wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HABA PEMENDAKAN

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apa itu haba pemendakan?

a)

Perubahan haba apabila 1 mol mendakan terbentuk daripada ion-ionnya di dalam larutan akueus.

b)

Perubahan haba apabila 1 mol pepejal terbentuk daripada ion-ionnya di dalam larutan akueus.

c)

Perubahan suhu apabila 1 mol mendakan terbentuk daripada ion-ionnya di dalam larutan akueus.

d)

Perubahan suhu apabila 1 mol pepejal terbentuk daripada ion-ionnya di dalam larutan akueus.

2.

Ba2+(ak) + SO4 2−(ak) → BaSO4 (p) ∆H = -42 kJ mol−1. Berdasarkan persamaan termokimia, antara pernyataan manakah adalah benar?

a)

42 kJ haba dibebaskan apabila 1 mol mendakan barium sulfat, BaSO4 terbentuk.

b)

42 kJ haba dibebaskan apabila 1 mol pepejal barium sulfat, BaSO4 terbentuk.

c)

Haba pemendakan barium sulfat, BaSO4 ialah 42 kJ mol−1.

d)

Haba pemendakan barium sulfat, BaSO4 ialah +42 kJ mol−1.

3.

Formula diatas digunakan untuk mengira bilangan mol semasa perhitungan perubahan haba tindak balas.

a)

Benar

b)

Tidak benar

4.

60 cm3 larutan argentum nitrat 0.25 mol dm-3 bertindak balas dengan 60 cm3 larutan kalium bromida 0.25 mol dm-3 dengan suhu purata 290C. Mendakan kuning terbentuk dan suhu tertinggi dicapai ialah 320C. Tentukan haba tindak balas, ΔH.

a)

1512 J mol-1

b)

100.8 J mol -1

c)

100.8 kJ mol-1

5.

Apabila 50 cm3 argentum nitrat 1.5 mol dm–3 ditambahkan kepada 50 cm3 natrium klorida 1.5 mol dm–3, haba pemendakan ialah –80 kJ mol–1. Apakah perubahan suhu?

[Muatan haba tentu larutan = 4 J g–1 °C]

a)

7 °C

b)

14 °C

c)

21 °C

d)

28 °C

6.

Pb(NO3)2 (ak) + K2SO4 (ak) → PbSO4 (p) + 2KNO3 (ak) ΔH= -50 kJ mol-1

Persamaan di atas menunjukkan tindak balas pemendakan plumbum(II) sulfat. Sekiranya 3.03g mendakan plumbum(II) sulfat dihasilkan, berapakah tenaga yang dibebaskan?

[Jisim atom relatif: O=16; S=32; Pb=207]

a)

0.06 J

b)

0.5 J

c)

500 J

d)

5000 J

7.

Apabila 50cm3 larutan argentum nitrat, 2.0 mol dm-3 ditambahkan ke dalam 50cm3 larutan kalium bromida, 2.0 mol dm-3, suhu campuran meningkat daripada 30.0 oC ke 42.5 oC. hitung haba pemendakan bagi tindak balas ini.

[muatan haba tentu larutan = 4.2 Jg-1 C-1, ketumpatan larutan = 1.0 g cm-3]

a)

-26.25 kJ mol-1

b)

-52.5 kJ mol-1

c)

+26.25 kJ mol-1

d)

+52.5 kJ mol-1

8.

Haba tindak balas biasanya dinamakan mengikut jenis tindak balas yang berlaku.

a)

Benar

b)

Tidak benar

9.

Simbol θ mewaikili perubahan suhu.

a)

Benar

b)

Tidak benar

10.

50cm3 larutan plumbum (II) nitrat 2 moldm-3 dituangkan ke dalam cawan plastik dan suhunya dicatatkan. Suhu 50cm3 larutan natrium sulfat 2moldm-3 dalam cawan plastik yang lain juga direkodkan. Kedua-dua larutan dicampurkan dan suhu tertinggi yang tercapai dicatatkan.


Suhu awal larutan plumbum (II) nitrat = 28.5 ⁰C

Suhu awal larutan natrium sulfat = 29.5 ⁰C

Suhu tertinggi campuran = 32.0⁰ C


Namakan mendakan yang terhasil daripada tindak balas ini.

a)

Natrium nitrat

b)

Plumbum (II) sulfat

c)

Natrium sulfat

d)

Plumbum (II) nitrat

11.

50cm3 larutan plumbum (II) nitrat 2 moldm-3 dituangkan ke dalam cawan plastik dan suhunya dicatatkan. Suhu 50cm3 larutan natrium sulfat 2moldm-3 dalam cawan plastik yang lain juga direkodkan. Kedua-dua larutan dicampurkan dan suhu tertinggi yang tercapai dicatatkan.


Suhu awal larutan plumbum (II) nitrat = 28.5 ⁰C

Suhu awal larutan natrium sulfat = 29.5 ⁰C

Suhu tertinggi campuran = 32.0⁰ C


Berapakah jumlah haba yang dibebaskan daripada tindak balas ini?

a)

160 J

b)

100 J

c)

1200 J

d)

1260 J

12.

50cm3 larutan plumbum (II) nitrat 2 moldm-3 dituangkan ke dalam cawan plastik dan suhunya dicatatkan. Suhu 50cm3 larutan natrium sulfat 2moldm-3 dalam cawan plastik yang lain juga direkodkan. Kedua-dua larutan dicampurkan dan suhu tertinggi yang tercapai dicatatkan.


Suhu awal larutan plumbum (II) nitrat = 28.5 ⁰C

Suhu awal larutan natrium sulfat = 29.5 ⁰C

Suhu tertinggi campuran = 32.0⁰ C


Hitung haba pemendakan plumbum (II) sulfat.

a)

+12.6kJ/mol

b)

-12.6kJ/mol

c)

+25.2kJ/mol

d)

-25.2kJ/mol

13.

35cm3 larutan kalsium klorida CaCl2, 2 moldm-3 dituangkan ke dalam cawan plastik dan suhunya dicatatkan. Suhu 35cm3 larutan natrium karbonat, Na2CO3 2moldm-3 dalam cawan plastik yang lain juga direkodkan. Kedua-dua larutan dicampurkan dan suhu tertinggi yang tercapai dicatatkan.

Suhu awal larutan kalsium klorida, CaCl2 = 28.5 ⁰C

Suhu awal larutan natrium karbonat, Na2CO3 = 29.5 ⁰C

Suhu tertinggi campuran = 35.0⁰ C


Hitungkan haba pemendakan bagi kalsium karbonat.

a)

+17.6kJ/mol

b)

+25.2kJ/mol

c)

-17.6kJ/mol

d)

-25.2kJ/mol

14.

Apabila 50cm3 larutan plumbum(II)nitrat 0.5moldm-3 dicampurkan dengan 50cm3 larutan natrium sulfat 0.5 moldm-3, suhu bertambah daripada 28⁰C kepada 34⁰C. Hitungkan haba pemendakan plumbum(II)sulfat.

a)

+50.4kJ/mol

b)

-50kJ/mol

c)

+100kJ/mol

d)

-100kJ/mol