NEW
Font size
WorksheetsBab 3 : Formula dan Persamaan Kimia
Total questions: 18
Worksheet time: 9mins
Jisim natrium adalah 23 kali lebih besar daripada 1/12 karbon-12. Apakah jisim atom relatif bagi natrium?
A. 276
B. 23
C. 12
D. 1
Jika jisim unsur A adalah 2 kali lebih besar daripada jisim karbon, maka jisim atom relatif bagi unsur itu ialah __________.
(Jisim atom relatif karbon = 12)
A. 12
B. 24
C. 288
D. 36
Cari jisim molekul relatif bagi karbon dioksida.
[ JAR: C = 12; O = 16 ]
A. 28
B. 30
C. 44
D. 40
Jisim molekul relatif M2SO4 ialah 142. Apakah jisim atom relatif bagi unsur M?
[JAR O:16; S:32]
A. 23
B. 54
C. 118
D. 123
Yang berikut, yang manakah mengandungi 3 x6.05 x1023 atom ?
A. 1 mol gas nitrogen
B. 1 mol gas klorin
C. 1 mol gas karbon dioksida
D. 1 mol gas neon
Pilih formula yang sesuai untuk mengira bilangan mol sesuatu pepejal.
A. n=MV
B. Mol = Isipadu /isipadu molar
C. Mol = Jisim/ Jisim molar
Pilih formula yang sesuai untuk mengira bilangan mol sesuatu larutan.
A. n=MV
B. Mol = Isipadu /Isipadu molar
C. Mol = Jisim /Jisim molar
Pilih formula yang sesuai untuk mengira bilangan mol sesuatu gas
A. n =MV
B. Mol = Isipadu / Isipadu molar
C. Mol = Jisim / Jisim molar
Apakah hasil bagi tindak balas antara asid dan alkali.
asid + alkali → ?
A. Garam, Air, Karbon dioksida
B. Garam, Gas hidrogen
C. Garam, Air
Yang manakah persamaan kimia seimbang bagi tindak balas
antara zink dan asid hidroklorik?
Zn + HCl → ZnCl₂ + H₂
Zn + 2HCl → ZnCl₂ + H₂
Zn + 2HCl → 2ZnCl + H₂
Zn + HCl → ZnCl + H
Formula molekul bagi glukosa ialah C₆H₁₂O₆. Apakah formula empiriknya?
A. CHO
B. C₆H₁₂O₆
C. CH₂O
Rajah menunjukkan bilangan atom dalam satu molekul. Antara yang berikut, yang manakah mungkin molekul itu?
A. Karbon dioksida
B. Ammonia
C. Klorin
D. Air
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar bagi satu mol bahan?
A 1 mol kuprum mengandungi 6.02 × 1023 molekul
B 1 mol gas oksigen mengandungi 6.02 × 1023 atom
C 1 mol air mengandungi bilangan atom yang sama dengan bilangan atom dalam 12 g karbon-12
D 1 mol karbon dioksida mengandungi bilangan molekul yang sama dengan bilangan atom dalam 12 g karbon-12
Rajah menunjukkan susunan radas bagi satu experiment untuk menentukan formula empirik magnesium oksida.
Langkah manakah yang betul untuk memastikan pita magnesium itu terbakar dengan lengkap?
A. Buka penutup mangkuk pijar sekali-sekala semasa pemanasan.
B. Panaskan pita magnesium itu dengan kuat dalam mangkuk pijar tanpa penutupnya
C. Tutup mangkuk pijar dengan penutupnya sebaik sahaja pita magnesium itu mula terbakar.
D. Ulang proses pemanasan, penyejukan dan penimbangan sehingga jisim tetap diperoleh.
Kaedah seperti dalam gambar rajah sesuai untuk menentukan formula empirik bagi logam yang kurang reaktif, contohnya...
I. Argentum
II. Kuprum
III. Plumbum
IV. Zink
A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. I, II, III dan IV
Mengapakah karbon-12 digunakan sebagai rujukan piawai untuk jisim atom relatif?
Karbon-12 lebih stabil
Karbon-12 boleh bergabung dengan banyak unsur
Karbon-12 mempunyai tiga isotop
Karbon-12 lebih mudah dikendalikan kerana wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik
Persamaan berikut mewakili satu tindak balas kimia.
Mg + 2HCl → MgCl2 + H2
Apakah hasil-hasil tindak balas bagi persamaan ini?
magnesium
magnesium dan asid hidroklorik
magnesium klorida dan gas hidrogen
magnesium dan gas hidrogen
Enam atom unsur Y mempunyai jisim yang sama dengan tiga atom tellurium, Te. Berapakah jisim atom relatif Y?
[Jisim atom relatif; Te, 128]
8
16
32
64
