wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI FIZIK BAB 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah akan menambahkan kepekaan termometer ini?

a)

Gunakan tiub kapilari yang lebih panjang

b)

Gunakan bebuli kaca yang berdinding lebih tebal

c)

Gunakan batang kaca berdinding tebal

d)

Gunakan kapilari berdiameter lebih kecil

2.

Dua objek berada dalam keadaan keseimbangan terma apabila

a)

terdapat sejumlah haba mengalir antara kedua-dua objek tersebut

b)

suhu kedua-dua objek berlainan

c)

kedua-dua objek mempunyai jumlah haba yang sama

d)

pengaliran haba bersih antara kedua-dua objek adalah sifar

3.

Rajah menunjukkan kotak 1 berada dalam keseimbangan terma dengan kotak 2 dan kotak 2 berada dalam keseimbangan terma dengan kotak 3.


jika suhu bagi setiap kotak adalah θ1, θ2, dan θ3, kenyataan manakah yang benar?

a)

θ1 = θ3

b)

θ1 > θ3

c)

θ1 < θ3

d)

θ1 < θ2 < θ3

4.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai unit S.I. haba dan suhu?

a)

haba - Darjah Celcius | suhu - Joule

b)

haba - Joule | suhu - Darjah Celcius

c)

haba - Darjah Celcius | suhu - Kelvin

d)

haba - Joule | suhu - Kelvin

e)

haba - Darjah Celcius | suhu - Kelvin

5.

Apakah konsep yang menerangkan situasi tersebut?

a)

Keseimbangan terma

b)

Haba pendam tentu pengewapan

c)

Hukum Boyles

d)

Hukum Charles

6.

Muatan haba dan muatan haba tentu memounyai definisi yang berbeza. Antara berikut, yang manakah menerangkan perbezaannya?

a)

Muatan haba melibatkan 1 kg bahan, manakala muatan haba tentu tidak

b)

Muatan haba melibatkan perubahan suhu sebanya 1 °C manakala muatan haba tentu tidak

c)

Muatan haba tentu melibatkan 1 kg bahan, manakala muatan haba tidak

d)

Muatan haba tentu melibatkan perubahan suhu sebanyak 1 °C, manakala muatan haba tidak.

7.

Air digunakan sebagai ejen penyejuk dalam enjin kereta kerana

a)

mempunyai muatan haba tentu yang tinggi

b)

mempunyai takat didih yang tinggi

c)

merupakan konduktor haba yang sangat bagus

d)

mudah menyerap haba daripada enjin

8.

Haba pendam tentu pelakuran ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk

a)

menaikkan suhu 1 kg pepejal sebanyak 1 °C

b)

menaikkan suhu 1 kg cecair sebanyak 1 °C

c)

mengubah 1 kg pepejal kepada cecair pada suhu seragam

d)

mengubah 1 kg cecair kepada gas pada suhu seragam

e)

mengubah hati supaya lebih tenang 😌

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan sebab mengapa perpeluhan membantu badan untuk menyejuk?

a)

Suhu peluh adalah ;ebih rendah daripada suhu badan

b)

Haba pendam diserap daripada badan apabila peluh tersejat

c)

Haba pendam dikeluarkan daripada badan apabila peluh tersejat

d)

Badan kehilangan haba apabila menghasilkan peluh

10.

Tenaga yang diperlukan untuk mengubah air kepada wap air pada suhu sama dipanggil sebagai haba pendam pengewapan. Apakah yang dilakukan oleh tenaga ini?

a)

Meningkatkan pemisahan purata antara molekul air

b)

Menigkatkan laju purata molekul air

c)

Menaikkan suhu udara yang berada berhampiran air

d)

Membahagikan molekul air kepada atom berasingan

11.

Antara berikut, pernyataan manakah yang benar?

a)

Pendidihan air hanya berlaku pada permukaan dan pada suhu yang tetap

b)

Pendidihan air berlaku pada keseluruhan cecair dan suhu yang tetap

c)

Pendidihan air hanya berlaku pada permukaan dan pada sebarang suhu

d)

Pendidihan air berlaku pada keseluruhan cecair dan sebarang suhu

12.

Bebuli termometer dibalut dengan satu tiub kain kapas. Kain itu dicelup ke dalam air pada suhu bilik dan ditinggalkan seketika. Termometer yang dibalut kain basah itu kemudian dikeluarkan dan penyejatan berlaku. Apakah yang berlaku kepada bacaan termometer tersebut?

a)

Bacaan berkurang

b)

Bacaan tidak berubah

c)

Bacaan bertambah

d)

Bacaan bertambah dan kemudian berkurang

13.

Sebuah bikar berisi ais diambil daripada petisejuk dan dipanaskan. Graf menunjukkan suhu kandungan bikar tersebut semasa proses pemanasan.


Manakah antara dua titik pada graf tersebut mengandungi pepejal dan cecair.

a)

V dan W

b)

W dan X

c)

X dan Y

d)

Y dan Z

14.

Apakah konsep fizik yang terlibat dengan penggunaan penyaman udara untuk menyejukkan suhu bilik?

a)

Hukum Charles

b)

Hukum Boyles

c)

Haba pendam

d)

Muatan haba

15.

Diagram shows a syringe connected to a Bourdon gauge. The readings on the Bourdon gauge before and after the piston is pushed in are shown below.

Rajah menunjukkan sebuah picagari disambung ke tolok Bourdon. Bacaan pada tolok Bourdon itu sebelum dan selepas omboh ditolak masuk ditunjukkan di bawah.

Which of the following explains this situation? Antara yang berikut, yang manakah menerangkan situaasi ini?

a)

Boyle's Law

Hukum Boyle

b)

Charle's Law

Hukum Charles

c)

Pascal's principle

Prinsip Pascal

d)

Bernoulli's principle

Prinsip Bernoulli

16.

What is the physical quantity that is

kept constant in Boyle’s Law, Charles’ Law and Pressure Law?

Apakah kuantiti fizik yang dimalarkan

dalam Hukum Boyle, Hukum Charles dan Hukum tekanan?

a)

Volume

Isipadu

b)

Mass

Jisim

c)

Absolute temperature

Suhu mutlak

d)

Pressure

Tekanan

17.

Which of the following graphs correctly represents Charles’ Law?

Graf yang manakah mewakili Hukum Charles dengan betul?

a)
b)
c)
d)
18.

Which of the following graphs correctly represents Pressure Law?

Graf yang manakah mewakili Hukum tekanan dengan betul?

a)
b)
c)
d)
19.

The diagram shows a balloon filled with air fully immersed in a container of water. What will happen to the size of the balloon if the container is heated slowly?

Rajah menunjukkan sebuah belon yang diisi udara direndam sepenuhnya dalam bekas yang mengandungi air. Apakah akan berlaku kepada saiz belon jika bekas dipanaskan dengan perlahan?

a)

increases

bertambah

b)

decreases

berkurang

c)

remains unchanged

tidak berubah

20.

When gas in an air-tight container is compressed, the following changes occur except

Apabila gas dalam bekas kedap udara dimampatkan, perubahan berikut berlaku kecuali

a)

its density.

ketumpatannya.

b)

the rate of collision with the walls of the container.

kadar perlanggaran dengan dinding bekas

c)

the total mass of the gas.

jumlah jisim gas

d)

the pressure of the gas.

tekanan gas

21.

Tekanannya, P adalah berkadar langsung dengan suhu mutlak, T jika isipadu gas adalah malar.


HUKUM TERSEBUT ADALAH

a)

BOYLE

b)

TEKANAN

c)

CHARLES

d)

GAS SEMESTA

22.

Pernyataan manakah TIDAK BENAR mengenai sifat-sifat pergerakan molekul gas

a)

Gas bergerak secara rawak

b)

Gas saling berlanggar antara satu sama lain dan berlanggar dengan dinding bekas

c)

Jenis perlanggaran antara molekul-molekul gas adalah perlanggaran tidak kenyal

d)

Daya yang bertindak ke atas seunit luas permukaan dinding bekas akan menghasilkan tekanan gas

23.

Hukum Charles menyatakan bahawa...

a)

tekanan gas berkadar songsang dengan isipadu gas pada suhu tetap

b)

isipadu gas berkadar terus dengan suhu gas pada tekanan tetap

c)

tekanan gas berkadar terus dengan suhu gas pada isipadu tetap

24.

Hukum Tekanan menyatakan bahawa...

a)

tekanan berkadar songsang dengan isipadu gas pada suhu tetap

b)

isipadu gas berkadar terus dengan suhu gas pada tekanan malar

c)

tekanan gas berkadar terus dengan suhu gas pada isipadu tetap

25.

Apakah hubungan di antara isipadu gas dengan suhu gas?

a)

Berkadar terus

b)

Bertambah secara linear

c)

Berkadar songsang