wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tak Transitif Transitif Pasif dan Ayat

Total questions: 20

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Michael sedang menari dengan iringan lagu Permission To Dance yang didendangkan oleh kumpulan penyanyi dari Korea Selatan iaitu BTS.

Kata 'menari' dalam ayat di atas ialah ...

a)

kata kerja tak transitif berpelengkap (KKTTB)

b)

kata kerja transitif berpelengkap (KKTB)

c)

kata kerja transitif satu objek (KKT1O)

d)

kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (KKTTTP)

2.

Felix suka akan sukan yang mencabar seperti mendaki gunung.

Kata 'mendaki' dalam ayat di atas ialah ...

a)

kata kerja tak transitif berpelengkap

b)

kata kerja transitif satu objek

c)

kata kerja transitif dua objek

d)

kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

3.

Kemahiran membaca al-Qurannya telah bertambah baik setelah sebulan mengikuti pengajian yang dianjurkan oleh Ustaz Sulaiman itu.

Kata 'bertambah' dalam ayat di atas ialah ...

a)

kata kerja tak transitif berpelengkap

b)

kata kerja transitif satu objek

c)

kata kerja transitif dua objek

d)

kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

4.

Rashid berasa bersyukur kerana rezekinya semakin bertambah sejak anak sulungnya itu lahir.

Kata 'bertambah' dalam ayat di atas ialah ...

a)

kata kerja tak transitif berpelengkap

b)

kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

c)

kata kerja transitif dua objek

d)

kata kerja pasif berimbuhan ber-

5.

Nyatakan sama ada penggunaan KK pasif dalam ayat di bawah betul atau salah.

Kami simpan buku-buku itu di dalam almari besi itu setiap kali selesai sesi pembelajaran agar kelas kami sentiasa kemas.

a)

Betul

b)

Salah

6.

Nyatakan sama ada penggunaan KK pasif dalam ayat di bawah betul atau salah.

Buku-buku itu disimpan oleh kami di dalam almari besi itu setiap kali selesai sesi pembelajaran agar kelas kami sentiasa kemas.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Betulkan kesalahan KKP (yang bergaris sahaja) dalam ayat di bawah.

Pokok yang besar itu telah terlanggar kereta yang memecut laju itu.

(a)  

8.

Nyatakan sama ada penggunaan KK pasif dalam ayat di bawah betul atau salah.

Pasu bunga itu pecah apabila terlanggar oleh saya dengan basikal.

a)

betul

b)

salah

9.

Nyatakan sama ada penggunaan KK pasif dalam ayat di bawah betul atau salah.

Farzana telah mereka hadiahi seutas jam tangan berjenama Buruj bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-16.

a)

betul

b)

salah

10.

Betulkan penggunaan kata bagi frasa bergaris jika anda merasakan bahawa frasa itu salah. Jika tidak, hanya taip: Ayat ini tidak salah.


Farzana telah mereka hadiahi seutas jam tangan berjenama Buruj bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-16.

(a)  

11.

Perut Kassim berkeroncong kerana masih belum berisi.

Kata 'berisi' dalam ayat di atas ialah ...

a)

kata kerja tak transitif berpelengkap berimbuhan ber-

b)

kata kerja tak transitif tanpa berpelengkap berimbuhan ber-

c)

kata kerja transitif berimbuhan ber-

d)

kata kerja pasif berimbuhan ber-

12.

Pilih kata 'bersandar' dalam pilihan jawapan jika anda merasakan bahawa penggunaan kata tersebut dalam ayat di bawah ini betul. Pilih jawapan lain untuk menggantikan kata 'bersandar' jika anda merasakan bahawa penggunaan kata tersebut salah.


Hidup Maimunah kini hanya bersandar belas kasihan jiran-jirannya kerana kini dia hidup sebatang kara.

a)

bersandar

b)

bersandarkan

c)

bersandar di

d)

bersandar akan

13.

Hisham telah berbaik hati untuk menghutangi Razak tujuh ratus Ringgit Malaysia untuk dijadikan sebagai modal perniagaan burger secara kecil-kecilan.

Kata 'menghutangi' dalam ayat di atas ialah ...

a)

kata kerja tak transitif berpelengkap

b)

kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

c)

kata kerja transitif satu objek

d)

kata kerja transitif dua objek

14.

TANDA LEBIH DARIPADA SATU JAWAPAN.


Pilih pasangan-pasangan imbuhan bagi kata kerja transitif satu objek dan kata kerja transitif dua objek

a)

pasangan me-...-kan, me-...-i (menganugerahkan, menganugerahi)

b)

pasangan me-...-, me-...-i (menghutang, menghutangi)

c)

pasangan me-...-kan, me-... (memberitahukan, memberitahu)

d)

pasangan me-..., me-...-kan (mengambil, mengambilkan)

15.

Pasifkan ayat ini.

Ahmad dan keluarganya bermain badminton bersama-sama di halaman rumah untuk mengeluarkan peluh.

a)

Badminton dimain oleh Ahmad dan keluarganya bersama-sama di halaman rumah untuk mengeluarkan peluh.

b)

Badminton Ahmad dan keluarganya main bersama-sama di halaman rumah untuk mengeluarkan peluh.

c)

Ahmad dan keluarganya bermain badminton bersama-sama di halaman rumah untuk peluh dikeluarkan.

d)

Ayat ini tidak boleh dipasifkan

16.

Pasifkan ayat ini.

Maya menceritai aku kisah hidupnya yang susah semasa kecil dahulu.

a)

Kisah hidupnya yang susah semasa kecil dahulu diceritai oleh Maya kepada aku.

b)

Kisah hidupnya yang susah semasa kecil dahulu diceritakan oleh Maya kepada aku.

c)

Kisah hidupnya yang susah semasa kecil dahulu diceritai aku oleh Maya.

d)

Aku diceritai oleh Maya kisah hidupnya yang susah semasa kecil dahulu.

e)

Aku semasa kecil dahulu diceritai oleh Maya kisah hidupnya yang susah .

17.

Pasifkan ayat ini.

Sarah menceritakan kejadian kemalangan di padang semalam kepadaku.

a)

Kejadian kemalangan di padang semalam diceritakan oleh Sarah kepadaku.

b)

Kejadian kemalangan di padang diceritakan oleh Sarah kepadaku semalam.

c)

Kejadian kemalangan diceritakan oleh Sarah kepadaku di padang semalam.

d)

Aku diceritakan oleh Sarah kejadian kemalangan di padang semalam.

18.

Pasifkan ayat ini. (Sila taip ayat pasif dalam ruangan).

Saya menjaga kucing peliharaan saya itu seperti adik sendiri.

(a)  

19.

Pasifkan ayat ini.

Saya tersepak batu yang besar dan keras itu.

a)

Batu yang besar dan keras itu saya tersepak..

b)

Tersepak batu yang besar dan keras itu saya.

c)

Batu yang besar dan keras itu tersepak oleh saya.

d)

Batu yang besar dan keras itu tersepak saya.

20.

Pasifkan ayat ini.

Encik Kassim membeli baju kurung yang berwarna biru itu untuk anak perempuan bongsunya.

(a)