Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HUBUGNA MESRA KELUARGA BAHAGIA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimana anak memberikan layanan yang sopan kepada keluarga?

a)

Bercakap secara behemah dengan ahli keluarga.

b)

Bermain telefon semasa makan.

c)

Mencuci pinggan dengan kuat dan bising.

d)

Menyanyikan lagi semasa ibu bapa menonton berita di ruang tamu.

2.

Bagaimana cara anda mengambil berat masalah keluarga?

a)

Berdiam diri apabila ibu bapa bergaduh.

b)

Bertanya kepada ibu bapa tentang masalah yang dihadapi.

c)

Tidak endah tentang masalah keluarga.

d)

Sentiasa bersembunyi di dalam bilik tidur.

3.

Berikut adalah adalah cara anda berkongsi masa suka dan duka kecuali..

a)

Memarahi ahli keluarga kerana beremosi.

b)

Menemani ahli keluarga apabila mereka mempunyai masalah

c)

Mendengar masalah yang diceritakan sambil bermain telefon.

d)

Memberi komen yang kamu suka.

4.

Sebab-sebab perlu mengasihi dan menyayangi ibu bapa seperti berikut kecuali

a)

Untuk membalas jasa dan budi mereka yang membesarkan dan mendidik kita.

b)

Untuk menghargai pengorbanan mereka yang telah melahirkan kita ke dunia.

c)

Untuk mereka menjaga kita apabila tua nanti.

d)

Memupuk sikap saling memerlukan antara satu sama lain.

5.

Kepentingan / kebaikan meraikan hari istimewa keluarga kecuali

a)

Ibu bapa dapat memberikan wang kepada anak-anak.

b)

Menunjukkan rasa penghargaan dan kegembiraan kepada ibu bapa.

c)

Mempertemukan keluarga yang tinggal berjauhan.

d)

Dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

6.

Mewujudkan keluarga bahagia adalah kewajipan

a)

Semua ahli keluarga

b)

Bapa sahaja

c)

Ibu sahaja

d)

Anak-anak sahaja

7.

Individu yang mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga akan....

a)

menyayangi keluarganya dengan hati yang ikhlas.

b)

memastikan anak-anak mendapat apa-apa sahaja yang mereka inginkan.

c)

sanggup menghantar anak-anak ke sekolah swasta.

d)

menyerahkan tugas menjaga ibu dan ayah yang sudah tidak upaya kepada pembantu rumah.

8.

Yang manakah antara yang berikut merupakan kesan negatif kepada individu yang dibesarkan dalam keluarga yang tiada kasih sayang?

a)

Hidup bahagia dan gembira.

b)

Terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.

c)

Mesra dan saling bermaafan antara adik-beradik.

d)

Cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup.

9.

Sebagai anak, apakah yang kamu lebih perlukan daripada ibu bapa?

a)

Harta kekayaan

b)

Rumah yang selesa

c)

Wang yang cukup

d)

Kasih sayang dan perhatian

10.

Pendekatan terbaik mendidik anak-anak adalah....

a)

berlembut dengan mereka.

b)

mendengar kata mereka.

c)

lembut, tetapi tegas.

d)

berfikiran terbuka.

11.

Yang berikut adalah peranan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak, kecuali...

a)

mengasuh

b)

mendidik

c)

melindungi keluarga

d)

menyediakan infrastruktur

12.

Apakah reaksi kamu apabila dimarahi oleh ibu bapa?

a)

menengking mereka

b)

melawan cakap

c)

menumbuk meja

d)

berdiam diri

13.

Puan Aminah memasukkan anaknya ke kelas seni selepas melihat anaknya gemar melukis.

Berdasarkan penyataan di atas, apakah peranan Puan Aminah terhadap anaknya?

a)

Mengasuh

b)

Mendidik

c)

Membina personaliti

d)

Menegur dan menasihati

14.

Apakah erti kasih sayang yang utama yang harus dicurahkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak?

a)

Merawatnya jika sakit.

b)

Belaian dan perhatian untuk perkembangan emosi.

c)

Mengawal pergerakan anak-anak.

d)

Menegur perbuatan yang salah.

15.

Ibu bapa yang bertanggungjawab akan mendidik anak-anak sebaik mungkin, namun ada anak-anak yang dididik oleh pembantu rumah.

Yang manakah bukan kesan jika ibu bapa membiarkan pembantu rumah mengambil alih tugas utama mereka terhadap anak?

a)

Anak-anak lebih menyayangi pembantu rumah.

b)

Tidak mengenali personaliti anak-anak dengan mendalam.

c)

Anak-anak lebih mendengar kata pembantu rumah daripada ibu bapa.

d)

Ibu bapa berasa tenang untuk bekerja kerana aspek kebajikan anak dijaga oleh pembantu rumah.