Font size
WorksheetsADAB BERMUSAFIR
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Pilih pernyataan yang tidak benar berkenaan permusafiran
Bermusafir untuk melihat kebesaran Allah SWT adalah perkara yang tidak mendatangkan faedah dan sia-sia
Bermusafir untuk menuntut ilmu akan menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan.
Orang yang sentiasa bermusafir untuk kebaikan adalah orang yang sentiasa positif
Bermusafir untuk tujuan kebaikan dapat mengeratkan hubungan sesama manusia
Berikut adalah perkara yang benar berkaitan dengan musafir kecuali___________
Orang bermusafir diberikan rukhsah untuk menunaikan solat jama' dan qasar
Orang yang bermusafir hanya kan menghabiskan wang dan menyusahkan orang lain
Permusafiran adalah salah satu cara untuk melihat kebesaran Allah
Disunatkan memperbanyakkan berdoa ketika bermusafir
Apakah antara rukhsah yang dikurniakan Allah SWT kepada orang yang bermusafir?
Diharuskan meninggalkan solat fardu
Diharuskan untuk membuka aurat
Diharuskan berbuka puasa
Diharuskan menunaikan solat sunat
Berapakah jarak musafir yang dibolehkan untuk jama' dan Qasar solat fardu?
2 marhalah yang bersamaan dengan 79KM
2 marhalah yang bersamaan dengan 80 KM
2 marhalah yang bersamaan dengan 81 KM
2 marhalah yang bersamaan dengan 100 KM
Siapakah yang menceritakan kelebihan bermusafir di dalam syairnya?
Saidina Umar
Imam Ahmad
Rasulullah SAW
Imam As Syafie
Apakah jenis doa yang pasti dimakbulkan selain daripada doa orang yang bermusafir?
Doa orang yang sakit
Doa seorang perempuan
Doa orang yang dizalimi
Doa ibubapa kepada anaknya
Berikut situasi yang diwajibkan bermusafir kecuali
Menghadiri konsert artis terkenal
Menunaikan haji
Menunaikan umrah
Menjalani rawatan untuk penyakit kronik di luar negara
"Bermusafirlah, engkau akan temui.....".(Syarah Diwan As-Syafie). Sila sambung ayat ini.
Pengganti yang engkau tinggalkan
kebahagiaan
punca rezeki
kejiranan yang baik
Bermusafir bermaksud seseorang yang keluar dari kawasan______________menuju ke suatu tempat dengan jaraknya melebihi 2 marhalah.
bermukim
bermusafir
bermastautin
semua di atas
Adab sebelum musafir adalah....
membaca basmalah
membanyakkan doa
berniat dengan niat yang baik
segera kembali kepada keluarga
Hukum bermusafir untuk menunaikan haji adalah____
Harus
Sunat
Haram
Wajib
Berikut ialah hikmah mengamalkan adab bermusafir kecuali___________
memberi ketenangan hati
perjalanan diberkati Allah
hidup dalam suasana harmoni
mendidik jiwa lebih berdisiplin
___________dapat menjadikan perjalanan mudah dan lancar.
melantik ketua
memelihara alam sekitar
bertakbir ketika bermusafir ditempat yang tinggi
mengucapkan selamat kepada anggota keluarga
Berikut ialah adab sebelum bermusafir kecuali________
pastikan niat bermusafir yang baik
tidak meninggalkan solat fardhu
baca basmalah dan doa keluar daripada rumah
pastikan bekalan ketika bermusafir mencukupi
Adab bermusafir dapat melatih jiwa seseorang agar lebih____________
tenang
diberkati
berdisiplin
rasa dihargai
Antara adab bermusafir ialah menyediakan bekalan dan _______________secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
makanan
minuman
pakaian
keperluan
- Menziarahi Masjid An-Nabawi di Madinah. - Menghubungkan silaturrahim. Pernyataan ini merujuk hukum_______________bermusafir.
wajib
sunat
makruh
harus
Berikut merupakan kelebihan bermusafir kecuali______________
melihat keindahan alam ciptaan Allah
Menambah ilmu pengetahuan
Dapat bergaul dan berkenalan dengan pelbagai bangsa dan budaya
Menjadi terkenal kerana dikenali ramai
Salah satu adab bermusafir dengan tujuan dan __________yang baik.
dasar
perkara
niat
adab
Hukum bermusafir tanpa tujuan dan matlamat ialah___________
harus
haram
makruh
sunat
Hukum bermusafir untuk menyertai pertandingan sukan ialah__________
wajib
makruh
harus
sunat muakkad
Antara berikut yang manakah kelebihan bermusafir?
Doa orang yang bermusafir dimakbulkan Allah SWT
Menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan keimanan
Mendidik diri menjadi hamba yang bersabar dan bersyukur
Menambah pendapatan bulanan
Berikut merupakan hikmah mengamalkan adab bermusafir kecuali_________
Perjalanan terganggu di tengah jalan
Perjalanan diberkati Allah
Memberi ketenangan jiwa
Mendidik jiwa
Ayat al-Quran dibawah ini, adalah berkaitan______________
Kelebihan bermusafir
Galakan bermusafir
Tujuan bermusafir
Keutamaan bermusafir
Berdasarkan gambar dibawah ini, apakah hukum bermusafir ketiga-tiga wanita ini, jika bermusafir kerana melancong?
wajib
harus
makruh
sunat
