wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM -KAJIAN LAWB

Total questions: 41

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah nama pengarang novel ini?

a)

Abdul Latif Talib

b)

Abdul Talib Latif

c)

Abdul Latib Talib

d)

Abdul Latip Talib

2.

Tema novel ini ialah

a)

Keberanian seorang lelaki mempertahankan tanah air

b)

Keberanian seorang lelaki yang mempunyai semangat patriotisme

c)

Keberanian seorang anggota tentera mempertahankan tanah air

d)

Keberanian dan kemuliaan seorang anggota tentera mempertahankan tanah air

3.

Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

Nyatakan nilai bagi peristiwa di atas.

(a)  

4.

Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.

a)

Kampung Sungai Ramal

b)

Kem Sungai Besi Kuala Lumpur

c)

Kem Latihan Haig Lines Port Dickson

5.

Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.

a)

Masyarakat yang mementingkan ilmu dan pendidikan

b)

Masyarakat yang bertanggungjawab

c)

Masyarakat yang penyayang

d)

Masyarakat kampung

6.

Sahabat baik Leftenan Adnan.

Menyertai pasukan askar Melayu.

Setiakawan

a)

Nordin

b)

Sophia

c)

Mamat

d)

Budin

7.

Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.

a)

Seorang yang penyayang

b)

Seorang yang lembut hati

c)

Seorang yang kecewa

8.

Pilih teknik plot yang betul.

Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.

a)

Monolog luaran

b)

Monolog dalaman

c)

Saspens

d)

Dialog

9.

Pilih teknik plot yang betul.

Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga. Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan.

a)

Kejutan

b)

Pemerian

c)

Imbas muka

d)

Imbas kembali

10.

Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.

(a)  

11.

Pilih teknik plot yang betul.

Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.

a)

Imbas kembali

b)

Imbas muka

c)

Kejutan

d)

Dialog

12.

Pilih binaan plot bagi peristiwa di bawah.

Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.

a)

Perkembangan

b)

Perumitan

c)

Peleraian

d)

Klimaks

13.

Permulaan cerita, pengarang memperkenalkan watak .......... dan gambaran tentang penduduk Kampung ...........

a)

Pak Saidi .......... Sungai Masin

b)

Adnan .......... Sungai Ramal

c)

Pak Saidi .......... Sungai Ramal

d)

Adnan .......... Sungai Masin

14.

Pada perkembangan cerita, penduduk kampung membantah keputusan Pak Saidi untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris kerana bimbang ..........

a)

Adnan akan bertukar agama

b)

Adnan akan menjadi orang Inggeris

c)

Adnan akan lupa asal usul dan agama Islam

d)

Adnan akan lupa solat dan terpengaruh dengan agama lain.

15.

Adnan dinaikkan pangkat sebagai ........... dan kemudiannya sebagai ..................... kerana kecemerlangannya.

a)

prebet .......... sarjan

b)

prebet .......... leftenan muda

c)

sarjan .......... leftenan muda

d)

sarjan .......... jeneral

16.

Pada klimaks cerita, Leftenan Adnan dibunuh dengan kejam oleh Jeneral Yamashita kerana ...........

a)

membalas dendam

b)

mungkir janji

c)

dengki dan iri hati

d)

membalas budi

17.

Pada bahagian peleraian , Sophia iaitu isteri kepada Leftenan Adnan meninggal dunia akibat ...........

a)

penyakit kanser

b)

penyakit lemah jantung

c)

menderita kanser usus

d)

menderita penyakit leukemia

18.

Persoalan kepentingan strategi dalam peperangan. Buktinya .......................................

a)

Tentera Jepun mengatur strategi peperangan yang cukup mantap

b)

Pihak Inggeris telah mengatur strategi yang cukup mantap.

c)

Askar Melayu menyusun strategi peperangan yang hebat.

d)

Askar Melayu bergabung dengan askar Jepun mengalahkan pihak Inggeris.

19.

Leftenan Adnan seorang yang berani sejak di bangku sekolah lagi. Buktinya ........................................

a)

Menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris kerana beliau memang fasih berbahasa Inggeris.

b)

Menyertai pertandingan syair Bahasa Inggeris walaupun dia tidak begitu fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.

c)

Menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris walaupun dia tidak begitu fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.

d)

Menyertai pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris walaupun dia tidak begitu fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.

20.

Nyatakan gaya bahasa berdasarkan contoh berikut:

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

a)

simile

b)

hiperbola

c)

peribahasa

d)

personifikasi

21.

Nyatakan gaya bahasa berdasarkan contoh berikut.

langit terbentang luas bagaikan kawah biru.

a)

simile

b)

hiperbola

c)

peribahasa

d)

personifikasi

22.

Nyatakan gaya bahasa berdasarkan contoh di bawah:

abangnya diam seribu bahasa

a)

simile

b)

hiperbola

c)

personifikasi

d)

peribahasa

23.

Apabila kawasan perkuburan lama ditenggalami air, Pak Saidi mewakafkan sebahagian tanahnya untuk dijadikan tanah perkuburan.

Apakah perwatakan yang paling tepat menggambarkan sikap Pak Saidi?

Seorang yang (a)   .

24.

Pak Saidi terpengaruh dengan tulisan (a)   yang menyeru orang Melayu melengkapkan anak-anak dengan pendidikan.

25.

Siapakah anak Abu yang suka mencuri buah-buahan di dusun penduduk kampung?

(a)  

26.

Apakah pekerjaan Adnan sebelum menjadi seorang askar?

(a)  

27.

Siapakah nama anak sulung dan anak kedua Adnan?

(a)  

28.

(a)   di Singapura ingin dipertahankan oleh Inggeris daripada serangan Jepun untuk kepentingan ekonomi.

29.

Adik Adnan, Ahmad yang bertugas di kapal (a)   terkorban di laut akibat serangan Jepun. (bab 26)

30.

Apakah nama pelan tindakan yang diatur oleh A.E. Percival untuk menyekat kemaraan Jepun? (Bab 23)

(a)  

31.

Siapakah yang mengarahkan tentera Jepun untuk mengikat Adnan pada pokok ceri? (bab 32)

(a)  

32.
Berikut manakah menggambarkan LATAR MASYARAKAT dalam novel Leftenan Adnan?
a)
Masyarakat yang berpandangan jauh. Pak Saidi telah menghantar anaknya ke sekolah Inggeris demi memastikan anaknya mendapat ilmu yang tidak ada di sekolah Melayu
b)
Masyarakat yang mempunyai profesion pendidikan yang tinggi seperti pensyarah dan doktor.
c)
Masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan.
d)
Masyarakat yang percaya kepada kuasa bomoh dalam merawat penyakit
33.
Padanan Nilai dan Huraian yang betul dalam novel Leftenan Adnan ialah:
I. Nilai keberanian - Contohnya Leftenan Adnan mempunyai sifat keberanian yang luar biasa
II. Nilai Cinta akan Negara - Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatan guru demi menjadi askar dan bertujuan mempertahankan negara
III. Nilai Ketabahan - Adnan rajin membantu ibu bapanya menoreh getah, bersawah dan menjaga kebun durian. 
IV. Nilai Rasional - Sophia bersikap rasional apabila taat mengikuti suaminya yang mahukan dia dan anak-anak pulang ke kampung. 
a)
Semua Jawapan di atas
b)
I, II, dan III
c)
I dan II
d)
III dan IV
34.

Leftenan Adnan dapat mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Kesemua tentera itu berjaya dibunuh dan beliau mendapat pujian daripada Jeneral A.E. Percival. Perwatakan Leftenan Adnan berdasarkan petikan ialah

a)

Seorang yang pandai

b)

Seorang yang bijaksana

35.

Pada tahun 1936, beliau adalah Pegawai Melayu Pertama yang dinaikkan pangkat sebagai ?

a)

Sarjan

b)

Mejar

c)

Koperal

d)

Pegawai Waran

36.

Allahyarham Leftenan Adnan Saidi dilahirkan pada tahun ______?

a)

1915

b)

1925

c)

1930

d)

1940

37.

Pada tahun 1937, beliau terpilih untuk mewakili platunnya dalam pembarisan hormat pertabalan Raja George VI di __________?

a)

Belgium

b)

Hungary

c)

London

d)

Manchester

38.

Allahyarham terlibat dengan pertempuran di Permatang Pasir Panjang yang juga di kenali sebagai?

a)

Pertempuran Bukit Keluang

b)

Pertempuran Bukit Kledang

c)

Pertempuran Bukit Gantang

d)

Pertempuran Bukit Candu

39.

Menurut rakan Allahyarham, Tan Sri Dato' Mubin Sheppard, 86 : "Beliau berjuang bermati-matian dan tidak akan pernah menyerah dalam keadaan apa pun. Dia benar-benar berdedikasi. Sebenarnya, sebelum bertempur, dia mengadaptasi satu motto untuk platunnya. Apakah Motto yang di maksudkan?

a)

Alang-alang celup pekasam, biar sampai ke panggal lengan

b)

Biar putih tulang, jangan putih mata

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

40.

Menurut salah seorang tentera yang terselamat telah melihat bagaimana keadaan tubuh badan Leftenan Adnan diperlakukan oleh tentera musuh ketika itu. Siapakah salah seorang tentera yang terselamat itu dan menjadi saksi apa yang berlaku di Bukit Candu ketika itu?

a)

Koperal Awang Mahmud

b)

Sarjan Ali Hussin

c)

Koperal Yaakob Bidin

d)

Mejar Abdul Rahim

41.

Di kawasan lain Tentera Jepun dengan mudah menewaskan puluhan ribu tentera Britain, Australia dan India yang mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura, tetapi di Bukit Candu (tempat pertempuran Leftenan Adnan) tentera Jepun terpaksa mengambil masa selama berapa lama untuk menawan tempat tersebut?

a)

14 jam

b)

2 jam

c)

3 jam

d)

48 jam