WorksheetsBM TAHUN 5 9/9/2021
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
S1. Kita mestilah berhati-hati dan mematuhi arahan jurupandu ketika berada di dalam lorong yang _______________ ini.
gelap-gelita
terang-benderang
S2. Pasar mini yang baharu itu dilengkapi dengan kamera litar tertutup bagi merakamkan _______________ pelanggannya.
gerak-geri
tindak-tanduk
S3. Peniaga cakera padat cetak rompak di pasar malam itu berlari _________________ apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.
tunggang-langgang
susup-sasap
S4. Patuhilah peraturan dan arahan pada papan tanda kerana jalan yang ________________ di sini akan menyebabkan pengguna yang kurang biasa akan tersesat.
berselang-seli
bersimpang-siur
S5. Harapan pemuda itu untuk bergaya dengan keretanya yang sudah diubah suai _______________ setelah disaman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.
remuk-redam
punah-ranah
S6. "Tanggalkan kasut kamu dan letakkannya di situ sebelum masuk ke sana untuk ________________," kata pengawal pusat akuatik itu kepada kami.
mandi-manda
mundar-mandir
S7. Permainan _______________ di taman permainan itu adalah untuk kanak-kanak yang berumur lima hingga dua belas tahun sahaja.
bengkak-bengkok
jongkang-jongket
S8. "Kamu hendaklah berhati-hati di jalan raya ketika __________________ dari rumah ke sekolah ," pesan Puan Zara kepada anak lelakinya.
berulang-alik
lalu-lalang
ARAHAN: TULIS KATA GANDA YANG TERDAPAT DALAM AYAT.
S9. Majlis Hari Keluarga Taman Sentosa diadakan secara besar-besaran.
(a)
ARAHAN: TULIS KATA GANDA YANG TERDAPAT DALAM AYAT.
S10. Awan-gemawan kelihatan cerah sewaktu Hari Keluarga diadakan.
(a)
ARAHAN: TULIS KATA GANDA YANG TERDAPAT DALAM AYAT.
S11. Acara mewarna ini untuk kanak-kanak yang berusia 7 hingga 8 tahun.
(a)
ARAHAN: TULIS KATA GANDA YANG TERDAPAT DALAM AYAT.
S12. Para penduduk telah bantu-membantu untuk menjayakan Hari Keluarga.
(a)
ARAHAN: TULIS KATA GANDA YANG TERDAPAT DALAM AYAT.
S13. Para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah yang enak.
(a)
ARAHAN: TULIS KATA GANDA YANG TERDAPAT DALAM AYAT.
S14. Hadiah-hadiah ini disumbangkan oleh Persatuan Penduduk.
(a)
