wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah T5 Bab 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pegawai British telah mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara.

Apakah matlamat penyatuan wilayah tersebut? (m/s: 90)

a)

Memudahkan pentadbiran

b)

Melakukan perluasan kuasa

2.

Siapakah tokoh yang mencadangkan gabungan Sarawak , Sabah, negeri Melayu dan negeri-negeri Selat pada tahun 1887? [BT MS-91]

a)

Lord Brassey

b)

David Marshall

3.

Rajah berikut berkaitan dengan proses pembentukan Malaysia.

Lord Brassey mencadangkan negeri tersebut digabungkan dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

X ialah [BT MS 91]

a)

Brunei

b)

Sarawak

4.

Tokoh Tanah Melayu yang memperjuangkan konsep Melayu Raya ialah Ibrahim Haji Yaacob dan Harun Aminurrashid.

Mengapakah konsep tersebut gagal dilaksanakan? [BT MS 92]

a)

Pendudukan tertera Jepun

b)

Pengisytiharan Kemerdekaan Indonesia

5.

Antara berikut manakah merupakan faktor rasional kepada pembentukan Malaysia? [BT MS 93]


I Masalah keselamatan

II Keseimbangan komposisi penduduk

III Mewujud satu kerjasama ekonomi

IV Melambatkan proses kemerdekaan

a)

I dan II

b)

III dan IV

6.

Persekutuan Malaysia yang bakal dibentuk merupakan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei.

Apakah faedah kepada negeri-negeri tersebut apabila menyertai Persekutuan Malaysia? [ BT MS 93 ]

a)

Mempercepatkan kemerdekaan

b)

Bebas daripada ancaman komunis

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan reaksi masyarakat tentang pembentukan Malaysia

“Pada peringkat awal, pemimpin dan rakyat Sabah merasa curiga dan bimbang dengan idea pembentukan Malaysia”

Mengapakah reaksi tersebut berlaku? [ BT MS 96 ]

I. Kedudukan jarak yang jauh

II. Dipengaruhi pemimpin Indonesia

III. Ketidakseimbangan jumlah kaum

IV. Yakin dengan pemerintahan British

a)

I dan II

b)

III dan IV

8.

Maklumat berikut merujuk kepada penubuhan Parti Perikatan Sarawak

Apakah kesan penubuhan parti tersebut? [BT MS 97]

a)

Menyokong pembentukan Malaysia

b)

Membentuk kerajaan Persekutuan Borneo

9.

Brunei pada mulanya menunjukkan minat untuk menyertai Malaysia

Mengapakah Sultan Brunei kemudiannya menarik diri? [BT MS 97]

a)

Penentangan Indonesia

b)

Pemberontakan Parti Rakyat Brunei

10.

Usul pembentukan Malaysia telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961

Mengapakah pembentangan tersebut dibuat? [BT MS 98]

a)

Menerangkan objektif gagasan

b)

Mendapat sokongan ahli dewan

11.

Referendum telah diadakan pada bulan Ogos 1962 hingga bulan September 1962 menghasilkan persetujuan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia.

Apakah tujuan referendum tersebut terhadap Singapura?

[ BT MS 100 ]

a)

Menyatakan bentuk pilihan menyertai Malaysia

b)

Menjelaskan reaksi penduduk terhadap penyatuan

12.

Mengapakah Suruhanjaya Cobbold 1962 dibentuk? [BT MS 100]

a)

Memastikan rakyat Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia

b)

Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia

13.

Siapakah rakyat tempatan yang menganggotai Suruhanjaya Cobbold? [BT MS 101]


I Tan Siew Sin

II Wong Pow Nie

III Muhammad Ghazalie Shafie

IV Tun Abdul Razak Dato' Hussein

a)

I dan II

b)

II dan III

14.

Apakah aspek yang turut dibincangkan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)? [BT MS 102]

a)

Kemerdekaan secara automatik

b)

Menjamin hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak

15.

Apakah tujuan Tuntutan 20 Perkara yang dikemukakan oleh pemimpin Sabah dan Sarawak?

[BT MS 102]

a)

Memajukan ekonomi masing-masing

b)

Menjamin hak dan kepentingan rakyat

16.

Mengapakah kerajaan Indonesia melancarkan dasar konfrontasi?

[BT MS 102]

a)

Menuntut kepentingan ekonomi

b)

Mengancam kedudukan Indonesia

17.

Penerimaan kerajaan Indinesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia adalah kerana? [BT MS 108]

a)

Kekuataan tentera Persekutuan Tanah Melayu

b)

Penilaian sokongan rakyat Sabah dan Sarawak oleh PBB

18.

Malaysia menggunakan pendekatan diplomatik dalam usaha menangani Konfrontasi. Tanggungjawab ini diletakkan di bawah Kementerian Luar Negeri.

Bagaimanakah Kementerian tersebut menamatkan konfrontasi Indonesia? [BT MS 108]

I. Mematahkan kempen propaganda

II. Mendapatkan sokongan negara luar

III. Meminta bantuan ketenteraan dari Asean

IV. Membatalkan perjanjian persahabatan

a)

I dan II

b)

III dan IV

19.

Konfrontasi Indonesia dan bantahan Filipina terhadap gagasan Malaysia telah berjaya diatasi melalui pendekatan?

[BT MS 109]

a)

Kerjasama pemimpin dan sokongan rakyat

b)

Semangat menyerang balas serangan demi mempertahankan negara

20.

Maklumat yang dipaparkan merupakan antara proses yang dilalui dalam pembentukan Malaysia. Ini telah membuktikan bahawa pembentukan Malaysia dibuat berdasarkan? [BT MS 100 - 104]

a)

Mengambil kira suara rakyat

b)

Mengikut arahan para pemimpin negara