wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Solat sunat tahiyyatul masjid

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Solat dua rakaat sebelum duduk ketika setiap kali masuk ke dalam masjid ialah pengertian _______.

a)

solat sunat iktikaf

b)

solat sunat tahiyatul masjid

c)

solat sunat hajat

d)

solat sunat taubat

2.

Hukum melaksanakan solat sunat tahiyatul masjid ialah _______.

a)

harus

b)

wajib

c)

sunat

d)

makruh

3.

Solat sunat tahiyatul masjid dikerjakan setiap kali _______.

a)

keluar daripada masjid

b)

memulakan pembinaan masjid

c)

memulakan kuliah di masjid

d)

masuk ke dalam masjid

4.

Pilih dengan tepat hikmah Solat Tahiyatul Masjid * Pilih 3 jawapan

a)

Memuliakan dan menghormati Masjid

b)

Melatih diri untuk beradab di Masjid sebagai tempat yang mulia

c)

Supaya orang memandang kebaikan yang dilakukan

d)

Memupuk sifat rendah diri sebagi tetamu Allah

5.

Cara melaksanakan solat sunat tahiatul masjid adalah secara

a)

Berjemaah

b)

Bersendirian

6.

Ketika masuk ke dalam masjid dan iqamat telah dilaungkan untuk menunaikan solat fardu, hukum menunaikan solat sunat tahiyatul masjid ialah _______.

a)

makruh

b)

haram

c)

wajib

d)

sunat

7.

Hikmah melakukan solat sunat tahiyatul masjid

a)

mendidik jiwa agar redha dengan ketentuan Allah

b)

melatih diri agar berharap kepada pertolongan Allah

c)

meletakkan pergantungan yang mutlak kepada Allah

d)

melatih diri supaya beradab apabila berada di tempat tempat mulia

8.

Nyatakan hukum bagi situasi di bawah :

a) Azri masuk ke dalam masjid dan iqomah telah dilaungkan untuk menunaikan solat fardhu.

(a)  

9.

Nyatakan hukum bagi situasi di bawah :

Ketika Lina sedang melaksanakan solat sunat tahiyyatul masjid, iqamah dilaungkan.

(a)  

10.

Norain ingin menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid, bantu beliau untuk melaksanakannya dengan memilih kaifiah menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid di bawah ini :

a)

Didirikan setiap kali masuk ke dalam masjid, sebelum duduk

b)

Lafaz niat "sahaja aku solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah taala"

c)

Dilaksanakan secara berjemaah

d)

Melaksanakannya secara dua harakat

e)

Baca al-Fatihah dan surah pilihan pada setiap rakaat

11.

Berikut adalah hikmah solat sunat tahiyyatul masjid kecuali :

a)

Memupuk sifat rendah diri sebagai tetamu Allah

b)

Meraih pahala ketika di dalam masjid

c)

Memuliakan masjid sebagai tempat beribadah

d)

Mendidik jiwa untuk redha dengan ketentuan Allah

e)

Melatih diri supaya beradab apabila berada di tempat-tempat mulia

12.

Solat sunat tahiyatul masjid ialah solat dua rakaat sebelum __________ ketika setiap kali masuk ke dalam masjid.

a)

Bangun

b)

Masuk

c)

Duduk

d)

Tidur

13.

Hukum wanita melaksanakan solat sunat tahiyatul masjid ialah

a)

Haram

b)

Wajib

c)

Sunat

d)

Makruh

14.

Solat sunat tahiyatul masjid boleh dilaksanakan bermula 2 rakaat sehingga 12 rakaat.

a)

Betul

b)

Salah

15.

berikut merupakan susunan yang betul dalam melaksanakan solat sunat tahiyatul masjid

a)

niat, rakaat pertama surah alkafirun dan surah alfatihah, rakaat kedua alfatihah dan surah al ikhlas

b)

niat, rakaat pertama alfatihah dan surah alkafirun, rakaat kedua alfatihah dan surah al ikhlas

c)

berdri betul, rakaat pertama alfatihah dan surah alkafirun, rakaat kedua alfatihah dan surah al ikhlas

d)

berdiri betul rakaat pertama alfatihah dan surah alkafirun, rakaat kedua alfatihah dan surah al nas

16.

Apakah maksud solat sunat tahiyyatul masjid?

a)

Solat yang diwajibkan kepada setiap umat Islam

b)

Solat yang dilaksanakan untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu

c)

Solat dua rakaat sebelum duduk ketika setiap kali masuk ke dalam masjid

d)

Solat yang dilakukan pada malam hari bulan Ramadhan

17.

Manakah antara berikut merupakan dalil solat sunat tahiyyatul masjid

a)

مَن عادَ مريضًا لم يحضُرْ أجلُهُ، فقالَ عندَهُ سبعَ مرّاتٍ: أسألُ اللَّهَ العظيمَ، ربَّ العرشِ العظيمِ أن يشفيَك، إلّا عافاهُ اللَّهُ

b)

من توضَّأَ فأسبغَ الوضوءَ ثمَّ صلّى ركعتينِ يتمُّهما أعطاهُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ ما سألَ معجَّلًا أو مؤخَّرًا

c)

إذا دخلَ أحدُكمُ المسجدَ فلا يجلِس حتّى يصلِّيَ رَكعتينِ

18.

Bilakah waktu dilaksanakan solat sunat tahiyyatul masjid?

a)

Boleh dilakukan bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan

b)

Hanya dilakukan selepas maghrib sahaja

c)

Setiap kali masuk masjid dan sebelum duduk

19.

Apakah surah yang biasanya dibaca pada rakaat pertama solat sunat tahiyyatul masjid?

a)

al-kafirun

b)

al-ikhlas

c)

al-masad

20.

Cara pelaksanaan solat sunat tahiyyatul masjid ialah

a)

secara berjemaah sahaja

b)

secara bersendirian sahaja

c)

secara bersendirian atau berjemaah

21.

Apakah yang perlu dilakukan jika anda sedang menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid, iqamah dilaungkan

a)

menghentikan solat sunat tahiyyatul masjid dengan segera untuk mengikuti solat berjemaah

b)

menyempurnakan solat sunat tersebut jika tidak dikhuatiri akan terlepas solat berjemaah

c)

menukarkan niat solat tahiyyatul masjid kepada solat fardu ketika itu

22.

Apakah yang perlu dilakukan jika anda memasuki masjid ketika iqamah sedang dilaungkan untuk menunaikan solat fardu?

a)

Duduk dengan segera untuk beriktikaf

b)

menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid dengan ringkas

c)

segera masuk ke saf dan solat bersama imam tanpa menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid