wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AYAT AKTIF & AYAT PASIF

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Episod terbaharu siri animasi Upin & Ipin berjudul Kain Merah telah menyentuh hati penonton hingga menduduki tangga teratas di Indonesia dan tempat kelima di Malaysia.


PILIH AYAT PASIF YANG TEPAT.

a)

Hati penonton episod siri terbaharu animasi Upin dan Ipin berjudul Kain Merah telah sentuh hingga menduduki tangga teratas di Indonesia dan tempat kelima di Malaysia.

b)

Hati penonton disentuh oleh episod siri terbaharu animasi Upin dan Ipin berjudul Kain Merah hingga menduduki tangga teratas di Indonesia dan tempat kelima di Malaysia.

c)

Hati penonton telah disentuh oleh episod siri terbaharu animasi Upin dan Ipin berjudul Kain Merah hingga menduduki tangga teratas di Indonesia dan tempat kelima di Malaysia.

2.

Wany Hasrita akan menghangatkan Konsert Horra Horrey Didi and Friends yang akan diadakan di Kuala Lumpur.


PILIH AYAT PASIF YANG TEPAT.

a)

Konsert Horra Horrey Didi and Friends yang akan diadakan di Kuala Lumpur telah dihangatkan oleh Wany Hasrita.

b)

Konsert Horra Horrey Didi and Friends yang akan diadakan di Kuala Lumpur akan dihangatkan oleh Wany Hasrita.

c)

Konsert Horra Horrey Didi and Friends yang akan diadakan di Kuala Lumpur telah Wany Hasrita hangatkan.

3.

Animasi Omar dan Hana pernah melancarkan aplikasi untuk membantu kanak-kanak belajar Al-Quran dari rumah pada tahun lalu.


PILIH AYAT PASIF YANG TEPAT.

a)

Aplikasi untuk membantu kanak-kanak belajar Al-Quran dari rumah akan dilancarkan oleh Animasi Omar dan Hana.

b)

Aplikasi untuk membantu kanak-kanak belajar Al-Quran dari rumah pernah dilancarkan oleh Animasi Omar dan Hana pada tahun lalu.

c)

Aplikasi untuk membantu kanak-kanak belajar Al-Quran dari rumah pernah Animasi Omar dan Hana lancarkan.

4.

Saya amat menggemari kartun Keluang Man yang ditayangkan pada tahun 1990-an kerana memaparkan kisah-kisah teladan.


PILIH AYAT PASIF YANG TEPAT.

a)

Kartun Keluang Man yang ditayangkan pada tahun 1990-an amat saya gemari kerana memaparkan kisah-kisah teladan.

b)

Kartun Keluang Man yang ditayangkan pada tahun 1990-an amat digemari oleh saya kerana memaparkan kisah-kisah teladan.

c)

Kerana memaparkan kisah-kisah teladan saya amat menggemari kartun Keluang Man yang ditayangkan pada tahun 1990-an

5.

Kami menonton rancangan Frozen di panggung wayang IOI City Mall beberapa tahun yang lalu.


PILIH AYAT PASIF YANG TEPAT.

a)

Beberapa tahun yang lalu rancangan Frozen kami tonton di panggung wayang IOI City Mall

b)

Rancangan Frozen ditonton oleh kami di panggung wayang IOI City Mall beberapa tahun yang lalu.

c)

Rancangan Frozen kami tonton di panggung wayang IOI City Mall beberapa tahun yang lalu.

6.

Spongebob dan Patrick menyanyi lagu itu dengan bersemangat sambil menari-nari keriangan.


PILIH AYAT PASIF YANG TEPAT.

a)

Lagu itu dinyanyikan oleh Spongebob dan Patrick dengan bersemangat sambil menari-nari keriangan.

b)

Lagu itu dinyanyikan oleh Spongebob dengan bersemangat sambil menari-nari keriangan.

c)

Lagu itu Spongebob dan Patrick nyanyikan dengan bersemangat sambil menari-nari keriangan.

7.

Ralph telah menyelamatkan Arcade daripada serangan Cy-Bugs dan dendam Turbo.


PILIH AYAT PASIF YANG TEPAT.

a)

Arcade diselamatkan oleh Ralph daripada serangan Cy-Bugs dan dendam Turbo.

b)

Arcade telah diselamatkan oleh Ralph daripada serangan Cy-Bugs dan dendam Turbo.

c)

Arcade telah Ralph selamatkan daripada serangan Cy-Bugs dan dendam Turbo.

8.

Beta juga pernah menyaksikan kartun-kartun hebat ketika beta kecil dahulu.


PILIH AYAT PASIF YANG TEPAT.

a)

Kartun-kartun hebat juga pernah beta saksikan ketika beta kecil dahulu.

b)

Saya juga pernah menyaksikan kartun-kartun hebat ketika saya kecil dahulu.

c)

Kartun-kartun hebat juga pernah disaksikan oleh ketika beta kecil dahulu.

9.

Cikgu Norlie mengucapkan ucapan terima kasih kerana kamu semua sudi menyertai Seminar Ulang Ajar ini.


PILIH AYAT PASIF YANG TEPAT.

a)

Ucapan terima kasih diucapkan oleh Cikgu Norlie kerana kamu semua sudi menyertai Seminar Ulang Ajar ini.

b)

Ucapan terima kasih diucapkan oleh Cikgu Norlie kepada semua.

c)

Ucapan terima kasih Cikgu Norlie ucapkan kerana kamu semua sudi menyertai Seminar Ulang Ajar ini.

10.

Saya sungguh menyayangi kamu semua.


PILIH AYAT PASIF YANG TEPAT.

a)

Kamu semua sungguh disayangi oleh saya.

b)

Kamu semua sungguh saya sayangi.

c)

Kamu semua saya sayangi.