wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRAIN THE TRAINER (1)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Asas kepada pengurusan kewangan yang baik ialah:

a)

Pendapatan melebihi hutang dan perbelanjaan dan ada lebihan untuk melabur

b)

Perbelanjaan dan hutang melebihi pendapatan

c)

Pendapatan cukup-cukup, tetapi setiap hujung bulan beli barangan secara hutang untuk dibayar pada bulan hadapan

2.

Formula menggunakan wang dengan bijak ialah ______

a)

Labur dahulu baru belanja

b)

Belanja dulu baru labur

c)

Guna semua pendapatan

3.

Berikut ialah kelebihan Bajet untuk membantu mengurus kewangan KECUALI

a)

Merekod perbelanjaan untuk membolehkan kita mematuhi pelan perbelanjaan yang ditetapkan

b)

Membolehkan kita menjejak pendapatan dan perbelanjaan untuk memantau kedudukan kewangan semasa

c)

Merekodkan ansuran bulanan yang perlu dibayar tanpa mengambil kira perbelanjaan supaya kita tidak lupa membayar hutang

4.

Mengapakah penting untuk mempunyai aliran tunai positif?

a)

Supaya boleh melabur untuk membina tabungan

b)

Supaya boleh berhutang melebihi kemampuan

c)

Untuk berbelanja dengan mewah

5.

Mengapa kita tidak boleh membiarkan sahaja wang dalam Akaun Simpanan, sebaliknya wang berkenaan perlu dilaburkan?

a)

Wang dalam Akaun Simpanan akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank

b)

Wang dalam akaun simpanan tidak memberi pulangan berbanding wang yang dilaburkan kerana pelaburan memberi pulangan

c)

Wang dalam Akaun Simpanan sukar dikeluarkan

6.

Berikut ialah kelebihan tempoh pelaburan yang panjang KECUALI:

a)

Jumlah pelaburan bulanan yang kecil untuk membina tabungan lebih besar

b)

Modal pelaburan berpeluang berkembang kerana kuasa faedah kompaun

c)

Tiada kesan kerana pelaburan hanya berkembang bergantung kepada pulangan tahunan

7.

Apakah konsep asas risiko dan pulangan?

a)

Lebih tinggi risiko, lebih rendah pulangan

b)

Lebih rendah risiko, lebih tinggi pulangan

c)

Lebih tinggi risiko, lebih tinggi pulangan

8.

Berikut ialah ciri-ciri instrumen pelaburan yang sesuai untuk Tabung Kecemasan KECUALI:

a)

Kecairan tinggi

b)

Pulangan konsisten

c)

Berisiko tinggi

9.

Bagaimana kuasa faedah kompaun membantu mengembangkan modal pelaburan?

a)

Dividen yang tidak dikeluarkan menambah kepada modal pelaburan dan secara tidak langsung, turut menjana pulangan dalam tahun-tahun berikutnya

b)

Dividen yang dikeluarkan mengurangkan caj faedah

c)

Modal pelaburan berkembang kerana pelabur menambah pelaburan setiap bulan

10.

Berikut adalah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melabur, kecuali :

a)

Risiko Pelaburan

b)

Anggaran pulangan

c)

Hadiah yang ditawarkan

11.

Di antara berikut yang manakah “ Hutang Baik”

a)

Pinjaman Perumahan

b)

Pinjaman kereta

c)

Pinjaman peribadi

12.

Apakah perbezaan antara hutang baik dan hutang tidak baik?

a)

Hutang baik menambah nilai kepada kedudukan kewangan manakala hutang tidak baik biasanya hanya menambah bebanan

b)

Tiada perbezaan antara keduanya

c)

Hutang baik memberi kesan negatif kepada kedudukan kewangan manakala hutang tidak baik memberi kesan positif

13.

Apakah kesan menggunakan kad kredit sekiranya kita hanya membayar caj minimum setiap bulan?

a)

Tiada kesan, bayaran seperti biasa

b)

Jumlah hutang asal akan bertambah setiap bulan kerana caj faedah terkompaun

c)

Mata (point) bertambah kerana jumlah hutang asal meningkat

14.

Bagaimana hendak menilai sekiranya kita mampu dan perlu meminjam atau tidak?

a)

Mampu membayar ansuran bulanan menggunakan gaji semasa

b)

Keinginan memiliki barangan walau barangan itu tidak menambah nilai

c)

Desakan keluarga

15.

Berikut ialah sebab mengapa Amanah Saham Bumiputera (ASB) sepatutnya menjadi pilihan pelaburan untuk tabung kecemasan dan merealisasikan impian, KECUALI?

a)

Risiko Rendah

b)

Pulangan kompetitif berbanding Akaun Simpanan

c)

Boleh kehilangan modal pelaburan