wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI PSI MENJAUHI PERLAKUAN GANAS & MENJAGA MARUAH DIRI

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

3 tuntutan hukum berdasarkan hadis ialah :

a)

Pengharaman perbuatan ganas seperti penguasa zalim yang memeras orang bawahannya dan mengganggu ketenteraman awam

b)

Pengharusan perbuatan ganas seperti penguasa zalim yang memeras orang bawahannya dan mengganggu ketenteraman awam

c)

Pengharaman wanita yang tidak menutup aurat, berpakaian nipis dan ketat, wanita yang menarik perhatian lelaki dengan bertabarruj dan wanita yang membuat lenggok-lenggok yang menggoda lelaki

d)

Kedua-dua golongan, iaitu yang berkelakua ganas dan wanita yang tidak menjaga maruah diri tidak akan masuk ke dalam syurga

2.

Berikan pengertian perlakuan ganas.

a)

Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan negatif terhadap fizikal, harta dan emosi

b)

Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan positif terhadap fizikal, harta dan emosi

c)

Nilai-nilai kebaikan, kemuliaan diri atau kehormatan diri yang ada pada diri seseorang

3.

Definisi maruah diri ialah

a)

Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan positif terhadap fizikal, harta dan emosi

b)

Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan negatif terhadap fizikal, harta dan emosi

c)

Nilai-nilai kebaikan, kemuliaan diri atau kehormatan diri yang ada pada diri seseorang

d)

Nilai-nilai kejahatan, kehinaan diri dan ketidakhormatan diri yang ada pada diri seseorang

4.

Ulama’ mengistinbatkan hukum haram berkelakuan ganas dan merosakkan maruah diri berdasarkan lafaz ayat

a)

صنفان

b)

صنفان من

c)

اهل النار

d)

صنفان من اهل النار

5.

Lafaz صنفان من اهل النار membawa maksud

a)

Satu golongan manusia penghuni syurga

b)

Dua golongan manusia penghuni syurga

c)

Satu golongan manusia penghuni neraka

d)

Dua golongan manusia penghuni neraka

6.

Setiap perbuatan yang menerima balasan neraka menunjukkan _______dan hukumnya adalah haram. Oleh itu, haram untuk manusia berkelakuan ganas dan merosakkan maruah diri.

a)

Dosa besar

b)

Dosa kecil

c)

Pahala

7.

3 perbuatan yang termasuk dalam kategori berkelakuan ganas ialah:

a)

Penguasa yang adil

b)

Merosakkan harta dan kemudahan awam

c)

Lumba haram yang membahayakan orang lain

d)

Membuli dan mencederakan orang lain

e)

Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan

8.

3 perbuatan yang termasuk dalam kategori merosakkan maruah diri ialah:

a)

Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan

b)

Memakai pakaian yang mencolok mata

c)

Pergi ke tempat-tempat maksiat

d)

Penguasa yang zalim

e)

Merosakkan harta dan kemudahan awam

9.

2 kepentingan menjaga ketenteraman awam ialah :

a)

Melahirkan persekitaran yang selamat agar dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram

b)

Mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana saling mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

c)

Menjamin kehormatan dan kesucian diri agar tidak dicemari dengan gangguan sosial

d)

Membentuk tingkah laku yang baik kerana sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

10.

2 kepentingan menjaga maruah diri ialah :

a)

Melahirkan persekitaran yang selamat agar dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram

b)

Mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana saling mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

c)

Menjamin kehormatan dan kesucian diri agar tidak dicemari dengan gangguan sosial

d)

Membentuk tingkah laku yang baik kerana sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

11.

3 langkah untuk menghindari perlakuan ganas dan kewajipan menjaga maruah diri ialah :

a)

Meningkatan filem berunsur ganas dan pertandingan ratu cantik di program tv

b)

Menyediakan garis panduan etika pemakaian yang patut dipatuhi

c)

Menguatkuasakan undang-undang terhadap perlakuan ganas

d)

Menyebarkan kempen-kempen berakhlak mulia dan menjaga maruah di media sosial

12.

Bersekedudukan atau berdua-duaan dengan bukan mahram merupakan contoh...

a)

Perlakuan ganas

b)

Merosakkan maruah diri

13.

Topik yang dipelajari hari ini merupakan salah satu daripada bidang Hadith Hukum. Bab ini merupakan bab ke berapa?

a)

Lima

b)

Empat

14.

Apakah maksud potongan hadis ini?

a)

mengganggu ketenteram awam

b)

bermusuhan sesama islam

c)

mengumpat dan menghina orang

d)

mendedahkan aurat kepada orang lain

15.

dua golongan ahli neraka yang terdapat dalam hadis tersebut ialah


I- Orang yang melakukan perbuatan zina

ii- orang yang mengganggu ketenteraman awam

iii- perempuan yang berpakaian menjolok mata

iv- mereka yang mati dengan cara membunuh diri

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

16.

apakah maksud bagi potongan hadis ini?

a)

2 golongan yang penghuni neraka

b)

wanita yang memegang cemeti

c)

wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang

d)

wanita yang memakai bonggol dikepala

17.

yang manakah antara berikut ciri-ciri wanita yang disebut di dalam hadis yang diharamkan dari neraka?

a)

memakai baju bewarna terang

b)

memakai pakaian yang wangi

c)

memakai pakaian yang menampakkan warna kulit

d)

memakai alat solek tidak berlebihan

18.

apakah langkah yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk mengatasi perlakuan ganas?

a)

menitikberatkan pendidikan agama

b)

memilih bacaan yang sesuai

c)

menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat

d)

menyekat budaya ganas yang bertentangan dengan islam

19.

Nyatakan tindakan yang perlu dilakukan apabila anda berhadapan dengan situasi ini?


1. Anda melihat abang anda mengubah suai bunyi motosikal supaya lebih kuat bunyinya.

4 lines
20.

2. kakak anda memakai baju yang sangat ketat dan jarang ketika keluar ke rumah.


Apa tindakan yang akan anda lakukan?

4 lines