NEW
Font size
WorksheetsFIZIK T5; 5.2 DIOD SEMIKONDUKTOR
Total questions: 13
Worksheet time: 6mins
Apakah yang dimaksudkan dengan semikonduktor?
bahan konduktor yang mengalirkan arus elektrik tanpa rintangan
bahan yang mempunyai rintangan antara konduktor dan penebat
bahan penebat semulajadi dengan sifat tahan haba
bahan daripada unsur peralihan yang mampu mengalirkan arus eletrik
Berapakah bilangan elektron dalam petala luar silikon?
2
3
4
5
Dua jenis pembawa cas dalam semikonduktor ialah
proton dan elektron
lohong dan neutron
anod dan katod
elektron dan lohong
Proses pendopan semikonduktor tulen dengan unsur pentavalen akan
menghasilkan semikonduktor jenis-n
menyebabkan semikonduktor itu bercas negatif
menyebabkan rintangan semikonduktor itu bertambah
menghasilkan pembawa arus cas majoriti iaitu lohong
Apakah pembawa cas majoriti dalam semikonduktor jenis-p?
Proton
Lohong
Elektron
Neutron
Pernyataan-pernyataan yang berikut adalah benar tentang semikonduktor KECUALI
kekonduksian suatu semikonduktor meningkat apabila suhu menurun
kekonduksian suatu semikonduktor disebabkan oleh pergerakan elektron dan lohong
semikonduktor ialah suatu bahan yang mana kekonduksiannya terletak di antara konduktor dengan penebat
kekonduksian elektrik suatu semikonduktor tulen boleh ditingkatkan dengan mencampurkan sejumlah bendasing tertentu dalam semikonduktor itu
Proses penambahan bendasing ke dalam suatu semikonduktor seperti silikon dan germanium dikenali sebagai
penghabluran
pendopan
rektifikasi
asimilasi
Apakah tujuan pendopan?
mengukuhkan semikonduktor
meningkatkan rintangan semikonduktor
meningkatkan konduktiviti semikonduktor
meningkatkan daya tahan semikonduktor
Pernyataan manakah yang betul mengenai semikonduktor jenis-n?
didopkan dengan atom pentavalen
didopkan dengan atom trivalen
lebih banyak lohong dari elektron
lohong adalah pembawa cas majoriti
Antara berikut, yang manakah simbol bagi diod?
Apakah fungsi Diod?
Melancarkan aliran arus elektrik
Menukarkan arus ulang alik menjadi arus terus
Membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja
Membenarkan arus terus menjadi arus ulang alik
Mentol dalam litar manakah yang akan menyala?
Seorang murid memasang litar seperti dalam rajah. Mentol tidak menyala. Apa yang perlu dilakukan untuk menyalakan mentol tersebut?
Tambah bekalan kuasa kepada 12 V
Sambungkan fius dalam litar
Songsangkan sambungan bateri
Songsangkan sambungan ke mentol
