NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PANTUN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Pantun merupakan puisi tradisional yang digunakan oleh masyarakat?
Melayu
India
Inggeris
Afrika
Pantun ditulis dalam bentuk berangkap. Betu atau salah?
Betul
Salah
Terdapat beberapa tujuan penciptaan pantun oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Tujuan di bawah adalah betul, KECUALI
Menyampaikan fikiran
Jenaka
Teka-teki
Menghina
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu persatu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Berdasarkan pantun di atas, apakah tema yang paling sesuai?
Hormat-menghormati
Kekeluargaan
Perpaduan
Kemerdekaan
Kenapa sawah banyak kerbau,
Kerbau membajak kuat tenaga;
Kenapa hati selalu risau,
Kerana jodoh belum berjumpa.
Berdasarkan rangkap pantun di atas, apakah tema yang paling sesuai?
Perasaan
Perkahwinan
Penceraian
Peminangan
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apa guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.
Berikan jenis pantun di atas?
Meluahkan perasaan
Jenaka
Menyindir
Teka-teki
Setelah dibasuh baju disidai,
Untuk dipakai di pagi raya;
Anda tentu orang yang pandai,
Apakah warna bendera Malaysia?
Berikan jawapan bagi pantun teka-teki di atas.
merah, putih, biru, kuning
merah, biru, hijau, kuning
merah, putih, kuning, ungu
merah, putih, biru, kelabu
Bunga, laut, langit, air, matahari merupakan unsur apa dalam pembayang pantun menurut Dewan Bahasa dan Pustaka?
Unsur alam
Unsur semula jadi
Unsur alam sekitar
Unsur persekitaran
Apakah rima yang perlu ada dalam serangkap pantun yang dicipta?
a b b a
a b a b
a b c d
a a a a
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Yang manakah salah tentang Pantun di atas?
4 kerat
Tema Nasihat
Bermaksud hormati guru jika tidak ilmu tidak berkat
Tidak menggunakan unsur alam
Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati.
Pantun merupakan perumpamaan unsur alam kepada maksud yang hendak disampaikan. Dalam pantun di atas, berikut merupakan tujuan buah pisang di belayar di laut, KECUALI?
Sumber makanan yang dapat membekalkan tenaga
Mengetahui tempoh masa pelayaran di ambil apabila pisang tersebut telah masak
Makanan yang tahan lama kerana tidak masak sekali gus seperti buah yang lain
Digunakan untuk mengubati mabuk laut
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Baris tersebut merupakan...
Pembayang
Maksud
Setiap hari berjalan di pantai,
Sudah penat duduk di batu;
Kalau anda cerdik dan pandai,
Binatang apa tulangnya satu?
Kambing
Udang
Sotong
Siput babi
Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Jika ada air yang turun?
Kaki
Kepala
Payung
Suhu
Buah budi bidara mengkal,
Masak sebiji di tepi pantai;
Hilanglah budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai?
buah epal
buah anggur
buah tangan
buah hati
