Font size
WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 3 BAB 7.2
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah sebab penentangan Dol Said?
Beliau mendakwa Naning ialah sebuah negeri yang merdeka.
Beliau mahu berkuasa
Dol Sid telah ditipu oleh British
British telah campur tangan dalam budaya orang Naning
Selpeas berakhir penentangan Yamtuan Antah di negeri Sembilan. Apakah yang terjadi kepada beliau?
Yamtuan Antah terkorban dalam peperangan
Yamtuan Antah melarikan diri ke negeri lain
Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti
Yamtuan Antah di tangkap British dan di buang negeri ke Makkah
Apakah sebab Dato Bahaman menentang British?
Beliau telah dikhianati oleh British
Beliau telah dilucutkan jawatan
British campur tangan dalam adat istiadat Melayu
Pembinaan balai polis tanpa pengetahuannya
Apakah tuduhan James Brooke terhadap Rentap?
Beliau di anggap sebagai pengganas
Beliau dianggap sebagai lanun
Beliau dianggap penjenayah
Beliau dianggap musuh British
Apakah yang terjadi kepada Tok Janggut selepas berakhirnya penentangan di kelantan?
Tok Janggut terkorban
Tok Janggut ditangkap
Tok Janggut di buang negeri
Tok Janggut berundur ke negeri lain
Apakah faktor penentangan Dato Maharaja Lela di Perak?
Residen British mengambil alih kuasa Sultan
Pengambilan hak mengutip cukai oleh British
British menurunkan takhta Sultan Perak
Residen British mencabuli adat resam orang Melayu
Apakah tindakan British setelah menguasai seluruh Negeri Sembilan?
Memecat kesemua pembesar Melayu
Menyatukan semua daerah dan membentuk Persekutuan Negeri Sembilan
Menurunkan takhta Yang Dipertuan Besar
Menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri Selat
Apakah tindakan British yang menyebabkan pemimpin tempatan di Perak hilang kuasa?
Memindahkan pusat pemerintahan tempatan
Membuat rundingan palsu dengan pemimpin tempatan
Memaksa sultan melucutkan jawatan pembesar
Memaksa sultan menandatangani pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British
Antara yang berikut yang manakah matlamat perjuangan masyarakat tempatan?
Mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah tempatab
Mewujudkan negara yang merdeka
Mengembalikan dan mengekalkan sistem pentadbiran tradisional
Menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan rakyat tempatan
Antara yang berikut, yang manakah bentuk penentangan masyarakat tempatan
Mengadakan rundingan
Mencabar perjanjian
Penentangan bersenjata
Menggunakan sistem perundangan
Berapakah cukai tangkapan ikan besar yang dikenakan oleh SBUB ke atas orang murut di Sabah?
$4.00 seekor
$3.00 seekor
$2.00 seekor
$1.00 seekor
Berapakah kadar cukai yang dikenakan keatas pokok pinang terhadap petani di Pasir Puteh?
3 sen sepokok
2 sen sepokok
1 sen sepokok
1/2 sen sepokok
Apakah tindakan british yang dianggap mencabar kuasa penghakiman Dol Said di Naning?
British melaksanakan undang-undang Barat yang menganggu sistem perundangan di Naning
Pembinaan balai polis dan pelantikan Kapten Speedy sebagai Penolong Residen di Larut mengurangkan kuasa Menteri Ngah Ibrahim mentadbir kerana beliau diminta menerima nasihat daripada Kapten Speedy
Konflik antara Dato Bahaman dengan British di Pahang menjadi lebih serius apabila British mendirikan balai polis di Lubuk Terua
Pembatalan pajakan pungutan cukai dan Larangan mengutip cukai oleh J.W.W. Birch di Kuala Sungai Perak
Siapakah Mangsa layanan yang tidak adil di Sabah?
Orang Iban
Penduduk Pasir Puteh
Penduduk Tempatan
Orang Murut
Apakah tindakan British yang menyebabkan pembesar kehilangan kuasa di Kelantan?
I Mendirikan balai polis
II Pemindahan pusat pentadbiran
III Ketua Jabatan mengambil alih pentadbiran
IV Membatalkan kuasa mengutip cukai tempatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Senarai berikut berkaitan kesan pentadiran British terhadap kewangan tempatan di Pahang.
* Tidak dibenarkan memungut cukai
* Ditawarkan elaun bulanan yang kecil
Bagaimanakah reaksi pembesar Pahang terhadap tindakan British tersebut
Menghasut rakyat menentang Briitsh
Meletakkan jawatan dalam pentadbiran
Membantah keputusan Majlis Mesyuarat Negeri
Membuat pakatan dengan pembesar wilayah lain
Apakah implikasi larangan membuka Tanah Baharu terhadap orang murut?
Kutipan cukai berdasarkan jumlah keluaran
Menghadapi masalah membayar cukai
Kekurangan bekalan beras untuk makanan harian
Melaksanakan perubahan baharu dalam pentadbiran
Apakah peraturan baharu yang dilakukan oleh SBUB di Sabah sehingga menyulitkan kehidupan orang Murut?
Suami isteri orang Murut dipaksa tinggal berasingan dan dipisahkan oleh aliran sungai
Masalah membayar cukai di pejabat tanah
Cukai terhadap pokok dan tanaman
Cukai yang tinggi
Penduduk Terengganu memerlukan surat kebenaran untuk menjalankan beberapa kegiatan. Apakah DUA kegiatan tersebut?
Mengambil hasil hutan
Menangkap ikan besar
Menternak lembu dan kerbau
Membuka tanah untuk berhuma
Barangan mewah orang Iban telah dirampas oleh pegawai British apabila gagal membayar cukai. Apakah barang mewah tersebut?
Mutiara
Kain Pua
Tempayan
Batu Permata
Mengapakah orang Iban membantah paksaan berpindah ke petempatan di sepanjang sungai utama oleh Brooke?
tidak suka tinggal di kawasan tersebut
menjejaskan kegiatan tanaman pindah mereka
kerana dikenakan cukai barangan semasa berpindah
sukar untuk mendapatkan hasil hutan
Apakah strategi yang digunakan oleh masyarakat di Perak dalam usaha menentang British?
Membina kubu pertahanan
Pakatan sulit
Serangan bersenjata
Perundangan
Apakah yang berlaku sewaktu serangan Sharif Masahor di Kanowit?
Memperoleh banyak senjata
Pembunuhan Residen British
Pembunuhan dua orang pegawai British
Sultan dan pembesar Perak telah bersumpah merahsiakan pakatan sulit tersebut. Bagaimanakah mereka mengikat taat setia merahsiakan pakatan sulit tersebut?
Menepuk bahu kiri
Meminum air keris
Memakai baju putih
Apakah faktor Yamtuan Antah gagal dalam penentangan terhadap British di Negeri Sembilan?
membina kubu di dalam hutan
Kehabisan hamsap
Kehabisan makanan
