NEW
Font size
WorksheetsPenjodoh Bilangan
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Pak Karim menebang itu dengan se__________ kapak yang
tajam.
bilah
buah
batang
butir
Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.
baris
buah
bidang
carik
Kak Salmah memberikan beberapa __________ gula-gula kepada adiknya.
biji
cebis
bungkus
buah
Leha sedang memanggang lima belas __________ sate untuk pelanggannya.
gugus
biji
cucuk
batang
Di kedai itu, hanya tinggal beberapa __________ tikar sahaja.
buku
baris
gulung
batang
Di tepi perhentian bas itu terdapat se__________ tiang lampu.
buah
ketul
gugus
batang
Mei Mei menjerit kerana terduduk di atas se__________ jarum.
cebis
bilah
butir
bentuk
Dua __________ kerusi di bahagian hadapan tempat duduk itu dikhaskan untuk tetamu jemputan.
batang
bentuk
baris
cucuk
Mak Tijah memasukkan se__________ garam ke dalam masakannya.
cubit
biji
cucuk
cekak
"Berapakah harga se_____ buah kelapa ini?" tanya Pak Adam sambil menunjuk ke arah longgokan kelapa di tepi jalan itu.
butir
biji
colek
buah
Maznah mengambil se_______ perca kain untuk menampal kainnya yang koyak.
bungkus
cebis
carik
bidang
Ibu memasukkan beberapa __________ halia ke dalam masakannya.
hiris
gugus
jambak
ketul
Perompak bank itu melepaskan beberapa __________ tembakan sebelum melarikan diri.
gulung
jemput
das
deret
Ibu membeli tiga _______ sayur di pasar tani.
naskhah
keping
tandan
ikat
Puan Liew membawa se__________ payung kerana hari hendak hujan.
deret
kaki
jambak
kandang
Adik mengambil dua __________ beras lalu diberi kepada burung itu.
gugus
genggam
gumpal
gerombolan
Pemuda itu mengambil se__________ kertas tisu lalu mengelap tangannya.
helai
gumpal
gugus
ikat
Anuar membeli se______ bunga ros untuk ibunya sempena menyambut Hari Ibu.
jambak
gugus
kaki
gelung
Pemburu itu berjaya menembak se__________ harimau yang ganas.
kalung
das
bentuk
ekor
Ibu membeli se_________ anggur dan sebiji tembikai di pasar malam.
jambak
jambangan
gugus
genggam
Adik memetik tiga _______ bunga di taman itu.
kuntum
longgok
keping
pangsa
Se______ anggota bomba sedang bertungkus-lumus untuk memadamkan kebakaran.
pasukan
kawan
longgok
kumpulan
Se__________ lembu ternakan sedang meragut rumput di padang yang terbiar itu.
orang
kawan
pasukan
pasang
Dia tidak dapat bercakap walau se__________ pun apabila ditanya kerana ketakutan.
petak
pangsa
papan
patah
Semasa berada di puncak Gunung Kinabalu, Taufiq telah memakai empat __________ baju supaya tidak kesejukan.
lapis
lembar
laras
keping
Dalam serbuan ke gudang lama itu, pihak polis merampas lima _________ senapang patah yang digunakan pemburu haram itu.
kawan
kuntum
pangsa
laras
Ibu menghidangkan tiga __________ sup di atas meja makan.
naskhah
mangkuk
pasang
kotak
Ayah memakai se_______ baju Melayu yang lengkap pada majlis hari raya itu.
pangsa
pasang
papan
patah
Sehari se_______ benang, lama-lama menjadi kain.
longgok
laras
kelompok
lembar
Shazreen membantu se______ nenek melintas jalan.
pasukan
ketul
orang
pasang
