wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk di taman perumahan itu berkumpul di _________________ untuk bermesyuarat tentang aktiviti gotong-royong yang akan diadakan.

a)

jalan raya

b)

balai raya

c)

pasar raya

d)

balai raya

2.

Beberapa orang _____________ dari luar negara sedang menemu ramah Perdana Menteri Britain dalam program tersebut.

a)

juruacara

b)

wartawan

c)

karyawan

d)

juruhebah

3.

Agensi kerajaan itu akan memantau rumah orang tua-tua untuk memastikan ____________ penghuninya senantiasa dijaga.

a)

keadaan

b)

kebaikan

c)

kebajikan

d)

keseronokan

4.

" ________________ dikehendaki oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes ragut," kata Tony kepada Zahrin.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Anda

d)

Beliau

5.

______________ basikal itu mengalami kecederaan semasa menyertai Kejohanan Asia di Jakarta.

a)

Peserta

b)

Pelumba

c)

Pengayuh

d)

Penunggang

6.

Penternak itu melepaskan ______________ kambingnya di padang yang luas.

a)

sebaris

b)

sekawan

c)

sepasukan

d)

seangkatan

7.

Calon yang akan dipilih untuk menerima anugerah itu ___________ perlu berpengetahuan luas _______________ harus mempunyai tingkah laku yang baik.

a)

walaupun ... namun

b)

semakin... semakin

c)

bukan sahaja ... tetapi juga

d)

sedangkan ... tambahan pula

8.

Beberapa buah kapal tangki kelihatan _____________ di pelabuhan itu.

a)

berehat

b)

berhenti

c)

berlabuh

d)

terapung

9.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Lelaki itu mengamuk oleh sebab tidak dapat mengawal perasaan marah ketika diejek dan dihina di khalayak ramai. Tiada kesalahan.

a)

A- oleh sebab

b)

B - dapat

c)

C - ketika

d)

D- Tiada kesalahan

10.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Semua orang murid di sekolah itu berkumpul di padang kerana sedang menjalani latihan kebakaran. Tiada kesalahan.

a)

A - orang

b)

B - kerana

c)

C - menjalani

d)

D - Tiada kesalahan

11.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Para perajurit itu sudah berikrar demi untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara. Tiada kesalahan.

a)

A - Para

b)

B - demi

c)

C - mempertahankan

d)

D - Tiada kesalahan

12.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Penduduk di kampung itu gempar oleh kelibat anih yang dilihat berkeliaran di tepi sungai pada waktu malam Jumaat. Tiada kesalahan

a)

A - anih

b)

B - berkeliaran

c)

C - pada

d)

D - Tiada kesalahan

13.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Projek Rancangan Pertanian itu akan dilaksanakan di kawasan pendalaman negeri Perak menjelang akhir tahun ini. Tiada kesalahan.

a)

A - dilaksanakan

b)

B - pendalaman

c)

C - menjelang

d)

D - Tiada kesalahan

14.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Putera raja itu mangkat setelah sekian lama gering akibat dipatuk seekor ular ketika keluar berburu. Tiada kesalahan.

a)

A - mangkat

b)

B - gering

c)

C - berburu

d)

D - Tiada kesalahan

15.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Pihak kerajaan akan membantu pekebun-pekebun kecil di seluruh negara untuk memasarkan hasil tanaman mereka. Tiada kesalahan.

a)

A - pekebun-pekebun keci

b)

B - memasarkan

c)

C - hasil tanaman

d)

D - Tiada kesalahan

16.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Harga sepinggan mi goreng yang dijual di gerai itu cuma tiga setengah ringgit. Tiada kesalahan.

a)

A - mi goreng

b)

B - gerai

c)

C - tiga setengah ringgit

d)

D - Tiada kesalahan.

17.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Dia bekerja hingga larut malam bagi memastikan bahawa tugasan tersebut dapat disiapkannya di dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tiada kesalahan.

a)

A - hingga

b)

B - memastikan

c)

C - di dalam

d)

D - Tiada kesalahan

18.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Pertama-tamanya kita perlu saling menghormati untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang bangsa ini. Tiada kesalahan

a)

A - Pertama-tamanya

b)

B - menghormati

c)

C - berbilang

d)

D - Tiada kesalahan

19.

Pilih peribahasa yang membawa maksud melakukan sesuatu kerja biarlah bersungguh-sungguh dan berhasil.

a)

tidak lari gunung di kejar

b)

alang-alang berdakwat biarlah hitam

c)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

d)

belakang parang, jika diasah akan tajam juga

20.

Salmi: Cukup-cukuplah dengan apa-apa yang sudah kamu ada itu. Jangan tamak, nanti rugi.

Azila: Pelaburan ini menjanjikan pulangan yang lumayan. Saya tidak akan melepaskan peluang ini.


Dua minggu kemudian .....


Azila: Aduhai, aku tertipu rupa-rupanya! Habis wang simpanan aku.


Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah

a)

gelojoh seperti langau

b)

membuang garam ke laut

c)

biar putih tulang, jangan putih mata

d)

yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

21.

Pilih peribahasa yang membawa maksud perasaan sedih dan merana kerana perbuatan orang lain.

a)

ada udang disebalik batu

b)

makan hati berulam jantung

c)

lembu punya susu, sapi dapat nama

d)

sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu

22.

Encik Samad menasihati anaknya supaya berfikir dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke bandar mencari pekerjaan.


Peribahasa yang sesuai dengan nasihat Encik Samad kepada anaknya ialah

a)

indah khabar dari rupa

b)

awal dibuat akhir diingat

c)

api kecil baik dipadamkan

d)

gajah mati kerana gadingnya

23.

Peribahasa berikut membawa maksud kebaikan bekerjasama, bersahabat dan bantu-membantu kecuali

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai bulan dipagari bintang

24.

Farah amat gembira apabila suaminya Encik Nazar menghadiahkan seutas rantai yang sudah lama diidam-idamkan.


Keadaan ini dikaitkan seperti

a)

kera mendapat bunga

b)

pungguk rindukan bulan

c)

kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

d)

orang mengantuk, disorongkan bantal

25.

Sudah sekian lama Murni tidak bertegur sapa dengan kakaknya disebabkan berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka. Namun begitu, mereka berbaik-baik semula apabila kakak Murni ingin mengadakan majlis perkahwinan anaknya.


Peribahasa yang sesuai dengan keadaan di atas ialah

a)

bagai isi dengan kuku

b)

air sama air sampah ke tepi juga

c)

sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

d)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

26.

Tuan Mustaffa sama sekali tidak menyangka bahawa pengurus syarikat yang menjadi orang kanannya telah menggelapkan sejumlah besar wang syarikat.


Hal ini diibaratkan

a)

lebih sudu daripada kuah

b)

lain diacah, lain pula yang jadi

c)

harapkan pegar, pegar makan padi

d)

kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan

27.

Kehadirannya dalam keluarga itu tidak mendatangkan apa-apa kesan. Pendapatnya bukan sahaja tidak pernah diminta dalam setiap perbincangan keluarga malah tidak pernah dianggap penting.


Situasinya dalam keluarga tersebut diibaratkan

a)

kacang lupakan kulit

b)

melukut di tepi gantang

c)

embun di hujung rumput

d)

lain dulang lain kaki, lain orang lain hati

28.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Tumbuhan minyak hitam itu mencemarkan laut.

II - Siaran langsung pertandingan akhir badminton itu di saluran, apa?

III - Beliau mahu corak yang menarik atau mengekalkan ciri-ciri tradisional.

IV - Pihak polis mengesahkan bahawa ketua sindiket penyeludupan itu sudah diberkas.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

29.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Jiran saya itu masih belum memulangkan cangkul yang dipinjamnya.

II - Ayah sudah menjelaskan semua bil keperluan rumah.

III - Mereka perlu menjalankan latihan itu sekali lagi pada petang ini.

IV - Sofi tidak dapat menyertakan pertandingan itu kerana belum cukup umur.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I - Mereka mengambil jalan pintas untuk cepat sampai ke sekolah

II - Peniaga itu menghadapi jalan buntu untuk menyelesaikan masalah hutang pelanggannya.

III - Keluarga Encik Sabri akan jalan mudah ke Sabah pada hujung minggu ini.

IV - Pasukan Bola Sepak itu menemukan jalan mati untuk menewaskan pihak lawan.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV