Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PK tahun 2 Pentingkan keselamatan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Kita harus pandai menjaga diri supaya kita tidak?

a)

Mendapat hadiah

b)

Mendapat pujian

c)

Diculik

d)

Dijaga

2.

Seorang lelaki tidak dikenali meminta kamu menaiki motor bersamanya.Apakah yang patut kamu lakukan?

a)

Menolak pelawaan lelaki itu dan terus masuk ke sekolah.

b)

Bersalaman dengan lelaki itu.

c)

Menaiki motosikal bersama lelaki itu.

3.

Seorang pak cik memanggil kamu untuk mengikutinya. Apakah tindakan kamu?

a)

Menolak pelawaan pak cik itu dan lari ke tempat selamat.

b)

Mengucapkan selamat sejahtera kepada pak cik itu.

c)

Memberikan wang kepada pak cik itu.

4.

Seorang kakak yang cantik memberikan kamu gula-gula dan belon. Apakah tindakan kamu?

a)

Menolak pemberian gula-gula dan belon dan serta mengatakan TIDAK.

b)

Mengambil gula-gula tersebut dan memakannya.

c)

Memecahkan belon supaya menakutkan kakak tersebut.

5.

Apakah cara yang telah dilakukan untuk menjaga keselamatan diri dengan orang dikenali berdasarkan gambar ini?

a)

Memberitahu ibu tentang pergerakan aktiviti kita.

b)

Membohongi ibu tentang pergerakan aktiviti kita.

c)

Tidak memberitahu ibu tentang pergerakan kita.

6.

Mengapa kita perlu berkata TIDAK?

a)

Mendekatkan diri kepada orang yang dikenali

b)

Mengelakkan diri dari orang yang tidak dikenali

c)

Menjauhkan diri dari orang yang dikenali dan tidak dikenali

7.

Aktiviti manakah yang SELAMAT untuk Raziq lakukan bersama-sama kawan?

a)

Membawa kawan bermain badminton depan rumah

b)

Mengikut kawan mandi sungai semasa musim hujan

c)

Mengayuh basikal di tengah jalan sambil bergurau senda

d)

Mengajak kawan bermain basikal lajak pada malam hari

8.

Seorang lelaki yang tidak dikenali memberikan sebuah bungkusan. Apakah tindakan yang patut anda buat?

a)

Menerima bungkusan itu dengan ucapan terima kasih.

b)

Menolak pemberian dengan isyarat tangan yang sopan.

c)

Mencampakkan bungkusan ke muka lelaki itu.

9.

Apakah akibat jika menerima pelawaan orang yang tidak dikenali.

a)

Kita akan dapat ramai kawan

b)

Kita mungkin akan diculik

10.

Yang manakah , cara nya untuk kita menjaga keselamatan diri dari orang yang tidak dikenali.

a)

Menerima pemberian orang yang kita tidak kenali

b)

Jangan ikut orang yang kita tidak kenali