WorksheetsKUIZ BM 4 BESTARI(9.9.2021)
Total questions: 18
Worksheet time: 9mins
1. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung
dalam suasana ______.
A huru-hara
B hingar - bingar
C gilang - gemilang
D terang - benderang
2.Abang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru ______.
A dia
B awak
C beliau
D saya
3.Ampun tuanku, _ _____ datang mengadap,” kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka
A hamba
B patik
C tuan hamba
D saya
4.Nenek berharap agar ______ sentiasa menghormati orang yang lebih tua,” pesan Puan Mariam kepada cucu-cucunya
A kamu
B anda
C kita
D dia
5.Persekitaran sekolah yang indah dapat memberikan keselesaan dan ketenangan ______ belajar.
A biarpun
B sementara
C sejak
D semasa
Saya terjumpa se_______ jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.
biji
buah
bentuk
butir
Kakak memakai____________ baju kurung yang cantik.
sehelai
lembar
sepasang
gulung
Siti memasukkan se___________ garam ke dalam gulai yang dimasaknya.
genggam
cubit
senduk
sudu
Adnan makan se _________ roti dan minum se _________ susu panas.
buku....jag
keping......gelas
keping.........cawan
potong....gelas
Wanita itu memakai se __________ subang berlian.
sebentuk
utas
pasang
buah
Ibu menyiang beberapa ____________ ikan di dapur.
ketul
kawan
biji
ekor
Encik Abu ______________ memikirkan masalah hutang-hutangnya yang terlalu banyak.
pening lalat
nyawa-nyawa ikan
mati akal
separuh nyawa
Muthu sering ditegur oleh gurunya kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Tulisan Muthu juga sukar dibaca kerana seperti _________________.
cakar ayam
tanduk kerbau
lintah darat
kuku besi
Encik Zainal merupakan seorang yang mudah bergaul dengan masyarakat kerana sikapnya yang ________________.
kepala angin
manis mulut
ringan mulut
mata keranjang
Sejak dari kecil Jacob tidak meminati bidang sukan terutamanya sukan bola sepak kerana dia merupakan seorang yang ________________.
ulat buku
ayam tambatan
lipas kudung
kaki bangku
Oleh kerana perbalahan di antara Husin dan Amran semakin berlanjutan, mereka terpaksa meminta bantuan daripada penghulu kampung yang berperanan sebagai ________________ bagi menyelesaikan masalah tersebut.
akal kancil
kambing hitam
jalan tengah
besar kepala
Sakinah digelar sebagai ________________ oleh rakan-rakannya kerana sering mengambil semula barang-barang atau pemberian yang telah diberikan kepada orang lain.
tangkai jering
keras kepala
hati batu
buruk siku
