Font size
Worksheetskuiz pa Bab 1&2 f4
Total questions: 40
Worksheet time: 13mins
1.Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?
Sistem perakaunan
Prinsip perakaunan
Konsep perakaunan
Kitaran perakaunan
2.Apakah tujuan Malaysian Accounting Standard Board (MASB) ditubuhkan?
Merancang pelaksanaan sistem rekod perakaunan
Menentukan amalan sistem perakaunan sesebuah perniagaan
Menetapkan piawaian laporan kewangan bagi firma perniagaan
Merangka aktiviti badan-badan korporat dalam bidang perniagaan
3.Simpan kira adalah proses
Menyediakan maklumat kewangan sesuatu perniagaan
Merekodkan urus niaga dalam dua akaun yang berbeza
Merekodkan urus niaga perniagaan berasaskan sistem catatan bergu
Mengelas, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan
Antara pernyataan yang berikut, manakah yang benar tentang perakaunan?
I Perakaunan lebih luas daripada simpan kira
II Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan
III Perakaunan hanya melibatkan proses merekodkan urus niaga
IV Perakaunan dapat membantu pihak pengurusan meningkatkan keuntungan
I, II
I, IV
II, III
III, IV
Pernyataan yang manakah menerangkan tentang tujuan penubuhan Malaysian Accounting Standard Board (MASB)?
I Menerbitkan piawaian perakaunan
II Bertindak sebagai penasihat kepada akauntan
III Mengadakan peperiksaan bagi menentukan taraf
professional
IV Memajukan profesion perakaunan melalui latihan dan peperiksaan
I, II
I, IV
II, III
III, IV
Profesion perakaunan di Malaysia dikawal oleh
Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia
( MICPA )
Charted Institue of Management Accountants
( CIMA )
Association of Certified Charted Accountants
( ACCA )
Institut Akauntan Malaysia ( MIA )
Badan perakaunan manakah yang bertindak sebagai Badan Kawal Selia?
MIA
MASB
ACCA
MICPA
Apakah asas rekod perakaunan?
Kaedah Pacioli
Kaedah Venice
Kaedah perakaunan
Kaedah catatan bergu
Siapakah pengguna dalaman penyata kewangan?
Bank
Akaun Belum Bayar
Pengurusan
Pesaing perniagaan
Antara berikut, manakah yang terdapat dalam Penyata Pendapatan ?
I Liabiliti
II Aset
III Belanja
IV Hasil
I, II
I, IV
II, IV
III, IV
Anatara yang berikut, item manakah yang terdapat dalam Penyata Pendapatan?
I Inventori akhir
II Akaun Belum Terima
III Untung bersih
IV Alatan pejabat
I, II
I, III
II, IV
III, IV
Encik Ali, akauntan Firma Z, mengira susut nilai kenderaan syarikat dengan menggunakan kaedah ansuran tetap. Bagi penyediaan Penyata Kewangan tahun 2016, beliau menggunakan kaedah pengiraan yang sama.
Situasi di atas merujuk kepada konsep…
Ketekalan
Kos Sejarah
Tempoh Perakaunan
Kos Manfaat
Encik Ali, akauntan Firma Z, mengira susut nilai kenderaan syarikat dengan menggunakan kaedah ansuran tetap. Bagi penyediaan Penyata Kewangan tahun 2016, beliau menggunakan kaedah pengiraan yang sama.
Situasi di atas merujuk kepada konsep…
Ketekalan
Kos Sejarah
Tempoh Perakaunan
Kos Manfaat
Maklumat berikut berkaitan tentang syarikat berhad.
X dilantik oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan untuk menetapkan dasar syarikat
Siapakah X ?
Pengurus operasi
Kesatuan pengarah
Lembaga pengarah
Pendaftar syarikat
Pihak manakah yang menggunakan penyata kewangan untuk mentaksir cukai pendapatan yang dikenakan ke atas syarikat?
Koperasi
Perkongsian
Milikan tunggal
Syarikat sendirian berhad
Antara berikut, yang manakan merupakan butiran aset semasa?
I Overdraf bank
II. Deposit telefon
III. Hasil terdahulu
IV. Hasil terakru
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D.III dan IV
Antara berikut, yang manakah merupakan tuntutan terhadap aset perniagaan oleh pihak luar?
A Liabiliti
B. Aset semasa
C. Ekuiti pemilik
D. Aset bukan semasa
ASET BUKAN SEMASA KECUALI
Premis
Kenderaan
Inventori
Mesin
Liabiliti semasa kecuali
Gadai janji
Overdraft
ABB
Hasil belum terperoleh
Liabiliti Bukan Semasa ialah hutang peniagaan yang __________ dari setahun untuk menjelaskannya.
lebih
kurang
Aset Semasa mempunyai tahap kecairan yang lebih _________ daripada Aset Bukan Semasa.
rendah
tinggi
Diskaun diberi ialah _________ dan _________ Untung bersih.
hasil, menambahkan
belanja, mengurangkan
hasil, mengurangkan
belanja, menambahkan
Kos membaik pulih mesin perniagaan dikira sebagai ___________ dan __________ Untung bersih.
belanja, mengurangkan
hasil, menambahkan
belanja, menambahkan
hasil, mengurangkan
Membayar upah pengasuh anak dengan tunai perniagaan.
Ambilan bertambah, Modal berkurang
Ambilan bertambah, Tunai berkurang
Modal berkurang, Tunai berkurang
Modal berkurang, Belanja bertambah
Beli barang niaga secara kredit.
Modal bertambah, Inventori bertambah
Inventori bertambah, Akaun Belum Terima bertambah
Inventori bertambah, Akaun Belum Bayar bertambah
Modal berkurang, Inventori bertambah
Memindahkan tunai di tangan ke dalam bank.
Tunai berkurang, Bank bertambah
Tunai bertambah, Bank berkurang
Menjual barang niaga berkos RM 1 000 dengan harga RM 1 500 secara tunai
Inventori berkurang RM 1 500, Tunai bertambah RM 1 500, Untung bersih bertambah RM 1 500
Inventori berkurang RM 1 000, Tunai bertambah RM 1 500, Untung bersih bertambah RM 500
Membayar tunai RM 500 kepada pembekal dan menerima diskaun sebanyak RM 50
Tunai berkurang RM 550, Akaun Belum Bayar berkurang RM 550, Untung bersih bertambah RM 50
Tunai berkurang RM 500, Akaun Belum Bayar berkurang RM 550, Untung bersih bertambah RM 50
Pernyataan berikut menerangkan suatu bidang sub perakaunan.
Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan
yang digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran untuk membuat keputusan
Berpandukan pernyataan di atas, apakah sub bidang perakaunan yang dimaksudkan?
Perakaunan Pengurusan
Perakaunan Kewangan
Pengauditan
Percukaian
Sebuah lori yang dibeli dengan harga RM65 000 pada tahun 2013 masih lagi direkodkan sebagai RM65 000 dalam penyata kewangan pada 31 Disember 2018 walaupun harga pasaran lori tersebut telah susut kepada RM30 000.
Berpandukan situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi?
Ketekalan.
Prinsip kos
Entiti berasingan
Pengiktirafan hasil dan belanja
Keuntungan diagihkan kepada para anggota dalam bentuk dividen.
Apakah entiti perniagaan yang bersesuaian dengan pernyataan di atas?
Milikan tunggal
Syarikat Berhad
Perkongsian
Koperasi
Antara yang berikut, manakah yang merupakan liabiliti bukan semasa sebuah perniagaan?
Pinjaman
Overdraf bank
Faedah atas overdraf
Gaji pekerja belum bayar
Perniagaan Perabot Jata menjual perabot bernilai RM2000 dengan harga RM2450 secara kredit kepada pelanggan. Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?
Inventori berkurang, ABT bertambah, Modal bertambah
Inventori berkurang, ABT bertambah, Modal berkurang
Inventori bertambah, ABT berkurang, Modal berkurang
Inventori bertambah, ABT bertambah, Modal berkurang
Apakah catatan kontra yang mengurangkan nilai Akaun Modal?
Akaun ambilan
Akaun Pulangan keluar
Akaun peruntukan hutang ragu
Akaun susut nilai terkumpul aset
Akaun manakah yang mempunyai baki debit?
Akaun Modal
Akaun Inventori
Akaun Komisen Diterima
Akaun Faedah atas Simpanan Tetap
Menerima pinjaman bank sebanyak RM 35 000
Catatan manakah yang digunakan untuk merekod urus niaga tersebut?
debit Akaun Pinjaman bank, kredit Akaun Bank
debit Akaun Bank, kredit Akaun Modal
debit Akaun Modal, kredit Akaun Pinjaman Bank
debit Akaun Bank, kredit Akaun Pinjaman Bank
Antara yang berikut, yang manakah yang direkodkan di sebelah debit Akaun Untung Rugi?
Pilih dua yang terbaik.
Gaji
Sewa diterima
Kadar bayaran
Faedah atas simpanan tetap
siapakah pengguna dalaman penyata kewangan ?
Agensi kerajaan seperti LHDN
pelabur dan bakal pelabur
pihak pengurusan
pemiutang
Yang mana antara berikut bukan etika dalam profesian perakaunan.
Intergriti
Kerahsiaan /berhati-hari
Perlakuan profesional
Kekhilafan
