wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

haba tingkatan 2

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, pernyataan yang manakah tidak benar mengenai haba?

a)

Haba diukur dalam joule(J).

b)

Haba diukur menggunakan kalorimeter.

c)

Haba diukur dalam unit kelvin atau degree Celcius.

d)

Haba dipindahkan dari kawasan yang panas ke kawasan yang sejuk.

2.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

Haba merupakan suatu bentuk tenaga yang menyebabkan sesuatu objek menjadi panas.

b)

Haba boleh bergerak melalui pepejal, cecair, gas dan vakum.

c)

Sumber utama bagi tenaga haba ialah tenaga elektrik

d)

Sumber utama bagi tenaga haba ialah Matahari

3.

Rajah di atas menunjukkan 2 bongkah yang berbeza jisim dipanaskan dan direndamkan dalam bikar masing-masing. Antara beaker P dan Q, yang manakah mempunyai kandungan haba yang paling tinggi?

(a)  

4.

Haba adalah suatu bentuk tenaga. Apakah unit S.I bagi tenaga?

a)

A. Joule, J

b)

B. Kilometer, K

c)

C. Darjah, ºC

d)

D. Ampere, A

5.

Unit S.I bagi suhu adalah Kelvin, K. Walau bagaimanapun, unit suhu yang biasa digunakan adalah darjah celcius,ºC.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur suhu?

a)

A. Stetoskop

b)

B. Voltmeter

c)

C. Termometer

d)

D. pH meter

6.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan pengaliran haba.

a)

Haba adalah suatu bentuk tenaga yang mengalir daripada kawasan bersuhu rendah ke kawasan yang bersuhu tinggi

b)

Haba adalah suatu bentuk tenaga yang mengalir daripada kawasan bersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah.

7.

Emak memasak sup ayam di dapur. Selepas beberapa minit, sup mula mendidih. Kelihatan ketulan-ketulan ayam di dalam periuk itu saling tenggelam dan timbul. Sehinggalah semua ketulan ayam kelihatan terapung setelah dimasak selama 20 minit. Apakah kaedah pengaliran haba yang berlaku di dalam periuk itu berlaku sehingga membolehkan semua ketulan ayam empuk dan sedia untuk dimakan?

a)

A. Sinaran

b)

B. Konduksi

c)

C. Perolakan

8.

Antara berikut, yang manakah benar tentang bayu laut?

a)

Bayu laut berlaku pada waktu malam.

b)

Bayu laut bertiup dari darat ke laut.

c)

Bayu laut berlaku kerana darat lebih cepat panas daripada laut.

d)

Bayu laut berlaku kerana laut adalah lebih panas daripada darat.

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan konduktor haba?

a)

Merkuri

b)

Sarung tangan

c)

Kayu

d)

Pemadam

10.

Antara alat-alat berikut, yang manakah menggunakan jalur dwilogam?

a)

Radio

b)

Dinamo

c)

Kipas elektrik

d)

Penggera kebakaran automatik