WorksheetsSEJARAH T3 (7.2)
Total questions: 16
Worksheet time: 16mins
Antara berikut, kawasan manakah yang terawal sekali berjaya dikuasai oleh British di Negeri Sembilan?
Sungai Ujong
Seri Menanti
Rembau
Jelebu
Anda menanam dua junjung sireh semasa pentadbiran British di Kelantan. Berapakah kadar cukai yang mesti anda bayar?
5 sen
10 sen
20 sen
40 sen
Pentadbiran SBUB mengenakan cukai sebanyak 2 sen kepada penduduk Sabah. Apakah barangan yang dikenakan ke atas bayaran tersebut?
Kelapa
Beras
Tanah
Ikan
Terdapat persamaan faktor penentangan antara Menteri Ngah Ibrahim dan Dato' Bahaman. Apakah persamaan faktor tersebut?
Pembinaan balai polis
Pemindahan pusat pentadbiran
Pembatalan pembayaran elaun
Pengenalan perundangan barat
Barangan mewah orang Iban telah dirampas oleh pegawai British apabila gagal membayar cukai. Apakah barang mewah tersebut?
Mutiara
Kain Pua
Tempayan
Batu Permata
SBUB telah melarang orang Murut membuka tanah baharu untuk pertanian pindah atau penempatan. Apakah kesan tindakan SBUB tersebut terhadap orang Murut?
Menyebabkan kehilangan pekerjaan
Menerima campur tangan pihak luar
Mengalami kekurangan bekalan beras
Melakukan penghijrahan ke hulu sungai
Pada tahun 1898 melalui Rundingan Perdamaian Menggatal, Mat Salleh dibenarkan untuk mentadbir daerah ___________ oleh pihak SBUB.
Menggatal
Tambunan
Inanam
Ambong
British berjaya campur tangan dan seterusnya menguasai beberapa daerah di Negeri Sembilan apabila memberi bantuan kepada _____________ dan mengiktiraf beliau sebagai pemerintah Sungai Ujong.
Dato' Syahbandar
Yamtuan Antah
Dato' Kelana
Dato' Muda Linggi
Tujuan utama James Brooke melibat pemimpin tempatan dalam pentadbirannya ialah...
bagi mendapatkan sokongan masyarakat
bagi mengukuhkan kuasa pentadbirannya
bagi menjimatkan perbelanjaan pentadbirannya
bagi menghapuskan kebangkitan pemimpin tempatan
J.W.W. Birch telah memaksa Sultan Abdullah menandatangani satu surat pengisytiharan. Apakah kepentingan surat tersebut kepada beliau?
dapat hak melombong bijih timah
dapat hak membuka tanah untuk pertanian
dapat hak mentadbir hasil negeri atas nama sultan
dapat hak mencampuri adat resam orang Melayu
Apakah punca utama penentangan Dato' Bahaman di negeri Pahang?
Pengenalan cukai yang tinggi
Pembinaan balai polis
Pembatalan pajakan tanah
Pelucutan gelaran beliau
Pelaksanaan undang-undang Barat telah mengganggu sistem perundangan di Naning yang sebelumnya berasaskan....
Adat Temenggung
Adat Istiadat
Adat Perpatih
Adat Resam
Sebelum kedatangan British di Pasir Puteh, penduduk hanya dikenakan cukai ke atas...
lembu dan kerbau
pokok kelapa berbuah
hasil tanaman
tanah pertanian
Apakah tindakan British setelah menguasai seluruh Negeri Sembilan?
Memecat kesemua pembesar Melayu
Menyatukan semua daerah dan membentuk Persekutuan Negeri Sembilan
Menurunkan takhta Yang Dipertuan Besar
Menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri Selat
Berapakah kadar cukai yang dikenakan keatas pokok pinang terhadap petani di Pasir Puteh?
3 sen sepokok
2 sen sepokok
1 sen sepokok
1/2 sen sepokok
Berapakah cukai tangkapan ikan besar yang dikenakan oleh SBUB ke atas orang murut di Sabah?
$4.00 seekor
$3.00 seekor
$2.00 seekor
$1.00 seekor
