wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HINDARI 7 DOSA BESAR

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah dosa besar yang disebut di dalam hadis?

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

2.

Menuduh perempuan yang beriman dan suci merupakan salah satu dosa besar, ia merujuk kepada perbuatan

a)

Li'an

b)

Qazaf

c)

Ta'zir

d)

Qisas

3.

"Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat, dan af'aal (perbuatan)". Berikut merujuk kepada

a)

Syirik Khafi

b)

Syirik Jali

c)

Syirik Besar

d)

Syirik Kecil

4.

Perbuatan syirik terbahagi kepada dua, iaitu

a)

Jali & Khafi

b)

Munafik & Fasik

c)

Besar & Kecil

d)

Buruk & Baik

5.

"Melakukan sesuatu amalan bukan bertujuan kerana Allah". Berikut merujuk kepada

a)

Syirik Jali

b)

Syirik Khafi

c)

Syirik Besar

d)

Syirik Kecil

6.

Perbuatan Syirik Khafi adalah merujuk kepada

a)

Husnuzon

b)

Berzikir

c)

Ujub

d)

Madah

7.

"Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin". Berikut merujuk kepada

a)

Syirik

b)

Sihir

c)

Riak

d)

Riba

8.

"Santau, pukau, minyak pengasih dan pelaris". Kesan daripada berikut ialah

a)

Memporak-perandakan rumah tangga

b)

Merosakkan pahala amalan

c)

Menyusahkan keluarga mangsa

d)

Menjatuhkan maruah

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan membunuh?

a)

Perbuatan menyekutukan Allah

b)

Perbuatan menuduh wanita yang suci berzina

c)

Perbuatan menghilangkan nyawa seseorang

d)

Perbuatan mengaut keuntungan diatas kekurangan orang lain

10.

Berikut yang manakah BUKAN dosa besar yang disebutkan di dalam Hadis?

a)

Menuduh wanita suci berzina

b)

Lari dari medan perang

c)

Memakan harta anak yatim

d)

Mengumpat keburukan orang lain

11.

Apakah hukuman yang dikenakan kepada mereka yang melakukan Qazaf?

a)

100 sebatan

b)

80 sebatan

c)

40 sebatan

d)

60 sebatan

12.

Antara yang berikut, yang manakah kesan bagi perbuatan memakan riba?

a)

Memporak-perandakan kehidupan masyarakat

b)

Melumpuhkan ekonomi umat Islam

c)

Mengakibatkan kesakitan tubuh badan

d)

Melahirkan kebencian

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan sifat "TAKABBUR"?

a)

Melakukan solat kerana mengharapkan pujian manusia

b)

Berasa hebat dengan amalan sendiri

c)

Sombong dengan kelebihan duniawi yang dilakukan

d)

Bangga dengan pencapaian diri sendiri

14.

Orang yang mengamalkan perbuatan syirik dinamakan

a)

Kafir

b)

Munafik

c)

Murtad

d)

Musyrik

15.

Di antara kesan melakukan sihir ialah:

a)

jiwa akan menjadi lebih tenang

b)

memporakperandakan rumah tangga

c)

anggota badan bertambah sihat

d)

mendamaikan anggota masyarakat

16.

Sebab sebab melakukan dosa

a)

Terpengaruh dengan perangai rakan yang negatif

b)

memandang ringan terhadap peringatan azab Allah

c)

takut dengan azab Allah

d)

ingin hidup bebas tanpa batasan agama

17.

DOSA-DOSA BESAR YANG PERLU DIHINDARI IALAH

a)

SYIRIK, SIHIR, RIBA, MEMBUNUH, MENIPU, MEROMPAK, MENUDUH WANITA MUKMIN BERZINA

b)

SYIRIK, SIHIR, MEMBUNUH, RIBA, MAKAN HARTA ANAK YATIM, LARI DARI MEDAN PERANG, MENUDUH WANITA MUKMIN BERZINA

c)

SYIRIK, SIHIR, RIBA, MEMBUNUH, MENIPU, MEROMPAK, MENCURI

d)

SYIRIK, SIHIR, RIBA, MEMBUNUH, LARI DARIPADA MEDAN PERANG, MEROMPAK, MENUDUH WANITA MUKMIN BERZINA

18.

APAKAH CONTOH PERBUATAN MEMAKAN HARTA ANAK YATIM ?

a)

MEBERI SEDEKAH MENGGUNAKAN HARTA ANAK YATIM

b)

MENYALAHGUNAKAN HARTA

c)

MENGGUNAKAN HARTA SECARA BERLEBIHAN

d)

MENGGUNAKAN HARTA SECARA BERPATUTAN

19.

KESAN DARIPADA PERBUATAN LARI DARI MEDAN PERANG IALAH

a)

KESELAMATAN UMAT ISLAM DAN NEGARA TERANCAM

b)

DAPAT MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA BAHAYA DUNIA DAN AKHIRAT

c)

BERLAKU PERBALAHAN ANTARA SATU SAMA LAIN

d)

MENYUSAHKAN ORANG LAIN

20.

PENGAJARAN DARIPADA HADIS INI IALAH

a)

UMAT ISLAM HENDAKLAH BERTANGGUNGJAWAB DAN MENGAMBIL BERAT TERHADAP HARTA ANAK YATIM AGAR DAPAT MENGGUNAKAN HARTA DEMI KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI

b)

UMAT ISLAM HENDAKLAH MENGHINDARI TUJUH DOSA BESAR DI DALAM HADIS AGAR DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN DENGAN AMAN DAN SEJAHTERA

c)

KITA HENDAKLAH MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA MENUDUH ORANG BERZINA TANPA BUKTI SUPAYA MARUAH ORANG LAIN TERPELIHARA

21.

Manakah di antara berikut adalah akibat perbuatan syirik kepada individu?

a)

Mengurangkan iman

b)

Membatalkan akidah

c)

Hidup tidak tenteram

d)

Memutuskan silaturrahim

22.

apakah maksud perkataan di atas

a)

perkara yang membinasakan atau merosakkan

b)

perkara yang menyebabkan berlakunya pembunuhan

c)

perkara yang boleh mnyebabkan perbalahan antara masyarakat

d)

perkara yang akan merosakkan hati

23.

Berikut merupakan contoh dosa-dosa besar kecuali?

a)

membunuh

b)

makan rasuah

c)

sihir

d)

lari dari medan peperangan

24.

kesan membunuh ialah

a)

memporak-perandakan kehidupan masyarakat

b)

sifat dendam dalam ahli keluarga

c)

menyusahkan keluarga mangsa pembunuhan

d)

berlaku pergaduhan

25.

Maksud makan harta anak yatim

a)

menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan peribadi

b)

membelanjakan harta anak yatim ke arah duniawi

c)

menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak

d)

menggunakan harta anak yatim dengan cara yang dibenarkan syarak