Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Nama 1 S5 - XYF

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Ting Wai dan adik-adiknya memasak hidangan istimewa untuk ibu mereka bersempena dengan __________.

a)

hari ibu

b)

hari Ibu

c)

Hari ibu

d)

Hari Ibu

2.

“__________kah nama ayah kamu? Mungkin saya mengenalinya,” tanya Pak Cik Atan kepada Haris.

a)

Apa

b)

Siapa

c)

Apa-apa

d)

Siapa-siapa

3.

“Nombor yang __________ dail telah ditamatkan perkhidmatan,” kata operator telefon kepada __________.

a)

awak ... kita

b)

anda ... saya

c)

kamu ... aku

d)

mereka ... dia

4.

Peragut itu telah tercedera ketika __________ mencuba untuk melarikan diri apabila dikejar oleh orang ramai yang mahu menangkapnya.

a)

baginda

b)

mereka

c)

beliau

d)

dia

5.

“Ampun, tuanku. Hajat __________ datang ke sini adalah untuk berdagang,” sembah Malim Deraman kepada Sultan Mahmud.

a)

beta

b)

saya

c)

patik

d)

hamba

6.

Soalan yang berikut berdasarkan gambar di atas ini.


“Jaga tingkah laku __________ semasa berada di perantauan,” pesan Encik Wong kepada anak lelakinya.

a)

kita

b)

anda

c)

kamu

d)

kalian

7.

Seorang pemburu telah dikenakan __________ undang-undang oleh pihak PERHILITAN kerana memburu binatang yang dilindungi.

a)

cubaan

b)

sekatan

c)

tindakan

d)

larangan

8.

“Yun Li akan pergi ke taman rekreasi dengan __________?” tanya Suraya kepada Lageswari.

a)

siapa

b)

mana

c)

apa-apa

d)

mana-mana

9.

Azmin tinggal di __________, Sungai Buloh.

a)

taman desa maju

b)

Taman desa maju

c)

taman Desa Maju

d)

Taman Desa Maju

10.

“Ampun, tuanku. Pada pandangan __________, eloklah didahulukan perkara yang penting,” sembah Bendahara kepada Sultan Ahmad.

a)

beta

b)

saya

c)

patik

d)

hamba