NEW
Font size
WorksheetsKuiz Bahasa Melayu
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Kami sekeluarga menjadi ........ abang untuk berjaya dalam pelajaran.
mendorong
dorongan
pendorong
didorong
Nasi lemak merupakan sajian ........ rakyat Malaysia.
digemari
kegemaran
penggemar
menggemari
Beberapa ........ dakwat terkena pada baju kemeja ayah.
titik
ketul
ulas
botol
Askar-askar itu berkawad sambil membawa se.......... senapang.
bilah
pasukan
laras
batang
Pak Aziz telah membeli se.......... motosikal untuk anak sulungnya.
buah
bentuk
butir
baris
Cikgu Jaafar menulis di ............... dengan menggunakan sebatang kapur.
papan iklan
papan hitam
papan tanda
papan pembasuh
Jalan menuju ke Tanah Tinggi Genting ...................
mundar-mandir
kering-kontang
gotong-royong
bengkang-bengkok
"Minuman kotak yang berperisa strawberi itu tidak boleh diminum kerana __________ tamat tarikh luputnya," kata ibu kepada adik.
akan
telah
belum
pernah
Para_____ itu sedang memperagakan pakaian yang cantik di atas pentas.
olahragawati
peragawati
pramugari
sukarelawati
Ibu akan memberikan hadiah kepada Nartisha _________ dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
sementara
ketika
supaya
sekiranya
Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.
Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.
buah hati
buah mulut
buah tangan
buah pena
Nurul _______________ bungkusan pos laju yang diterimanya daripada posmen kepada Hakimah.
menuliskan
menyatakan
menyerahkan
mengumumkan
Nenek Som menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian berkebun
minyak masak
minyak sawit
minyak sayur
minyak angin
Bilik Kak Humaira yang kelihatan kemas ______ bersih itu dihias dengan jambangan bunga yang diletakkan di _______ kepala katil.
A. dan ….. atas
B. lalu …. sudut
C. lalu …. Sudut
D. kecuali …… pangkal
“Saya hairan mengapa remaja itu asyik membuang sampah di tepi jalan,” tutur Marina kepada rakannya.
Pilih perkataan berlawan bagi membuang
mengutip
menderma
mencedok
mengumpul
