NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 14mins
Name
Class
Date
1.
Encik Muhamad tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di hospital.
a)
dia
b)
kalian
c)
beliau
d)
mereka
2.
“________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka,” kata Bendahara kepada baginda Sultan.
a)
Beta
b)
Hamba
c)
Tuanku
d)
Patik
3.
Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diusahakan oleh golongan wanita terutamanya di Terengganu.
a)
menekat
b)
menenun
c)
menyulam
d)
menganyam
4.
Jamal ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu.
a)
memerah
b)
mengilap
c)
menerjah
d)
mencanai
5.
Pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan Kota Setia gigih menjalani latihan. ________, mereka menjuarai pertandingan itu.
a)
Setelah itu
b)
Kalau begitu
c)
Oleh itu
d)
Namun demikian
6.
Klinik Kesihatan Seberang Perak ________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.
a)
terhebat
b)
kehebatan
c)
memperhebat
d)
memperhebatkan
7.
Rahmat belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
a)
tekun
b)
rajin
c)
bernas
d)
kuat
8.
Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan yang bertugas.
a)
atas
b)
bawah
c)
tengah
d)
belakang
9.
Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada waktu malam.
a)
bari-bari
b)
obor-obor
c)
sibur-sibur
d)
kunang-kunang
10.
Mak Intan menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut sebelum diserahkan kepada pelanggannya.
a)
bilah
b)
berkas
c)
batang
d)
tongkol
11.
“Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,” pesan Puan Hamisah kepada anak gadisnya.
a)
tutur kata
b)
tutur nista
c)
tutur bicara
d)
tutur bahasa
12.
“Lemang dan rendang ayam yang dihidangkan oleh ibu ini enak sungguh,” kata adik kepada kakak.
a)
Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang ayam masakan ibu yang sungguh enak
b)
Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang telah disajikan oleh ibu
c)
Adik diberitahu tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang dimasak oleh ibu dan kakak mereka
d)
Adik dan kakak diberitahu tentang kepandaian ibu membuat lemang dan rendang ayam yang sangat enak
13.
Pasukan ekspedisi __________ Gunung Ledang itu bertolak dari Kaki Gunung Ledang pada pukul tujuh pagi.
a)
melalui
b)
mendaki
c)
menaiki
d)
melewati
14.
Setelah mengaku kesalahan mencuri pemadam Khassreen, Bassyirah berasa ________ untuk berhadapan dengannya.
a)
malu
b)
rindu
c)
selesa
d)
bangga
15.
Ibu akan memberikan hadiah kepada Kiswah _________ dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
a)
ketika
b)
supaya
c)
sekiranya
d)
sementara
16.
Para peserta pertandingan gubahan bunga itu cepat-cepat menyiapkan gubahan mereka kerana masa semakin ________.
a)
cepat
b)
laju
c)
lampau
d)
suntuk
17.
Kong May _____________ selepas makan makanan di kantin pada waktu rehat tadi.
a)
guling-guling
b)
pusing-pusing
c)
pulang-pulang
d)
muntah-muntah
18.
Nenek Esah menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian berkebun.
a)
minyak angin
b)
minyak masak
c)
minyak sawit
d)
minyak sayur
19.
Rusminah _______________ bungkusan pos laju yang diterimanya daripada posmen kepada Hasyimah.
a)
menuliskan
b)
menyerahkan
c)
menyatakan
d)
mengumumkan
20.
Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.
a)
buah hati
b)
buah pena
c)
buah mulut
d)
buah tangan
Reset
