Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

1 Izara __________ pokok di halaman rumahnya supaya dapat membantu tumbesaran anak pokok yang ditanamnya.

a)

mencurah

b)

merenjis

c)

menyiram

d)

menyimbah

2.

1 Potret Mona Lisa yang dinobatkan sebagai lukisan terkenal di dunia itu ialah hasil karya Leonardo da Vinci, iaitu __________ tersohor dunia.

a)

pelukis

b)

arkitek

c)

pencanai

d)

pereka fesyen

3.

Tayar basikal adik _____________ kerana tercucuk paku di atas jalan.

a)

susut

b)

lembik

c)

kempis

d)

bengkok

4.

Shukri rindu _____________ ibunya di kampung.

a)

akan

b)

dengan

c)

kepada

d)

terhadap

5.

Bendera Malaysia itu ________________ ditiup angin.

a)

berlambai-lambai

b)

bergoyang-goyang

c)

berlenggok-lenggok

d)

berkibar-kibar

6.

Kakak pulang awal pada hari ini kerana dia hanya bekerja _____________ hari.

a)

sesetengah

b)

semua

c)

setengah

d)

segala

7.

Pasukan _____________ dari Malaysia telah berlepas ke negara jiran untuk membantu mangsa gempa bumi.

a)

karyawan

b)

sukarelawan

c)

cendekiawan

d)

negarawan

8.

Semua pekerja bersedih atas peletakan jawatan ketua syarikat itu kerana ____________ seorang yang baik hati.

a)

beliau

b)

dia

c)

kalian

d)

baginda

9.

Pejalan-pejalan kaki itu terpaksa mencari tempat ________________ kerana hujan lebat.

a)

bersembunyi

b)

bermalam

c)

berkeliaran

d)

berteduh

10.

1 “__________ akan mengadakan perkhemahan di Pantai Morib esok,” kata Firdaus dan Johari kepada Azlina.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Mereka

11.

Pilih tiga ayat yang betul?

a)

Dia tidak pernah meminta belas kasihan orang lain walaupun keluarganya miskin.

b)

keledek yang direbuskan oleh kakak masih belum empuk.

c)

Saya belajar menjahit daripada ibu.

d)

Ibu risau akan ayah yang masih belum pulang lagi.

12.

Pilih dua ayat yang betul?

a)

Bagaimanakah kita dilarang membuang sampah di tempat itu?

b)

Siapakah budak perempuan yang berbaju kurung merah itu?

c)

Bagaimanakah cara membuat kuih itu?

d)

Apakah nama murid itu?

13.

Ayah telah ____________ seutas rantai emas untuk ibu.

a)

menghadiahnya

b)

menghadiahi

c)

menghadiahkan

d)

menghadiah

14.

Encik Razak selalu membawa keluarganya_______________________ke tempat -tempat yang menarik di Malaysia.

a)

makan besar

b)

makan hati

c)

makan angin

d)

makan diri

15.

Ibu membawa _______________________ketika melawat rakannya yang sakit di hospital.

a)

buah tangan

b)

hasil tangan

c)

cepat tangan

d)

buah hati

16.

Rosman dinaikkan pangkat oleh majikannya kerana dia_______________________

a)

ringan tulang

b)

berat tulang

c)

muka tembok

d)

ringan tangan

17.

Encik Radhi_______________meninggalkan isteri dan anak-anaknya kerana dia terpaksa bertugas di luar negara.

a)

berat hati

b)

berat tulang

c)

sampai hati

d)

hati batu

18.

Sungguh _______ suara penyanyi kanak-kanak itu.

a)

sedap

b)

enak

c)

merdu

d)

cantik

19.

Amira berasa _________ kerana kucing kesayangannya telah mati.

a)

risau

b)

curiga

c)

marah

d)

sedih

20.

Adik tidak mahu makan ubat itu kerana rasanya sangat ________.

a)

pahit

b)

payau

c)

hapak

d)

kelat