)

buku

b)

cubit

c)

keping

d)

genggam

2.

Bangunan itu dikawal ketat oleh beberapa orang __________ keselamatan.

a)

penjaga

b)

pembela

c)

pengawal

d)

pengawas

3.

Sultan Firudin Syah berdukacita atas kemangkatan anakanda __________.

a)

dia

b)

beliau

c)

mereka

d)

baginda

4.

Semasa guru besar sedang berucap, __________ pun tidak dibenarkan bercakap.

a)

siapa

b)

apa-apa

c)

siapa-siapa

d)

mana-mana

5.

Soalan yang berikut berdasarkan gambar di atas ini.


__________ sekolah perlu dilekatkan pada baju sekolah.

a)

Lambang

b)

Lencana

c)

Tanda

d)

Logo

6.

“__________ ialah Menteri Pendidikan negara __________,” kata Hafizi kepada rakannya yang datang dari New Zealand itu.

a)

Dia … kami

b)

Beliau … saya

c)

Baginda … saya

d)

Beliau … engkau

7.

Cikgu Ken mengalungkan __________ pada leher adik semasa majlis penyampaian hadiah bagi acara sukaneka.

a)

sijil

b)

piala

c)

pingat

d)

bintang

8.

__________ kepunyaan kakak yang rosak itu telah dibaiki oleh seorang juruteknik yang berpengalaman.

a)

Buku

b)

Kereta

c)

Kerusi

d)

Komputer

9.

Adira menemui seekor kucing di tepi longkang lalu menamakan kucing itu __________.

a)

si comel

b)

Si comel

c)

Si Comel

d)

si Comel

10.

Akan __________ hadir ke kursus kecerdasan minda itu nanti.

a)

anda

b)

kami

c)

kamu

d)

beliau