WorksheetsKuiz 2 Pendidikan Moral Tingkatan 1
Total questions: 30
Worksheet time: 23mins
Berikut ialah kesan pencemaran udara kecuali
kualiti udara terjejas
tahap kesihatan bertambah baik
jarak penglihatan semakin berkurangan
penyakit berkaitan pernafasan bertambah
Apakah kesan yang akan berlaku jika manusia bertindak memusnahkan alam sekitar?
Manusia hidup sihat dan sejahtera
Hidupan liar terpelihara
Bencana alam akan berlaku
Tumbuh - tumbuhan hidup subur
Berikut merupakan kebaikan mengamalkan kitar semula kecuali
menjimatkan kos bahan mentah
mengurangkan pencemaran alam sekitar
menjimatkan kos pelupusan sampah
menyebabkan kepupusan flora dan fauna
Apakah kesan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai?
Hidupan air akan pupus
Sungai menjadi semakin bersih
Lapisan ozon semakin nipis
Hakisan tanah berlaku
Punca kemusnahan terumbu karang adalah disebabkan oleh ______________.
tumpahan minyak
aktiviti luncur air
laut bergelora
menjadi makanan hidupan akuatik
Berikut adalah antara cara amalan kitar semula yang boleh diterapkan di rumah kecuali
membawa beg sendiri ketika membeli - belah
melarang penggunaan polisterin dan plastik
mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula
membiarkan anak - anak membuang sampah merata - rata
Cara berikut membolehkan pengguna menjayakan Program Kitar Semula kecuali
memberikan sokongan kepada Kempen Kitar Semula
menggunakan barangan kitar semula
mengurangkan penggunaan bekas polisterin dan plastik
menggunakan tenaga elektrik secara maksimum
Pilih ciri remaja yang tidak berhemah.
Rajin berusaha
Berilmu pengetahuan
Tidak mematuhi nasihat orang tua
Tidak mengingkari ajaran agama
Remaja yang berilmu pengetahuan akan menunjukkan ciri berikut kecuali
sentiasa berdaya saing
menimba pelbagai kemahiran
meningkatkan prestasi akademik
ketinggalan dalam teknologi terkini
Antara berikut yang manakah sifat remaja berhemah?
Tamak
Bangga diri
Berakhlak mulia
Mementingkan diri
Punca remaja kini terlibat dengan gejala negatif seperti melepak dan merempit adalah disebabkan oleh ____________.
mendapatkan didikan yang sempurna daripada ibu bapa
pengaruh rakan sebaya
mempunyai pengetahuan tentang agama
mengamalkan nilai - nilai murni dalam kehidupan
Berikut merupakan ciri terpuji yang ditunjukkan oleh remaja berhemah ketika menggunakan pengangkutan awam kecuali
tidak makan atau minum di dalam pengangkutan awam
duduk di tempat Orang Kelainan Upaya (OKU)
memberikan laluan kepada penumpang yang ingin keluar dahulu
duduk dengan sopan di dalam pengangkutan awam.
Apakah kesan terhadap seorang murid yang menunjukkan tingkah laku tidak berhemah?
Maruah diri dan keluarga terpelihara
Nama baik sekolah terpelihara
Merugikan masa dan tenaga dengan perbuatan yang tidak berfaedah
Prestasi akdemik meningkat
Ketika anda berkomunikasi dengan orang lain, anda harus menggunakan bahasa yang sopan. Apakah nilai yang anda amalkan sebagai remaja berhemah ketika berkomunikasi?
Hormat
Patriotisme
Kasih sayang
Kebebasan
Seseorang yang mematuhi etiket di rumah akan ______________.
sentiasa mengamalkan perlakuan yang sama di luar rumah.
berkelakuan kurang sopan di luar rumah.
bermuka bengis apabila menyambut tetamu.
tidak menghormati jiran tetangga.
Perlakuan yang mematuhi etiket di rumah membolehkan seseorang mempunyai perlakuan berikut kecuali
berdikari.
berkeyakinan tinggi.
merendahkan maruah diri.
meningkatkan maruah diri.
Kakak Mei Ling sentiasa memastikan perkakas dapur dibersihkan dan disusun rapi setelah selesai memasak. Hal ini kerana ______________.
dia pandai memasak.
dia seorang yang mementingkan diri.
dia ingin dipuji oleh semua anggota keluarga.
dia mahu anggota keluarga yang lain berasa selesa ketika menggunakan dapur.
Emak menegur Siew Ling apabila dia menghirup sup dengan bunyi yang kuat kerana _______________.
untuk menerapkan amalan beretiket dalam diri Siew Ling.
takut orang lain akan memarahi Siew Ling.
untuk menjadikan Siew Ling cantik.
bimbang Siew Ling akan menghabiskan sup.
Suzita mendengar terlebih dahulu petuturan kawannya melalui telefon sebelum membalas petuturannya. Nilai yang dipraktikkan oleh Suzita ialah _____________.
kasih sayang
kesederhanaan
hormat
rasional
Nenek meminta Suba membantu beliau untuk duduk di sofa kerana ingin berehat di ruang tamu. Suba segera menuruti kata - kata neneknya. Suba mengamalkan nilai ________________.
hemah tinggi
keserhanaan
patriotisme
kerajinan
Berikut ialah beberapa etiket menghormati anggota keluarga yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia kecuali
sujud pada kaki anggota keluarga yang lebih tua
mencium tangan anggota keluarga yang lebih tua
memberikan salam dan berjabat tangan dengan anggota keluarga
tidak memperdulikan teguran dan nasihat anggota keluarga
Perlakuan berikut tidak harus dilakukan ketika makan bersama anggota keluarga di meja makan kecuali
bersendawa kuat
makan dengan tangan kanan
mengeluarkan bunyi ketika mengunyah makanan
memenuhi pinggan dengan semua jenis makanan
Apakah kesannya jika etiket meminjam dan memulangkan barangan milik anggota keluarga yang lain tidak dipatuhi?
Anggota keluarga saling menuduh dan pergaduhan berlaku
Anggota keluarga berasa gembira
Anggota keluarga saling memahami
Anggota keluarga saling bermaafan.
Ketagihan merokok membawa kepada penyakit berbahaya seperti berikut kecuali
stres
kanser paru - paru
serangan jantung
kencing manis
Antara cara untuk menangani ketagihan arak adalah seperti berikut kecuali
amalan agama menjadi pegangan
terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan
mendapatkan bantuan pakar psikologi
minum dalam kuantiti yang sedikit pada satu - satu masa
Punca berlakunya ketagihan merokok dan arak seperti berikut kecuali
pengaruh rakan sebaya
pengaruh amalan anggota keluarga
tiada bimbingan dan nasihat daripada anggota keluarga
sukar mendapat rokok dan arak
Berikut merupakan kesan ketagihan dadah dalam kalangan remaja terhadap negara kecuali
imej negara terjejas
masyarakat maju dan makmur
masyarakat berasa tidak selamat
industri pelancongan akan merosot
Amalan merokok berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Bagaimanakah anda boleh menolak ajakan rakan anda yang merokok?
Mengatakan kepada rakan bahawa anda tidak sihat
Menolak pelawaan rakan dengan baik
Memberitahu rakan bahawa anda akan dimarahi oleh ibu
Memarahi rakan
Kesan ketagihan penggunaan Internet ialah _______________.
prestasi akademik merosot
banyak maklumat dapat dicari
dapat tidur dengan lena
dapat ramai sahabat
Berikut merupakan kesan fizikal yang boleh dilihat apabila seseorang itu terlibat dengan penagihan dadah kecuali
selera makan berkurangan
berat badan merosot
berasa tenang dan gembira
mudah dijangkiti oleh penyakit
