Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

3.3 CIRI OBJEKTIF SESEBUAH PERNIAGAAN

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Ciri-ciri objektif yang baik

a)

Specific (Spesifik)

b)

Measureable (Boleh Diukur)

c)

Attainable (Boleh Dicapai)

d)

Realistic (Munasabah)

e)

Time frame (Jangka Masa)

2.

Spesifik merupakan ciri objektif yang menekankan bahawa

pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus.

Lazimnya, spesifik merujuk pada sesuatu tindakan yang boleh diukur secara (a)  

3.

Merujuk pada objektif yang telah ditetapkan dapat

dibandingkan dengan pencapaian pada sebelum dan selepas sesuatu aktiviti perniagaan dilaksanakan.

a)

Boleh Diukur

b)

Boleh Dicapai

c)

Munasabah

d)

Spesifik

4.

Apakah akronim bagi ciri-ciri objektif sesebuah perniagaan?

a)

SWOT

b)

SEMART

c)

SMART

d)

SWART

5.

Berikut merupakan ciri-ciri objektif sesebuah perniagaan kecuali

a)

Boleh diukur

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh didapati

6.

Anisah menetapkan untuk menjual sebanyak 100 kek dalam masa 5 hari. Adakah Anisah menepati ciri objektif perniagaan spesifik?

a)

Ya

b)

Tidak

7.

Objektif perniagaan kategori jangka masa panjang mengambil tempoh masa lebih daripada lebih daripada 6 tahun

a)

Betul

b)

Salah

8.

Ciri objektif yang menyatakan bahawa pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus adalah merujuk kepada ciri ?

a)

measurable (boleh diukur)

b)

attainable (boleh dicapai)

c)

specific (spesifik)

d)

realistic (munasabah)

9.

Objektif dan pencapaian sebenar mestilah boleh diukur sama ada dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif.

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

Pilih pernyataan yang merujuk kepada ciri objektif time frame (jangka masa)

a)

Mengambil kira kemampuan syarikat dalam aspek sumber yang ada

b)

pengukuran dalam skala kualitatif

c)

Pengukuran dalam bentuk kuantitatif

d)

Penetapan jangka masa yang perlu dicapai .

11.

Munasabah (Realistik) bermaksud penentuan objektif menjurus kepada perkara yang sukar untuk dicapai.

a)

betul

b)

salah

12.

"Meningkatkan keuntungan sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya" berikut merujuk kepada pernyataan ...

a)

specific (spesifik)

b)

attainable (boleh dicapai)

c)

measureable (boleh diukur)

d)

time frame (jangka masa)

13.

"memasarkan produk ke luar negara.." berikut adalah ciri-ciri objektif

a)

attainable (boleh dicapai)

b)

time frame (jangka masa)

c)

specific (spesifik)

14.

Sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. Apakah maksud spesifik?

a)

Jangka masa sesuatu objektif perlu dinyatakan secara tepat

b)

Objektif yang dibentuk perlu dinyatakan dengan jelas dan bersistem

c)

Setiap objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik

d)

Objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh masa yang diberikan

15.

Pernyataan yang berikut berkaitan dengan suatu ciri objektif.


Jika kita hendak membentuk objektif, maka objektif yang dibentuk itu mestilah bersifat praktikal dan boleh dilaksanakan.


Apakah ciri yang dimaksudkan?

a)

Spesifik

b)

Realistik

c)

Boleh diukur

d)

Boleh dicapai

16.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri objektif yang baik?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Dibuat secara umum

b)

Boleh diterjemahkan

c)

Mempunyai satu tarikh yang tertentu

d)

Mempunyai sasaran yang boleh dicapai

17.

Pernyataan yang berikut menunjukkan suatu persoalan tentang ciri-ciri SMART.


Adakah objektif boleh diukur secara kuantitatif sama ada dalam bentuk angka, nombor atau wang?


Apakah ciri yang dinyatakan di atas?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh diukur

18.

Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri SMART.

Q mungkin sekali ialah ...

(Pilih 2 jawapan)

a)

boleh diukur

b)

boleh dicapai

c)

boleh difahami

d)

jangka masa pendek

19.

Apakah ciri objektif yang gagal dipenuhi oleh Syarikat BDC Sdn Bhd?

a)

Spesifik (Specific)

b)

Boleh Dicapai (Attainable)

c)

Jangka Masa (Time Frame)

d)

Boleh Diukur (Measurable)

20.

Apakah ciri objektif yang dapat dicapai oleh Syarikat berkenaan?

a)

Spesifik (Specific)

b)

Boleh Dicapai (Attainable)

c)

Jangka Masa (Time Frame)

d)

Boleh Diukur (Measurable)

21.

Manakah yang benar tentang X?

a)

Pernyataan objektif perlu dinyatakan secara khusus

b)

Penentuan objektif mengikut sasaran yang boleh dicapai

c)

Penentuan objektif perlu ada penetapan tarikh yang perlu dicapai

d)

Penentuan objektif mengambil kira kemampuan syarikat dalam aspek sumber yang ada

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan objektif syarikat Baju Abadi


Keuntungan meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 2 Tahun


Nyatakan ciri-ciri SMART yang ada dalam pernyataan objektif berikut

a)

Boleh Diukur dan Spesifik

b)

Munasabah dan Jangka Masa

c)

Boleh diukur dan jangka masa

d)

Munasabah dan boleh diukur

23.

Pernyataan di bawah merujuk kepada objektif sesebuah perniagaan


Syarikat Mesra Sdn Bhd akan mengeluarkan 50,000 unit kereta pada tahun depan


Apakah ciri-ciri objektif perniagaan tersebut?

a)

Boleh Diukur (Measurable)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh Dicapai ( Attainable)

d)

Jangka Masa (Time Frame)

24.

“Syarikat akan mengeluarkan beberapa unit kereta penumpang dan beberapa unit motosikal kuasa tinggi pada tahun hadapan.”


Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Encik Megat Ismail?

a)

Boleh Diukur (Measurable)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh Dicapai (Attainable)

d)

Jangka Masa (Time Frame)

25.

ciri-ciri objektif yang baik dibentuk berdasarkan konsep SMART

a)

BETUL

b)

SALAH