WorksheetsCerpen Kuih Bakul Limau Mandarin
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Tema Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin ialah ...
Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.
Kasih seorang kakak.
Persoalan kepercayaan pada perkara khurafat dalam cerpen ini ialah...
Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang kepada keluarga dan perniagaannya.
Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.
"Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini."
Gaya bahasa perkataan bergaris ialah...
Sinkof/sinkope
Personifikasi
Aliterasi
Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau. Apakah gaya bahasa bagi perkataan bergaris...
Simile
Metafora
Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim Foong. Apakah nilai bagi peristiwa tersebut...
Nilai keberanian
Nilai kerajinan
Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga. Apakah nilai tersebut...
Nilai keikhlasan
Nilai kasih sayang
Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa. Yang manakah contoh peristiwa bagi pengajaran tersebut...
Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai yang dilakukan oleh Lim Foong.
Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi penyebab kematian Lim Foong.
Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih hutang. Yang manakah pengajaran bagi peristiwa tersebut...
Kita mestilah bersikap jujur.
Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Pada pendapat anda, apakah kesan buruk sekiranya kita tidak jujur dalam perniagaan ?
Orang ramai tidak akan pedulikan perkara tersebut.
Orang yang tidak bersalah akan berasa teraniaya.
Kita terpaksa beralih pada perniagaan yang lain.
Orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap kita.
Sudin berbangsa Melayu manakala Lim Meng berbangsa Cina.
Merujuk pernyataan di atas, apakah latar masyarakat yang sesuai ?
Masyarakat yang mempunyai ego yang tinggi.
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Masyarakat yang berperangai teruk.
Masyarakat yang hidup dalam huru-hara.
