wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Tugas

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti ____________ dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.

a)

dan

b)

lantas

c)

manakala

d)

bagaimanapun

2.

Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya ______________ mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.

a)

jika

b)

hingga

c)

ketika

d)

sementara

3.

Mora masih belum pulang _________ hari sudah lewat senja.

a)

meskipun

b)

setelah pun

c)

jikalau pun

d)

walau bagaimanapun

4.

Perkhimatan pergigian telah lama wujud di sekolah __________ ada segelintir ibu bapa tidak membenarkan anak mereka diberi rawatan.

a)

jadi

b)

oleh itu

c)

dengan demikian

d)

walau bagaimanapun

5.

Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang salah.

a)

Nenek ke pasar membeli ikan dan kerang.

b)

Awak hendak beli baju ini atau baju itu?

c)

Ibu berbual-bual selagi ayah membuat kerjanya.

d)

Emak terkejut apabila mendengar cerita dari saya.

6.

Dia bersiap-siap lebih awal __________ tidak lewat tiba di sekolah.

a)

jika

b)

agar

c)

meskipun

d)

setelah

7.

Encik Raihan memandu keretanya setiap hari __________ pejabatnya hanya dua meter dari rumahnya.

a)

kerana

b)

setelah

c)

demi

d)

walaupun

8.

Jalil didenda oleh pengetua __________ berkelahi dengan Osman.

a)

justeru

b)

yang

c)

kerana

d)

jika

9.

Askar itu telah dinaikkan pangkat _________ berani menentang musuh.

a)

setelah

b)

meskipun

c)

lantas

d)

sekiranya

10.

Bolehkah saya meminjam buku anda __________ anda tidak keberatan ?

a)

kerana

b)

jika

c)

yang

d)

dengan demikian

11.

___________ ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lalu, Azman masih terbayang-bayang akan wajahnya.

a)

Hanya

b)

kerana

c)

walaupun

d)

bahawa

12.

__________ anda hendak berjaya dalam peperiksaan, ulang kajilah pelajaran anda setiap hari.

a)

sekiranya

b)

bahawa

c)

demi

d)

agar

13.

Penyanyi kesayangan ramai itu ditahan pihak polis _________ disyaki mengedar dadah.

a)

walaupun

b)

kerana

c)

agar

d)

bahawa

14.

Dia tetap merayu minta dikasihani __________ dia tahu usahanya itu sia-sia belaka.

a)

demi

b)

kerana

c)

jika

d)

sungguhpun

15.

Mereka akan meneruskan projek itu seperti yang telah dirancangkan ________ belum diluluskan pihak pengurusan.

a)

agar

b)

walau bagaimanapun

c)

meskipun

d)

sekiranya

16.

Redza dan emaknya akan bertolak sebentar lagi __________ ayahnya akan menyusul kemudian.

a)

agar

b)

manakala

c)

walaupun

d)

bahawa

17.

Buah-buah durian _________ dibelinya itu besar-besar semuanya!

a)

yang

b)

agar

c)

jika

d)

demi

18.

Penonton telah bersorak dengan gemuruh __________ pasukan negara berjaya menjaringkan gol.

a)

walaupun

b)

bahawa

c)

setelah

d)

manakala

19.

Faridah menyatakan ________ dia tidak jadi menyertai rombongan itu kerana adiknya ditimpa kemalangan.

a)

meskipun

b)

walau

c)

bahawa

d)

kerana

20.

________ mendapat biasiswa ke London, Amalina perlu memperoleh keputusan yang cemerlang.

a)

kerana

b)

jika

c)

yang

d)

demi