wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Total questions: 32

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Di manakah rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diadakan?

a)

Tokyo

b)

London

c)

Kuala Lumpur

d)

Washington D.C.

2.

Siapakah tokoh-tokoh yang mewakili Parti Perikatan yang terlibat dengan Rundingan Kemerdekaan?

a)

H.S.Lee

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Dr. Ismail Abdul Rahman

d)

Dato' Abdul Razak Hussein

3.

Dato' Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood merupakan ____________________________ yang terlibat dalam Rombongan Kemerdekaan ke London.

a)

Wakil Parti Perikatan

b)

Wakil Raja-raja Melayu

4.

Sebanyak 10 000 orang dianggarkan menghantar rombongan kemerdekaan ke London di Tanjung Pagar, Singapura. Tahukah anda nama kapal laut yang dinaiki oleh rombongan kemerdekaan?

a)

R.M.S. Titanic

b)

M.V. Asia

c)

H.M.S. Victory

d)

U.S.S Arizona

5.

Perkara yang dikemukakan oleh British dalam rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ialah...

a)

Pegawai British yang diberhentikan akan dibayar ganti rugi

b)

British dan Komanvel akan memberikan bantuan pertahanan kepada Persekutuan Tanah Melayu

c)

Peguam Negara dilantik oleh Ketua Menteri

6.

Dalam rundingan kemerdekaan di London, perkara yang dirundingkan oleh perwakilan Persekutuan Tanah Melayu ialah menuntut tarikh kemerdekaan pada _____________.

a)

8 Ogos 1956

b)

30 Ogos 1955

c)

31 Ogos 1957

d)

16 September 1969

7.

Jawatan Setiausaha Kewangan digantikan dengan ___________________________.

a)

Menteri Kewangan

b)

Menteri Pertahanan

c)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi

8.

Dalam rundingan kemerdekaan, DUA jawatan yang dituntut oleh perwakilan Persekutuan Tanah Melayu agar disandang dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu ialah...

a)

Menteri Kesihatan

b)

Menteri Pertahanan

c)

Menteri Pengangkutan

d)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi

9.

Di manakah Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

b)

Padang Banda Hilir, Melaka

10.

Siapakah yang menetapkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957?

a)

Mohamed Hamzah

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Sheikh Abdullah Fahim

11.

Suruhanjaya ini bertanggungjawab membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Tahukah anda Suruhanjaya yang dimaksudkan?

a)

Suruhanjaya Pilihan Raya

b)

Suruhanjaya Reid

12.

Suruhanjaya Reid turut dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Tugas Suruhanjaya Reid ialah ...

a)

menerima memorandum bertulis untuk diteliti

b)

melantik Ketua Menteri

c)

membincangkan isu, mengkaji dan membentuk perlembagaan

d)

meneliti kedudukan perlembagaan

14.

Siapakah merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)
b)
c)
d)
15.

Suruhanjaya Reid / Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara Persekutuan Tanah Melayu iaitu Yang di-Pertuan Besar (Yang di-Pertuan Agong).

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

Suruhanjaya Reid mengadakan TIGA bentuk kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu.

a)

BETUL

b)

SALAH

17.

Selepas pihak British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal perlembagaan baharu bagi Persekutuan Tanah Melayu. Maklumat ini berkaitan dengan ...

a)

Suruhanjaya Pilihanraya

b)

Suruhanjaya Cobbold

c)

Suruhanjaya Reid

18.

Berapakah jumlah memorandum bertulis yang diterima oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid)?

a)

111

b)

121

c)

131

19.

Memorandum daripada Raja-raja Melayu merangkumi...

a)

Ketua Negara dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong

b)

Ketua Negara dipilih oleh Raja-raja Melayu berdasarkan kekananan

c)

Tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong ialah 5 tahun

20.

Salah satu perkara yang terkandung dalam Draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ialah sistem kewarganegaraan berasaskan ________________.

a)

Jus sanguinis

b)

Jus Soli

21.

Siapakah menjadi Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Ketua Menteri

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Queen Elizabeth II

22.

Menurut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (PTM), kewarganegaraan diberikan melalui 3 cara iaitu:

a)

Kuatkuasa undang-undang [Perkara 14]

b)

Permohonan [Perkara 15]

c)

Naturalisasi [Perkara 19]

d)

Kuatkuasa peraturan [Perkara 20]

23.

Menurut Perlembagaan, bahasa apakah menjadi bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Bahasa Cina

b)

Bahasa Tamil

c)

Bahasa Melayu

d)

Bahasa Inggeris

24.

___________ termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang menyatakan Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.

a)

Perkara 32

b)

Perkara 14

c)

Perkara 152

d)

Perkara 153

25.

Apakah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1957?

a)

Agama Islam

b)

Agama Kristian

c)

Agama Hindu

d)

Ajaran Buddha

26.

Siapakah Ketua Negara/ Yang Di-Pertuan Agong yang pertama Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

b)

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

27.

Siapakah Ketua Menteri/ Perdana Menteri yang pertama Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad

b)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

28.

Tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah _________.

a)

3 tahun

b)

4 tahun

c)

5 tahun

29.

Perjanjian kemerdekaan juga disebut sebagai...

a)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

b)

Suruhanjaya Reid

c)

Malayan Union

30.

Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada

a)

4 Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)

b)

5 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Johor)

c)

2 Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dn Melaka)

d)

Sabah dan Sarawak

31.

Adakah anda memahami semua kandungan dalam subtopik Bab 9?

a)

Sangat Faham

b)

Faham

c)

Tidak Faham

32.

Apakah nilai dan pengajaran yang anda pelajari setelah mempelajari Bab 9?

4 lines