wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HABA PENEUTRALAN

Total questions: 9

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Tarifkan persamaan kimia di atas.

a)

Ion hidroksida, H+ daripada asid bertindak balas dengan ion hidrogen, OH− daripada alkali untuk membentuk molekul air.

b)

Ion hidrogen, H+ daripada asid bercampur dengan ion hidroksida, OH− daripada alkali untuk membentuk molekul air.

c)

Ion hidrogen, H+ daripada alkali bertindak balas dengan ion hidroksida, OH− daripada asid untuk membentuk molekul air.

d)

Ion hidrogen, H+ daripada asid bertindak balas dengan ion hidroksida, OH− daripada alkali untuk membentuk molekul air.

2.

Apa maksud haba peneutralan?

a)

Perubahan suhu apabila satu mol air terbentuk daripada tindak balas peneutralan antara asid dan alkali.

b)

Perubahan suhu apabila satu mol hasil tindak balas terbentuk daripada tindak balas peneutralan antara asid dan alkali.

c)

Perubahan haba apabila satu mol air terbentuk daripada tindak balas peneutralan antara asid dan alkali.

d)

Perubahan haba apabila satu mol hasil tindak balas terbentuk daripada tindak balas peneutralan antara asid dan alkali.

3.

Haba peneutralan tindak balas antara asid etanoik, CH3Cooh dan larutan kalium hidroksida, KOH adalah kurang berbanding tindak balas antara asid hidroklorik, HCl, dan larutan kalium hidroksida, KOH. Terangkan mengapa.

a)

Asid Etanoik mengion separa dalam air

b)

Sebahagian haba tindak balas hilang ke persekitaran.

c)

Asid hidroklorik ialah asid kuat

d)

kalium hidroksida ialah alkali kuat

4.

Apabila 100 cm3 asid hidroklorik, HCl, dineutralkan oleh 100 cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH dalam cawan polistirena, suhu bertambah sebanyak 6 oC. Berapakah haba yang dibebaskan semasa tindak balas ini?

a)

1470 J

b)

2520 J

c)

4410 J

d)

5040 J

5.

Untuk menentukan haba peneutralan antara larutan natrium hidroksida dan asid hidroklorik cair, ukuran yang manakah tidak diperlukan?

a)

isipadu kedua-dua larutan

b)

ketumpatan kedua-dua larutan

c)

kepekatan kedua-dua larutan

d)

suhu awal kedua dua larutan

6.

Antara penyataan berikut, yang manaka benar mengenai haba peneutralan asid lemah dan alkali lemah?.

a)

Asid lemah atau alkali lemah mengion separa di dalam air.

b)

Sebahagiannya kekal sebagai molekul.

c)

Sebahagian haba yang dibebas semasa peneutralan diserap semula untuk mengionkan molekul asid lemah atau alkali lemah dengan lengkap di dalam air.

d)

Sebahagian haba yang diserap semasa peneutralan dibebaskan semula untuk mengionkan molekul asid lemah atau alkali lemah dengan lengkap di dalam air.

7.

Asid hidroklorik, HCl ialah asid diprotik manakala asid sulfurik, H2 SO4 ialah asid monoprotik.

a)

Benar

b)

Tidak benar

8.

Peneutralan lengkap asid kuat diprotik dengan alkali kuat menghasilkan dua kali ganda kuantiti haba berbanding dengan asid kuat monoprotik.

a)

Benar

b)

Tidak benar

9.

Antara penyataan berikut, yang manakah benar mengenap persamaan kimia di atas?

a)

Satu mol asid kuat diprotik seperti asid sulfurik mengion dengan lengkap di dalam air untuk menghasilkan dua mol ion hidrogen

b)

Satu mol asid kuat monoprotok seperti asid sulfurik mengion dengan lengkap di dalam air untuk menghasilkan dua mol ion hidrogen

c)

Satu mol asid kuat diprotik seperti asid sulfurik mengion dengan lengkap di dalam air untuk menghasilkan satu mol ion hidrogen

d)

Satu mol asid kuat monoprotok seperti asid sulfurik mengion dengan lengkap di dalam air untuk menghasilkan satu mol ion hidrogen