wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Praktis Pengukuhan Bab 8-Tamadun Islam dan Sumbanganya

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam digelar masyarakat Jahiliah. Apakah maksud Zaman Jahiliah?

I Tidak mempunyai nabi

II Kemusnahan alam sekitar

III Kemerosotan perdagangan

IV Tiada kitab suci sebagai petunjuk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Senarai berikut tentang masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

  • Hidup secara nomad
  • Memelihara binatang ternakan


Apakah kaum yang dimaksudkan?

a)

Badwi

b)

Hadhari

c)

Mozarab

d)

Muhajirin

3.

Nilai moral masyarakat Arab Jahiliah berada pada tahap yang sangat rendah. Pernyataan ini dapat dikaitkan dengan amalan

a)

tidak menyembah tuhan

b)

tidak mempunyai ilmu pengetahuan

c)

mengamalkan riba, zina, dan berjudi

d)

memuja alam seperti pokok dan matahari

4.

Apakah kesan penurunan wahyu kedua, surah al-Muddasir kepada nabi Muhammad SAW?

a)

Menyebarkan Islam secara rahsia

b)

Mementingkan amalan membaca

c)

Melakukan penghijrahan ke Madinah

d)

Menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia

5.

Dakwah Islam dilakukan dalam dua peringkat iaitu:

I. secara rahsia

II. secara terang-terangan

III. secara penghijrahan ke Madinah

IV. secara utusan ke Rom, Parsi, Mesir dan Habsyah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

6.

Seni bina Islam bermula dengan pembinaan

a)

Masjid Huang Sheng Si

b)

Masjid Tengkera

c)

Masjid Cordoba

d)

Masjid Quba

7.

Berikut adalah ciri-ciri seni bina Islam kecuali

a)

Tidak mempunyai ruang cahaya

b)

Binaan yang kukuh,selamat dan tahan lama

c)

Reka bentuk ruang sesuai dengan iklim setempat

d)

Mempunyai ruang cahaya untuk keselesaan beribadat

8.

Apakah fungsi Mihrab ?

a)

Sebagai tempat imam membaca khutbah

b)

Tempat untuk melaungkan azan

c)

Sebagai penanda arah kiblat

d)

Ruang memisahkan lelaki dan dan wanita

9.

Gambar di atas menunjukkan Masjid Sultan Ahmet(Masjid Biru).

Mengapakah Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) mempunyai ruang solat utama yang ditutupi kubah setengah lingkaran?

a)

Mengambil contoh inspirasi rumah tradisional dan istana

b)

Berfungsi untuk menyejukan dan pengudaraan

c)

Memperkukuhkan sistem struktur daripada rentangnya yang lebar

d)

Berfungsi untuk mem berikan keselesaan dan ketenagan

10.

Gambar di atas menunjukkan Masjid Moti di India.Apakah keistimewaan masjid tersebut?

a)

Membina pancuran air

b)

Memiliki banyak menara

c)

Mencontohi reka bentuk istana

d)

Mempunyai bumbung berbentuk bawang